welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Jumaat, 30 Mac 2012

contoh kaedah pemberian gaji baru SSM 2102

Pekeliling perkhidmatan berkenaan gaji baru SSM 2-12 telah dikeluarkan  bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.

Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah pada 1 Januari 2012 hendaklah
diberi gaji baru terlebih dahulu, dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT)
(tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Contoh
kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di bawah;

CONTOH: KAEDAH PEMBERIAN KENAIKAN GAJI
GURU GRED DG41 YANG DIBERI KENAIKAN GAJI 13%
DARIPADA MATAGAJI JGM KEPADA GAJI BARU JGMM YANG TARIKH
PERGERAKAN GAJI SAMA DENGAN TARIKH KUAT KUASA

Tarikh Kuat Kuasa : 1 Januari 2012
Tarikh Pergerakan Gaji : 1 Januari
Kadar Kenaikan Gaji : 13%
Peringkat Gaji : P1
Gaji Minimum - Maksimum : RM1,916.31 - RM5,474.81
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225

tarikh
Gred DG41(RM)
Gred baru DG41(RM)
catatan
31.12.2011
3293.33
(P1T18)

-
Gaji pegawai sehari sebelum tarikh kuat kuasa.

1.1.2012
3293.33
(P1T18)

3721.46
(diberi kenaikan
gaji sebanyak
13%)

Tarikh kuat kuasa kenaikan gaji. Diberi pemindahan gaji dari matagaji sekarang mengikut kadar peratusan
kenaikan gaji 13% di gred dan peringkat gaji asal (P1) dan dipindahkan ke JGMM P1.

1.1.2012
-
3946.46
(diberi 1 KGT di
Gred DG41 iaitu
RM225)

TPG Gred DG41.
Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

1.1.2013
-
4171.46
(diberi 1 KGT di
Gred DG41 iaitu
RM225)

TPG Gred DG41.
Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan:
PPSM : Panel Pembangunan Sumber Manusia
TPG : Tarikh Pergerakan Gaji

serba boleh...

GURU OH GURU

1. Kerja cikgu ni senanjer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANYTAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANDI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertandinapa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANKAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANCUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotonroyonsekolah... cikgu jd TUKANKEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !!

Sabtu, 17 Mac 2012


12 tahun berlalu... tanggal 18 Mac 2000, aku selamat melafazkan kata hikmah "penyatuan dua insan yang saling  bercinta sehidup semati hingga ke akhir hayat....


Alhamdulillah, hingga ke hari ini, cinta dan sayang tak pernah luput dan terpadam di sanubari.... benih2 cinta dengan baja kasih sayang masih subur tanpa batsan masa.....

Banyak suka duka, pahit manis yang dilalui.... kami juga seperti insan biasa.... adat asam garam kehidupan.... ada kalanya hujan, ada masanya ribut melanda... namun, ketenangan dan kewarasan mengajar erti kehidupan yang sebenar....

perkahwinan tidak pernah terhenti dari pembelajaran.... setiap masa, setiap detik berlalu mendewasakan erti kebahgiaan yang sebenarnya...  "Marriage is a learning process".
Aku sentiasa berDoa, semoga keluargaku dipanjangkan umur, agar dapat bersama2 hingga ke hari tua, melihat anak2 membesar dan menimang cucu2 kelak..insya Allah

'mat every hour of every day be blessed with a shining gift a joy; a dream to share together... a memory that's forever... a promise that the best is yet to come.... i love you darling..'

2GETHER 4 EVER....

 

Ya Allah , 
Tuhan yang menyatukan dua hati kami, 
Engkau campakkanlah ke dalam hati kami, perasaan kasih sayang antara satu sama lain,
sebagaimana Engkau satukan hati Nabi Muhammad saw bersama Saidatina Khadijah r.ha.

Syukur Ya Allah... Berikanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Khamis, 8 Mac 2012




INFO: Keputusan lain yang diumumkan Perdana Menteri

  • Penubuhan suruhanjaya dianggotai oleh semua pihak berkepentingan mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia yang bukan saja membabitkan saraan, tetapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam yang diperlukan negara pada masa depan.

  • Struktur gaji SSM akan diubah suai daripada Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-Maksimum dengan kadar kenaikan gaji tahunan (KGT) bagi gred 1-54 ditetapkan di antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. KGT bagi JUSA dan ke atas kekal menggunakan KGT SSM dengan pelarasan ikut peratus ditetapkan.

  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan.

  • Kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya bagi guru berasaskan prinsip ‘time-based’ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti diumumkan dalam Bajet 2012.

  • SBPA BATAL, SSM YANG DITAMBAH BAIK KEMBALI

    PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.



    Perdana Menteri turut mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54, di samping pelarasan gaji sembilan peratus untuk gred Utama dan Khas C, B serta A.


    Pelarasan gaji untuk Kumpulan Turus III serta Turus II pula sebanyak lapan peratus, dan Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara sebanyak tujuh peratus.


    Dalam pengumuman beliau pada satu perhimpunan khas dengan penjawat awam di sini, Najib turut menyatakan persetujuan kerajaan supaya Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C, dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150.


    Selain itu kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan sahaja melibatkan sistem saraan tapi juga rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara.


    Perdana Menteri berkata sebarang cadangan yang disyorkan oleh suruhanjaya yang dianggotai semua pihak berkepentingan yang bekerja menerusi prinsip musyawarah, perundingan dan permuafakatan itu akan dipertimbang mengikut kemampuan kerajaan.


    Katanya struktur gaji SSM akan diubah suai daripada jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum dengan kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi Gred 1 hingga 54 ditetapkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.


    Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.


    Najib berkata kerajaan juga bersetuju supaya Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP), dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.


    Bagi guru-guru pula, menurutnya, kerajaan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012.


    "Saya harap keputusan ini dapat meredakan ketidakpuasan hati penjawat awam pelbagai peringkat. Bagi isu-isu lain yang berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang diumumkan tadi," katanya.


    Najib berkata bagi menjayakan segala perubahan dalam perjalanan menuju matlamat untuk transformasi negara, peranan yang penting terletak di bahu penjawat awam keseluruhannya.


    Beliau berkata SBPA yang diperkenalkan awal tahun ini mengundang keresahan, rasa terkilan dan perasaan tidak puas hati penjawat awam, dan oleh kerana kerajaan semasa adalah kerajaan yang prihatin serta mengenang jasa dan budi, ia mendengar keluh kesah rakyat.


    "Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata Perdana Menteri sambil menjelaskan bahawa ekoran rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lepas memutuskan supaya SBPA dikaji semula.


    Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan. Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.


    Pasukan petugas itu menerima 1,087 aduan serta maklumat balas di samping beberapa memorandum serta cadangan daripada 23 kesatuan.


    Najib berkata kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk sama-sama menghadapi cabaran ekonomi global yang tidak menentu, dan walaupun kerajaan berjaya membawa negara keluar daripada gelora ekonomi global ini, usaha perlu digandakan bagi memastikan negara terus bebas daripada belenggu gelora ini di tahun-tahun mendatang.


    Katanya dalam membuat keputusan, kerajaan perlu memikir langkah terbaik, yang semasa ia mendahulukan kepentingan rakyat, pada masa yang sama ia tidak mengetepikan faktor-faktor lain, terutama daripada segi kelestarian kestabilan ekonomi negara, atau dalam erti kata lain keupayaan kewangan kerajaan mesti diambil kira.


    "Ingatlah bahawa apa yang kita lakukan hari ini tentu akan mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi kewangan seperti Greece atau negara-negara lain," katanya.


    Najib berkata untuk menjamin ekonomi negara tidak terkesan oleh senario ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan perlu meneruskan usaha mengurangkan defisit fiskal negara.


    Beliau berkata pada 2010 defisit negara mencecah 5.6 peratus, manakala tahun lepas ia berjaya dikurangkan kepada lima peratus dan tahun ini ia diharapkan dapat dikurangkan lagi ke tahap 4.7 peratus.


    Semakan gaji yang terakhir dilakukan pada 2007, yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.