Persatuan jadi duta kecil promosi TMT 2013
Rahin (kanan) menurunkan tandatangan sebagai tanda persetujuan pelantikan Chery Eastar Club sebagai duta kecil pelancongan untuk mempromosi TMT 2013.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri menggalakkan pembabitan pelbagai persatuan dan kelab di seluruh negara yang berperanan sebagai duta kecil pelancongan untuk  mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, promosi yang dilaksanakan Kerajaan Negeri secara intensif menerusi media cetak dan elektronik serta laman media sosial untuk menarik kunjungan pelancong.
 
Bagaimanapun katanya, ia akan lebih berkesan apabila pelbagai pihak turut membantu usaha itu termasuk bertindak sebagai medium perantara kepada TMT 2013.

“Tahniah dan terima kasih kepada Chery Easter Club yang berjaya mengumpul ahli dari serata negeri di seluruh Malaysia dan bertindak sebagai duta kecil bagi membantu mempromosikan TMT 2013.



“Selain Chery Eastar Club, kerajaan sentiasa mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak termasuk persatuan kereta dan permotoran dari seluruh negara mempromosikan TMT 2013. Bukan sahaja menjayakan aktiviti penjelajahan dan lawatan bersama ahli kelab serta keluarga ke destinasi menarik di seluruh Terengganu, mereka juga boleh menghebahkan apa sahaja berita menarik untuk dikongsi dengan masyarakat luar sana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Tahunan Pemilik Chery Eastar 2012 (Chery Eastar Club), di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, malam kelmarin.



Hadir sama, Timbalan Pengarah (Sektoral), Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak dan Presiden Chery Easter Club, Ridhoan Mohd Lazim.



Pada program itu, sebanyak 74 kenderaan pelbagai guna (MPV) Chery Eastar membabitkan 450 ahli kelab bersama keluarga masing-masing menyertai acara konvoi ke Kuala Terengganu bermula Khamis lalu.



Program tiga hari di Bandaraya Kuala Terengganu turut diisi dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan termasuk melawat tempat menarik seperti Taman Tamadun Islam, Bazar Warisan, Muzium Negeri dan Pasar Besar Kedai Payang.



Kelab yang berdaftar sejak 2009 mempunyai lebih 600 ahli dari seluruh Malaysia pernah mencatat rekod dalam Malaysia Books Of Records menerusi penyertaan peserta konvoi MPV terbesar yang melibatkan 147 MPV di Sungai Petani tahun lalu.



Terengganu adalah destinasi ketiga dalam kalendar aktiviti tahunan kelab itu selepas memulakan konvoi di Kuantan pada 2010 dan Sungai Petani, Kedah (2011).
------------------------------------------------------------------------------------------

TIMUR

ARKIB : 19/12/2012

Kelab Chery Eastar duta kecil pelancongan Tahun Melawat Terengganu 2013


PARA pemilik kenderaan Chery Easter bersama ahli keluarga ketika berkunjung ke Taman Tamadun Islam sempena Perhimpunan Tahunan Kelab Chery Easter di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU 18 Dis. - Kelab Chery Eastar (CEC), sebuah kelab permotoran yang menghimpunkan pemilik kenderaan itu dari seluruh negara akan turut berperanan sebagai duta kecil Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT2013).

Menurut Setiausahanya, Hasmizan A Wahab, KCE akan membantu mempromosikan TMT 2013 melalui program-programnya dan kelab-kelab permotoran lain dalam negara selain berusaha untuk menyebarkan maklumat itu ke negara pengeluar Chery iaitu China melalui kerjasama Chery Alado.

"Di samping itu, kita akan berusaha mempamerkan maklumat tentang TMT 2013 di pusat-pusat servis Chery yang terdapat di seluruh negara," katanya ketika ditemui dalam majlis Perhimpunan Tahunan Pemilik Chery Eastar 2012 di Hotel Permai Inn di sini kelmarin.

Hasmizan berkata, program selama tiga hari itu merupakan acara kemuncak dalam kalendar aktiviti tahunan CEC yang menghimpunkan kira-kira 100 pemilik Chery Easter bersama anggota keluarga mereka dan memilih Terengganu sebagai destinasi dengan pelbagai acara diatur termasuk lawatan ke tempat-tempat menarik.

Berucap merasmikan perhimpunan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, kerajaan negeri menggalakkan pembabitan pelbagai pihak untuk turut berperanan sebagai duta kecil pelancongan.

Menurut beliau, promosi yang dilaksanakan kerajaan negeri secara intensif menerusi pelbagai saluran media untuk menarik kunjungan pelancong akan lebih berkesan apabila pelbagai pihak turut membantu dengan bertindak sebagai medium perantara kepada TMT 2013.

Kelab yang berdaftar sejak 2009 mempunyai lebih 600 ahli pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi penyertaan peserta konvoi MPV terbesar yang melibatkan 147 MPV di Sungai Petani pada tahun lalu.

Terengganu merupakan destinasi ketiga dalam kalendar aktiviti tahunan kelab itu selepas memulakan konvoi di Kuantan, Pahang pada 2010 dan Sungai Petani, Kedah (2011).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121219/wt_06/Kelab-Chery-Easter-duta-kecil-pelancongan-Tahun-Melawat-Terengganu-2013#ixzz2H14wyViv 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
----------------------------------------------------------------------------



---------------------------------------------

16 Disember 2012


Kelab Chery Eastar(CEC) jadi duta kecil TMT 2013

Oleh: Aida Abd Rahman

Kerajaan negeri menggalakkan pembabitan pelbagai persatuan dan kelab di seluruh negara yang berperanan sebagai duta kecil pelancongan dalam usaha mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.



 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata promosi yang dilaksanakan kerajaan negeri secara intensif menerusi media cetak dan elektronik serta laman media sosial untuk menarik kunjungan pelancong akan lebih berkesan apabila pelbagai pihak turut membantu usaha berkenaan termasuk bertindak sebagai medium perantara kepada TMT 2013.

“Tahniah dan terima kasih kepada `Chery Eastar Club’ yang berjaya mengumpul ahli dari serata negeri di seluruh Malaysia serta bertindak sebagai duta kecil bagi membantu mempromosikan TMT 2013.


 “Selain Chery Easter Club, kerajaan sentiasa mengalu-alukan penyertaan pelbagai pihak termasuk persatuan kereta dan permotoran dari seluruh negara mempromosikan TMT. Bukan sahaja menjayakan aktiviti penjelajahan dan lawatan bersama ahli kelab serta keluarga ke destinasi menarik di seluruh Terengganu, mereka juga boleh menghebahkan apa sahaja berita menarik untuk dikongsi dengan masyarakat luar sana,” katanya di Majlis perhimpunan Tahunan pemilik Chery Easter 2012 (Chery Easter Club), di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, malam tadi.

 Hadir sama, Timbalan Pengarah (Sektoral), Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak dan Presiden Chery Easter Club, Encik Ridhoan Mohd Lazim.

Sebanyak 74 kenderaan pelbagai guna (MPV) Chery Easter membabitkan 450 ahli kelab bersama keluarga masing-masing menyertai acara konvoi ke Kuala Terengganu bermula Khamis lalu.

Program tiga hari di Bandar Raya Kuala Terengganu turut diisi dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan termasuk melawat tempat menarik seperti Taman Tamadun Islam, Bazar Warisan, Muzium Negeri dan Pasar Besar Kedai Payang.

Kelab yang berdaftar sejak 2009 mempunyai lebih 600 ahli dari seluruh Malaysia pernah mencatat rekod dalam Malaysia Books Of Records menerusi penyertaan peserta konvoi MPV terbesar yang melibatkan 147 MPV di Sungai Petani pada tahun lalu.

Terengganu merupakan destinasi ketiga dalam kalendar aktiviti tahunan kelab itu selepas memulakan konvoi di Kuantan pada 2010 dan Sungai Petani, Kedah (2011). Kelab itu merancang untuk menjalankan konvoi ke Ipoh, Perak pada 2013 nanti.