welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 29 Julai 2015

FULL BOARD PACKAGE LANGKAWI

special promo to my students...

ulangan lawatan sambil belajar bagi tahun 2015. In shaa Allah jika di izin-Nya, program ini akan dilangsungkan pada 10 hingga 13 november 2015. Ini adalah salah satu program yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Vokasional Kemaman bagi memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk menerokai keindahan dan keunikkan pulau langkawi.


Rabu, 1 Julai 2015

'Review' THE FRUTTA BOUTIQUE HOTEL

Penginapan CHIANG MAI dah selesai.. la ni tengah mensurvey hotel untuk penginapan 4 couple yang akan berlabuh di PATONG BEACH, PHUKET. Sebelum ini aku pergi Phuket selalu landing di BEL AIRE RESORT, tapi kali ni rasa nak berubah angin.. setelah dibuat analisis berkemungkinan sasaran kali ini, kami akan menginap di...

The Frutta Boutique Patong Beach

 86/14 Pra Baramee Road Patong Beach Patong Phuket 83150 Thailand
layannn pics...