welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Ahad, 29 Mei 2011

hebatnya budak sekolah zaman sekarang....

bila cikgu dah macam takut-takut dengan pelajar..




Sumber: Comic Striper
inilah dilema seorang guru... akan berlaku seandainya kehebatan/kekuasaan yang dimiliki oleh pelajar... yang hebatnya mak ayah 100% percayakan kat anaknya.. guru sekarang dah tidak boleh dipanggil sebagai seorang PENDIDIK, tapi sebagai seorang PENGAJAR...
ingatlah!!! tugas guru adalah untuk mendidik, guru berhak memperbetulkan sikap/perangai/tingkahlaku anak didiknya untuk menjadi seorang insan yang berguna... supaya mudahlah sikit tanggungjawab ibubapa mengajar anaknya...
kepada cikgu; jangan takut untuk anbil tindakan kalau kita ada kebenarannya...

Ps: Tapi tak semua cikgu berani ambil tindakan. Mungkin ada banyak sebab mereka tidak berani nak ambil tindakan sewajarnya pada pelajar. Sampai satu tahap, cikgu-cikgu terpaksa buat dek aje/buat tak tau aje dengan perangai pelajar yang tak makan saman macam ni..

SMV akan dinaik taraf menjadi KOLEJ VOKASIONAL




MALAYSIA akan merombak sistem pendidikan teknikal dan vokasional, sekali gus mengubah nama sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional bermula tahun 2013, yang akan menawarkan diploma atau diploma lanjutan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan melakukan sedikit pindaan kepada Akta Pendidikan negara tidak lama lagi.
“Ia bukan saja bagi menghapuskan stigma atau persepsi bahawa pendidikan teknikal dan vokasional sebagai pilihan kedua, selepas bidang akademik lain, malah akan memberi satu laluan kerjaya pendidikan yang lebih jelas.
“Ia tidak terbatas kepada Sijil Kemahiran Malaysia saja tapi sijil yang lebih tinggi setaraf diploma atau diploma lanjutan,” katanya pada sidang media sebelum menyampaikan ucaptama di Mesyuarat Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah (ASEMME3) di Axelborg Hall di sini, petang semalam.
Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Duta Malaysia ke Sweden, Datuk Kamarudin Mustafa; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Rujhan Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Datuk Syed Ahmad Hussein.
Timbalan Perdana Menteri berkata, rombakan kursus teknikal dan vokasional adalah untuk memastikan tidak ada lagi stigma kepada bidang berkaitan, seperti sebelum ini yang kebiasaannya menyaksikan pelajar disalur ke bidang berkenaan kalau mereka tidak cemerlang dalam akademik.
Muhyiddin berkata, pendekatan sebelum ini adalah tidak tepat kerana di negara maju aspek teknikal dan vokasional diletakkan sebagai pilihan sama dengan akademik.
“Jadi kita sedang melakukan transformasi ini. Kita nak lihat prestasi setiap pelajar kalau kecenderungan awal mereka pada bidang yang tidak terlalu akademik, kita akan salurkan mereka bidang teknikal dan vokasional, sama ada di sekolah menengah biasa yang menawarkan mata pelajaran vokasional atau di sekolah vokasional.
“Kita akan mengubah nama sekolah vokasional kepada kolej vokasional yang menawarkan diploma atau diploma lanjutan yang mana pelajarnya berpeluang melan-jutkan pengajian di universiti selepas itu,” katanya.
Beliau berkata, subjek teknikal dan vokasional juga akan ditawarkan di peringkat menengah rendah, supaya pelajar dapat mengambil bidang yang mereka minati lebih awal.
Pada masa sama katanya, Malaysia akan mengkaji program kerjasama dan bertukar pengalaman dengan institusi berkaitan di Eropah, seperti di Perancis, yang mana sasaran ditetapkan kerajaannya ialah 60 peratus pelajarnya mesti pergi ke sekolah vokasional, sekali gus mereka mengiktiraf vokasional lebih penting berbanding akademik.
“Namun kursus yang ditawarkan di Perancis jauh lebih canggih. Ini contoh di mana kita boleh berkongsi pengalaman, mungkin bertukar tenaga pengajar dan melihat kurikulum apa serta subjek yang mereka ajar. Mungkin kita boleh adakan program pertukaran pelajar untuk melihat apa yang telah dilakukan Eropah,” katanya.
Ditanya apakah Malaysia juga akan meletakkan sasaran 60 peratus seperti Perancis, Muhyiddin berkata Malaysia masih jauh terkebelakang iaitu baru 10 peratus dan akan di pertingkatkan kepada 20 peratus dalam tempoh lima tahun ini.

p/s; nampaknya tanggungjawab cikgu kat SMV akan bertambah beban. kalau sekarang balik kul 3 pm, lepas ni nak tak nak ikut office hours la... bebanan makin betambah, tapi gred dan gaji masih ditakuk lama...

Sabtu, 28 Mei 2011

Berita Baik!-Kerajaan Lulus Kenaikan Tarif Elektrik


tnb Berita Baik! Kerajaan Lulus Kenaikan Tarif ElektrikBerita baik buat rakyat Malaysia, setelah ada ura-ura tentang kenaikan tarif elektrik seperti yang ditulis dalam artikel yang lalu, akhirnya Majlis Ekonomi Negara (NEC) meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik.
NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.Walaupun begitu, butiran lanjut mengenai kenaikan tarif eletrik ini hanya akan diumumkan pada 30 hb Mei 2011 iaitu pada hari Isnin.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Kami memang teruja juga hendak mendengar kenyataan Datuk Peter Chin berhubung kenaikan ini dan alasan kenaikan tarif eletrik tersebut.Harapan kami, biarlah kali ini kenyataannya masuk akal sikit.Bukan macam isu subsidi IPP tempohari, dimana kenyataannya memang tidak dapat kami terima dengan akal.
Walaupun begitu, kami berterima kasih kepada kerajaan kerana menangguhkan kenaikan harga gas dan juga petrol RON 95.Harap kami, jangan pula ada udang di sebalik batu.Apa pendapat anda mengenai kenaikan tarif elektrik ini?
P.S. Lepas ni, apa lagi yang bakal naik?

Selasa, 24 Mei 2011

Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011


teksi Tambang Pengangkutan Awam Naik Mulai 1 Ogos 2011Macam domino pula, bila satu barang naik, semua barang turut naik sama.Dan kali ini, diberitakan bahawa tambang pengangkutan awam juga akan dinaikkan mulai 1 Ogos 2011.
Tambang untuk pengangkutan awam bagi bas ekspres, bas berhenti-henti, bas sekolah, teksi dan kereta sewa di seluruh negara dinaikkan berkuatkuasa 1 Ogos.Adakah anda sudah bersedia dengan kenaikan ini? Kami ada rasa tidak puas hati sebab kenaikan tambang pengangkutan awam ini.
Dulu masa harga minyak naik mendadak, kadar tambang pengangkutan awam ini juga dinaikkan.Tapi, bila harga minyak turun, adakah kadar tambang  pengangkutan awam ini diturunkan? Tidak sama sekali! Dan kali ini, atas rasional apakah kadar kenaikan tambang ini perlu dinaikkan? Rata-rata perkhidmatan teksi sudahpun menggunakan NGV yang hampir 5 kali lebih murah dari harga petrol RON 95.
Apabila bercerita mengenai perkhidmatan awam,kami suka untuk bercerita tentang janji  kerajaan terhadap sistem pengangkutan awam di Malaysia secara keseluruhannnya. Pengangkutan awam oh sistem pengangkutan awam di Malaysia. Mungkin kerajaan Malaysia terlupa agaknya dengan janjinya sendiri. Itu sebabnya tahap keberkesanan sistem pengangkutan awam di Malaysia masih ditakuk lama.
Tidak mengapa rakyat sendiri berbesar hati mengingatkan janji kerajaan Malaysia untuk menaiktaraf mutu sistem pengangkutan awam di Malaysiay. Janjinya bila? Tu………masa tahun 2006 lagi. Masa itu di bawah pemerintahan Pak Lah, kerajaan telah menaikkan sebanyak 30 sen untuk harga minyak ketika itu dan kerajaan berjaya menjimatkan sehingga RM4.3 billion. Malangnya kerajaan hanya berbelanja sekitar RM834.75 juta.
Sekarang ni, dengan segala macam pelarasan harga seperti harga gula, tarif elektrik dan sebagainya, tahap keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia masih lagi sama.Tiada apa yang boleh dibanggakan.Perlu lagikah  tempoh dalam 5 tahun lagi  atau 10 tahun atau 50 tahun lagikah barulah kerajaan Malaysia dapat menunaikan janjinya untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam di Malaysia? Kita tengok sahajalah.
Apa pendapat anda mengenai isu kenaikan tambang pengangkutan awam ini?


Jumaat, 20 Mei 2011

Kadar Tarif Elektrik Dijangka Naik!



tnb Kadar Tarif Elektrik Dijangka Naik!Adakah kerajaan Malaysia kini sudah mula menganggap rakyat Malaysia sebagai beban? Tidak cukup dengan beberapa siri kenaikan sebelum ini, dijangka kadar tarif elektrik juga bakal dinaikkan.
Semua subsidi yang diberikan selama ini untuk membantu rakyat akan dihapuskan sedikit demi sedikit dalam program rasionalisasi kerajaan. Bak kata Perdana Menteri kita sendiri, subsidi kepada rakyat adalah umpama candu.Subsidi pada kroni Independent Power Produce (IPP) pula nak kata apa? Heroin? Kadar tarif elektrik dijangka bakal dinaikkan pada 25 Mei 2011 ini.
Sumber mengatakan bahawa kerajaan memilih untuk menaikkan tarif elektrik berbanding menaikkan harga minyak RON 95 kerana kenaikan harga minyak RON 95 bakal menimbulkan kemarahan rakyat secara besar-besaran.Ini kerana, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa kenaikan tarif elektrik ini tidak membawa impak yang besar.
Setiap hari, propaganda berita mengatakan bahawa ekonomi Malaysia semakin maju dan dikhabarkan dapat mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.5%-6%.Tapi, disebaliknya, segala macam kenaikan dikenakan terhadap rakyat.Timbalan Perdana Menteri kita juga semalam menyatakan bawaha rakyat perlu bantu diri sendiri.
Ya, kami tahu kami perlu bantu diri sendiri.Tapi kalau segala macam halangan dan masalah diletakkan atas bahu kami, adakah ianya adil.Apa kata Menteri juga berjuang sama dengan rakyat.Mintak gaji dan elau Menteri dan YB dikurangkan sebnayak 50%.Boleh ke menteri-menteri ini bersetuju? Kami berani kerat jari.Mereka takkan bersetuju.
Kenapa kami perlu berkorban untuk kesenangan Menteri-menteri dan YB ini?Asyik kata rakyat perlu ubah cara hidup.Sepatutnya nasihat ini terpalit juga kepada Menteri-menteri berkenaan di luar sana.Anda juga perlu ubah gaya hidup-berita semasa

Apa pandangan anda mengenai berita kenaikan tarif elektrik ini?

Rabu, 18 Mei 2011

PUTRAJAYA 15 Mei – Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.
Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.
Hingga sekarang trend dunia "tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya. – Utusan

harga minyak Isu Minyak RON 95 Bakal Dinaikkan Rakyat Diminta Bersedia!
macamana yang dikatakan "tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,”  walhal mengikut graf di atas berlakunya penurunan sehingga 100.00 setong????

homestay di kg. sanglang pontian

Ganu Homestay @ Sanglang, Pontian

front view
front view

Monthly Rent: RM 2300/  RM280 per dayType: Houses  For rent Area: Pontian
Size: 1760 sq.ft. Bedrooms: 4 Bathroom: 3
Furnished: Fully furnished

Property Type: Semi detached



Tawaran ini dibuka kepada sesiapa yang berhajat untuk datang ke Pontian ataupun Benut. D'lu'lu homestay mengalu-alukan kehadiran para pengunjung yang menjadikan sebagai tempat persinggahan di atas apa jua urusan...












 
side view-terrace
bedroom 3

master bedroom
kitchen

dining area

family area

living area


Ganu homestay amat sesuai dijadikan tempat penginapan@persinggahan untuk keluarga yang datang ke Pontian/ Benut/ Sanglang bertujuan menghantar rombongan kahwin, hari keluarga, persinggahan ke jeti feri Kukup(ke Indonesia) dll

SPESIFIKASI:
- Rumah Semi-D 1 tingkat.
- Keluasan lantai dalam rumah: 32 X 55 ft. (1760 sq. ft.)
- Porch untuk 2 buah kereta
- Keluasan dalaman rumah amat selesa.
  ketinggian lantai dengan siling: 12 ft.
- Mempunyai ruang dalaman yang lengkap;
* ruang tamu
* ruang family
* ruang makan
* dapur
* 4 bilik tidur
* 3 bilik air
* terrace (10 X 13 ft.)

KELENGKAPAN:
* Setiap ruang ada kipas siling(10 unit)
* Set bilik yang lengkap
* Set sofa yang lengkap(living area)
* Meja makan & sinki(dining area)
* Fully carbinet, coffe bar, dapur hood & hob, peti sejuk 2 pintu,
   mesin basuh(fully auto), pemanas air, penapis air dan bilik air(kicthen).
* ampaian
* Sesuai untuk penginapan harian.

LOKASI:
No. 35, Taman Sanglang Jaya, Lrg Sanglang Jaya 2, 82000 Pontian, Johor
.
berada di pertengahan antara susur keluar Simpang Renggam, Lebuhraya Utara-Selatan dengan bandar Pontian.
17 KM dari bandar Pontian, 5 KM dari bandar Benut dan 1 KM dari pekan Sanglang.
Rumah ini didiami oleh saya & keluarga hanya apabila pulang ke kampung, hanya 3-4 kali setahun.
Dibeli/siap pada bulan July 2010.

HARGA SEWA PENGINAPAN:
- RM280 satu malam
- RM2300 sebulan



Sila hubungi/SMS untuk tempahan@pertanyaan:
019 3176009 / 013 9286009 (Hasmizan)

email: mizansara@yahoo.com / wvv6109@gmail.com

Isnin, 16 Mei 2011

(Video) Kes Buli Pelajar Cina Di SMK Raja Abdullah



kes buli di sekolah21 (Video) Kes Buli Pelajar Cina Di SMK Raja AbdullahKes buli masih belum habis.Ada sahaja kejadian buli di sekolah.Dan kali ini, berlaku kejadian kes buli di SMK Raja Abdullah.Untuk melihat video tersebut, sila klik link di bawah.
 

Bayangkan kalau perkara begini terjadi kepada anak-anak kita? Sangat kurang ajar apabila pembuli melempang, menggunting rambut, mencekik leher mangsa dengan tali leher, memukul dan lain-lain lagi.Kejadian ini berlaku pada waktu rehat, jadi guru tidak patut dipersalahkan dalam hal ini.
Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?Hanyalah kes cemburu terhadap mangsa.Apa yang dicemburukan, tidaklah kami ketahui, tetapi perkara ini sudahpun mendapat perhatian Kementerian.Namun ibu dan bapa kepada pembuli ini tidak percaya terhadap tuduhan yang dikenakan kepada anaknya kerana mereka percaya anak mereka sangat baik di rumah.
Inilah masalah ibu-bapa yang terlalu mempercayai apa sahaja yang anak dia cakap.Walaupun dah melihat sendiri video tersebut, masih boleh ibu bapa tertuduh mengatakan anak mereka tidak bersalah dan mendakwa pula sekolah kerana membuat fitnah.Dalam perkara ini, kami berpendapat ibu bapa sendiri yang mendorong anak mereka menjadi begini.
Mana pergi nilai-nilai kemanusiaan seorang pelajar.Sekolah dulu tak macam sekarang.Salah sikit, sebat anak murid dah kena saman.Walhal memang patut pelajar yang bermasalah kena hukum.Bila pelajar dah naik lemak, macamni lah yang terjadi.Apa nak jadi dengan anak-anak muda sekarang.-berita semasa

Apa pendapat anda mengenai video kes buli di atas?

Kakitangan Awam Banyak Ponteng Kerja?


gaji1 Kakitangan Awam Banyak Ponteng Kerja?Penjawat awam atau kakitangan kerajaan sememangnya sudah sinonim dengan macam-macam tohmahan seperti suka mengular, ponteng kerja, tidak efektif, buat kerja lambat dan sebagainya.Dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sendiri mengakui perkara tersebut. 
KUALA LUMPUR 13 Mei – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui gejala ponteng kerja oleh penjawat awam memang berlaku dan paling banyak melibatkan kumpulan kakitangan sokongan dua.
Ketua pengarahnya, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, bagaimanapun tindakan tatatertib sentiasa diambil bagi mengekang gejala itu termasuk hukuman buang kerja terhadap mereka.
“Ini soal disiplin pekerja. Memanglah ia berlaku tetapi saya tidak mempunyai statistik kerana hukuman dikenakan oleh Ketua Setiausaha kementerian masing-masing,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
“Pelbagai tindakan dikenakan termasuklah tahan dan buang kerja terhadap mereka yang bersalah. Namun masalah ini masih berterusan dan saya tidak boleh nilai serius atau tidak kerana tiada kayu pengukur untuk berbuat demikian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa kakitangan daripada kumpulan Pekerja Am Rendah (PAR) dikesan paling ramai ponteng kerja dipercayai kerana melakukan kerja sambilan.
Menurut Ahmad Zahid, masalah yang melanda kementeriannya itu turut melanda kementerian lain.
Ada benar dan ada yang tidak mengenai kenyataan JPA tersebut.Tidak semua penjawat awam memnpunyai masalah disiplin seperti yang dinyatakan.Tapi, memang sering begitulah kata orang, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Yang membuat masalah, hanya seorang, tapi yang terpalit, semuanya sekali.
Bukanlah kami ingin menyokong kakitangan kerajaan, namun melalui pengalaman kami dan juga pendapat-pendapat lain, memang tidak semua penajwat awam mempunyai masalah ponteng kerja dan sebagainya.Dan kami juga tidak menafikan bahawa kejadian penjawat awam yang suka ponteng kerja ini memang berlaku.
Perkara ini bukanlah satu isu baru, malah dah terlalu lama.Cuma tiada penyelesaian yang efektif setakat ini.Kebanyakan penjawat awam yang ada masalah disiplin ponteng kerja ini,selalunya mempunyai masalah.Dan masalah yang kami selalu lihat adalah masalah peribadi, masalah kewangan dan masalah tiada minat.
Dan masalah kewangan di antara masalah tertinggi yang menyebabkan penjawat awam yang bermasalah ini selalu ponteng kerja kerana melakukan pekerjaan lain untung menampung kehidupan.
Perkara ini perlu dilihat oleh JPA secara serius.Apabila sesorang penjawat awam itu membuat masalah, pastinya mereka ada sebab-sebab tertentu.Dan itulah yang perlu dikenalpasti.Apa-apapun, seseorang kakitangan awam sepatutnya lebih berdisiplin dan bersyukur dengan rezeki mereka.-berita semasa

Apa pendapat anda mengenai kakitangan awam yang suka ponteng kerja ini?

BERITA BAIK sempena sambutan Hari Guru 2011


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita baik buat warga pendidik yang akan menikmati lima kaedah kenaikan pangkat berkuat kuasa 1 Jan depan, dalam usaha menambahbaik skim perkhidmatan guru.
Dalam perutusan khas Hari Guru melalui rakaman video yang ditayangkan sempena pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ke-40 di sini, beliau berkata kerajaan telah memutuskan sedemikian kerana menyedari bebanan tugas dan pengorbanan yang telah dibuat para guru.
Pelancaran sambutan Hari Guru bertema “Guru Penjana Transfromasi Pendidikan Negara” itu di rasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan.
Perkhidmatan perguruan adalah satu-satunya perkhidmatan yang diperuntukkan dengan lima kaedah kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan, kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP), kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan, kenaikan pangkat untuk pengetua atau guru besar cemerlang dan kenaikan pangkat guru cemerlang.
Najib berkata sebagai kesinambungan kepada keperluan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan berkenaan dan dalam memartabatkan profesion keguruan di samping mengambil kira keunikan fungsi tugas guru, kaedah kenaikan pangkat khususnya berdasarkan tempoh perkhidmatan perlu diberi nafas baru.
“Kerajaan mendapati sekarang ini, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka cuma pada Gred DG48 setelah sekian waktu menabur bakti selama 25 tahun,” kata Perdana Menteri.
Katanya, kini sampai masanya laluan kerjaya guru ditambah baik demi memastikan mereka yang membentuk modal insan negara diberi pengiktirafan dan ganjaran sewajarnya.
Kaedah baru kenaikan pangkat diperkenalkan khusus kepada guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) iaitu guru wibawa dan pendeta guru, yang akan dikategorikan mengikut empat lapisan jawatan pertamanya, katanya.
Beliau berkata pewujudan lapisan tersebut, termasuk guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan pendeta guru, akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru itu, Najib berkata laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan.
“Satu lagi berita baik bagi mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan,” katanya sambil menambah bahawa mereka boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan, katanya.
Beliau berkata kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru.
Kerajaan juga bersetuju untuk menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan, katanya.
Beliau berkata manakala semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48, akan melibatkan 6,585 jawatan.
Najib berkata semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan sejumlah 99 jawatan.
“Hakikatnya, setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir, doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua pun kerjayanya, telah terasuh dan dibimbing oleh insan yang bernama guru,” katanya. -BERNAMA

cgu mizan; nampak nya anugerah ini untuk pengurusan/pentadbiran saja, mana penghargaan untuk guru-guru DG41, DGA32M DGA29 yang tidak dapat disangkal lagi menaik dan memartabatkan sekolah... tanpa guru-guru yang mengajar tanpa mengenal erti penat-lelah, pasti pihak pentadbiran sekolah tidak dapat mengapai kecemerlangan...

Ahad, 15 Mei 2011

IKRAR HARI GURU

bahawasanya kami
guru-guru negara malaysia
dengan ini berikrar
  • mendukung terus cita-cita kami
  • terhadap tugas kami
  • dan menyatakan keyakinan kami
  • pada cita-cita murni pekerjaan kami
  • kami akan berbakti
  • kepada masyarakat
  • dan negara kami
  • kami sentiasa menjunjung
  • perlembagaan negara
  • kami mengamalkan
  • prinsip-prinsip rukun negara
  • pada setiap masa

Sabtu, 14 Mei 2011

TEMA HARI GURU 1972 - 2011




Setiap rakyat Malaysia pasti tahu dan pernah melalui tarikh 16 Mei kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru akan diadakan. Tarikh 16 Mei ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Tema Hari Guru

Saban tahun bila hari ini disambut pasti diiringi dengan tema yang bersesuai dengan suasana ketika itu.

Berikut kwn senaraikan Tema Hari Guru dari tahun 1972 sehingga 2011 untuk tatapan semua;

2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

lagu GURU MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2011
"GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
inilah lagu keramat yang nyatanya wajib diingati,difahami dan dinyanyikan oleh semua warga pendidikan...

Isnin, 9 Mei 2011

gejala PONTENG SEKOLAH...

Gerak-gempur bersepadu basmi ponteng sekolah perlu dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun bertujuan mengurangkan salah laku ponteng dalam kalangan murid sekolah menengah. Gejala ponteng sekolah amatlah perlu diberi perhatian kerana ianya adalah merupakan salah laku tertinggi berbanding salah laku kesalahan disiplin yang lain berlaku di sekolah buat masa sekarang. Mengikut kajian, faktor-faktor penyebab ponteng berlaku adalah seperti berikut;
1. Keruntuhan institusi keluarga. ketandusan kasih-sayang, didikan agama, pertelingakahan dan tiada kecaknaan daripada ibubapa menyebabkan berlakunya ledakan tekanan pada diri pelajar.
2. Pengaruh rakan sebaya. ajakan dan terpengaruh dengan aktiviti tidak sihat menyebabkan pelajar terpedaya.
3. Persekitaran sekolah. tidak berminat untuk belajar,tiada wawasan dan bosan dengan P&P adalah alasan utama untuk ponteng.
4. Pengaruh media elektronik. terikut dengan kehidupan bersosial, lali dengan arus peredaran dunia hiburan menyebabkan ada kalangan pelajar ponteng dengan melepak di shoping complex, cybercafe dll.
Purata pelajar ponteng adalah terdiri dari pelajar kaum melayu... sanggupkah kita melihat perkara ini terus berlaku...
sila komen....