welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Oktober 2013

BAJET 2014

Datuk Seri Najib Razak mula membentangkan bajet kelimanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Perdana menteri memulakan ucapannya dengan ungkapan suci Bismillahirrahmanirrahim.
Beliau berkata: “Dipetik dengan penuh iktibar sepotong firman Allah dari Surah Al-Qasas, ayat ke-77, mafhumnya:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada keperluan di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu yakni di atas pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah”.
Tambahnya, pujangga pula sering bermadah, bahawa: “Berpadu ialah satu permulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resepi kejayaan”.
The Malaysian Insider melaporkan pengumuman penting Bajet 2014 seperti berikut:
• Bajet 2014 bertema “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji
• Lima teras utama digariskan iaitu Merancak Aktiviti Ekonomi Teras Bajet; Mengukuh Pengurusan Fiskal Teras Bajet; Mengunggul Modal Insan Teras Bajet; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar Teras Bajet; dan Mensejahtera Kehidupan Rakyat
• Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.
•  Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.
•  Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang  9.6 peratus.
• Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
•  Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.
• Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
• Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
• Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
• Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
• Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
• Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
• Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
• Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
• Projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
• Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
• Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
• Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
• Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
• Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
• Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
• Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
• Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
• Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.
• Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.
• Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.
• Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
• Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.
• Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
• Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.
• Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
• Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Disember 2016.
• Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan.
• Fasa kedua projek ‘High Speed Broad Band’ (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan  kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isi rumah di seluruh negara.
• 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar.
• Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak.
• Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017.
• Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun.
• RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.
• RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.
• Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.
• RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.
• Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan.
• Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus. 
• Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
• Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
• Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.
• Kerajaan mensasarkan 5,000 usahawan muda dilatih setiap tahun. 
• Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 November, 2013.
• Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.
• Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
• Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.
• Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.
• Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Januari, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan. 
• Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
• Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).
• Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.
• Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2014.
• Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar. 
• Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
• Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
• GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
• Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
• GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.
• Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.
• Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula.
• Dana pinjaman berjumlah RM50 juta diperuntukkan di bawah Tabung Usahawan Siswazah menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
• Bagi menggalakkan pematuhan Dasar Gaji Minimum, kerajaan cadang beri potongan cukai tambahan kepada majikan untuk bayaran perbezaan gaji yang ditanggung pada 2014.
• Pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati PCB adalah dianggap cukai muktamad, berkuatkuasa tahun taksiran 2014.
• Kaedah pemberian subsidi distruktur semula secara berperingkat. Hasil penjimatan subsidi akan diberi secara terus dalam bantuan tunai dan sebahagiannya digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan.
• Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.
• Kerajaan akan menyediakan kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang bernilai RM19,000 seunit secara percuma kepada pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir untuk membuat rawatan sendiri di rumah.
• Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi melebar dan mendalamkan Sungai Bertam di Cameron Highlands.
• Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi maklumat.
• Yayasan Hijau Malaysia akan ditubuhkan dengan  geran pelancaran sebanyak RM15 juta sebagai dana permulaan.
• Kerajaan dan sektor swasta akan membina 223,000 unit rumah dengan harga berpatutan tahun depan.
• Daripada jumlah itu, 16,473 unit rumah akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan RM578 juta.
• JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta.
• Rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.
• 80,000 lagi unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
• Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit Rumah Mampu Milik; 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM).
• Kategori baharu RMM diperkenal dengan harga jualan antara RM45,000 hingga RM65,000 selain memberi subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
• Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome diperkenal yang menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada setiap pemaju.
• Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
• BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
• Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000.
• Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.
• Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.
• Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.
• Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.
• Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500. Bonus akan dibayar pada Januari 2014.
• Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai.
• Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.
• Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.
• Langkah-langkah ini akan berkuatkuasa mulai 2015.
• RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada Bajet 2014 diperuntukkan untuk melonjakkan pencapaian tahap akademik dan kemahiran yang tinggi. RM831 juta diperuntukkan untuk membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah sedia ada.
• Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelanggaraan Sekolah terima tambahan dana RM450 juta.
• Bagi memperkasa pendidikan tertiari, RM600 juta diperuntukkan sebagai geran penyelidikan di institusi pengajian tinggi awam dan RM110 juta diperuntukkan untuk teruskan program MyBrain15.
• Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia sedia peruntukan RM400 juta untuk syarikat berdaftar melatih pekerja meningkatkan kemahiran dan melatih bakal pekerja.
• Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah serta Baucar Buku 1Malaysia RM250 kepada penuntut pra-universiti dan institusi pengajian tinggi, yang masing-masing melibatkan peruntukan RM540 juta dan RM325 juta, diteruskan.
• RM130 juta diperuntukkan bagi subsidi pengangkutan udara luar bandar terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak; dan RM52.9 juta untuk teruskan subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur, iaitu Pahang dan Kelantan beri manfaat 600,000 pengguna.
• Kerajaan akan membina dan menaik taraf empangan serta loji rawatan air terawat dengan peruntukan RM1.2 bilion.

Selasa, 23 Julai 2013

BONUS RAYA 2013; 500 penjawat & 250 pesara!!!


Bonus raya 2013 : Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tiada angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat ________________ 

Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam. Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. 

Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja. Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013 

Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya : 

Kakitangan Awam : RM500 
Pesara Kerajaan : RM250 

Pengumuman Bonus Raya 2013 Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013 Hari : Rabu Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) 

Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak. Berita Semasa dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.

Jadi, sama-samalah kita tunggu.

dari sumber BERITATERKINI

Selasa, 22 Januari 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat Yang Gagal Menyemai Kebencian


Usaha Anwar Ibrahim untuk menyemai kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia sudah semakin hari semakin memakan dirinya sendiri. Himpunan Kebangkitan Rakyat yang digembar-gemburkan bakal menghimpunkan sejuta rakyat yang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional ternyata gagal dari segi kuantiti dan kualiti. Usaha Anwar Ibrahim mempergunakan golongan muda untuk memulakan huru-hara dan provokasi terhadap PDRM ternyata gagal sekali. PDRM telah menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dengan begitu efisyen sehingga menerima pujian dari segenap lapisan masyarakat!

Apa yang ada pada Pakatan Rakyat hari ini hanyalah angan-angan dan imaginasi sahaja. Tak sampai 100,000 ribu orang pun yang memenuhi Stadium Merdeka yang hanya berkapasiti 30,000 orang. Namun di kiri kanan mereka berpekik mengatakan 200,000 orang, 300,000 orang malahan sehingga 500,000 orang yang datang untuk melaungkan panggilan revolusi mereka. Begitu lawak sekali!
Jentera-jentera setiap parti dalam Pakatan Rakyat, Bersih, ANAK, Anti-Lynas, Royalti, dan pelbagai lagi NGO-NGO baru yang ditubuhkan khusus untuk menarik orang ramai untuk turun hanya mampu mengumpulkan sejumlah itu sahaja. Jangan juga kita andaikan bahawa kesemua yang hadir pada Sabtu lalu adalah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat semata-mata!
Jika kita lakukan analisis mendalam, sebenarnya Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu lalu hanya menunjukkan gambaran positif terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan usaha-usaha yang telah beliau lakukan dalam transformasi politik dan ekonomi untuk negara kita ini. Akta Perhimpunan Awam yang telah diluluskan tahun lepas adalah sebab utama mengapa perhimpunan seumpama ini mendapat kebenaran dan mengapa pihak PDRM berupaya mengawal perhimpunan dengan penuh profesionalisme.

Pujian harus diberikan kepada kerajaan yang menghidupkan demokrasi, bukannya kepada Pakatan Rakyat yang hanya pandai memecahbelahkan perpaduan dan merosakkan nama negara yang selama ini terkenal sebagai sebuah negara demokrasi berperlembagaan yang aman damai serta makmur dari segi sosioekonomi. Permintaan-permintaan tidak masuk akal yang dipamerkan dalam 10 Tuntutan HKR112 bukti jelas betapa Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong mereka tidak ikhlas kerana hanya mahu terpekik terlolong sehingga suara mereka menarik perhatian media-media barat yang selama ini hanya pandai memperkecilkan kebolehan negara.
Sebenarnya, setiap isu dan permintaan yang diletakkan dalam 10 Tuntutan mereka ini telah pun dijawab, dibincang dan apa juga yang telah atau sedang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka ini ibarat anak-anak kecil yang hanya tahu menjerit sehinggalah mereka dapat apa yang mereka mahukan. Ingatlah, bukan semua tangisan atau rengekan anak kecil yang mampu kita layan.
Syabas kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan juga sudah tentunya Polis DiRaja Malaysia yang berjaya menghalang sebarang kekacauan atau huru-hara pada perhimpunan anjuran pembangkang ini. Majoriti rakyat Malaysia menolak kacau-bilau dan sentiasa berdoa agar insiden-insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku semasa himpunan Bersih dan Bersih 2.0 yang lalu tidak lagi berulang.



Kejatuhan Pakatan Rakyat Sudah Semakin Ketara


Nampaknya, apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat hari ini akan memakan diri mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sering diaibkan dengan kata-kata dan tindakan mereka sendiri sejk kebelakangan ini.

Seolah-olah mereka hanya pandai mengelirukan rakyat jelata dengan sentimen-sentimen kononnya rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tidak hairanlah kenapa senjata utama mereka hanyalah mengapi-apikan rakyat untuk turun berarak di jalanan.

Dua minggu lalu, DS Anwar Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung isu saham Felda Global Ventures Berhad.

Dalam helahnya untuk dilihat sebagai seorang pakar ekonomi, beliau mengesyorkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor minyak & gas dan kelapa sawit. "Lagipun, kita sebahagian daripada Opec. Saya bukan bermaksud untuk mencadangkan sebuah kartel, tapi hanya sinergi antara kedua-dua negara ini bakal membantu mengurangkan masalah yang timbul," ujar beliau.

Mungkin beliau telah dimakan usia sehingga terlupa, mungkin juga beliau tidak tahu langsung. Malaysia tidak pernah menganggotai Opec, dan kita telah pun berbincang dengan Indonesia untuk membentuk sebuah badan usahasama yang akan berusaha untuk menyokong kestabilan harga melalui pengurangan stok serta mengawal bekalan minyak sawit. Perancangan dan tindakan telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia tidak perlukan retorik DS Anwar Ibrahim.

Seminggu kemudian, Pakatan berkhayal lagi. Didorong oleh tuduhan melulu yang dilemparkan oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula melaung-laungkan tuduhan kononnya kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa-mangsa projek landasan keretapi maut sewaktu era Perang Dunia Kedua dahulu.

Tuduhan ini mengingatkan saya kepada tuntutan tidak masuk akal yang dibuat oleh Hindraf.Anwar terus mempersoalkan ke mana hilangnya wang pampasan tersebut di Jakarta minggu lepas. Beliau tidak tahu bahawa pihak kerajaan Jepun sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan ia pernah membuat pembayaran sejumlah itu kepada Malaysia. RM207 bilion yang kononnya telah dibayar dan dilesapkan oleh kerajaan Malaysia adalah "diluar penglibatan dan pengetahuan Kerajaan Jepun." Rupa-rupanya, tiada seorang pun penasihat-penasihat DS Anwar Ibrahim yang mempunyai masa untuk memberitahu beliau bahawa Tokyo telah menafikan tuntutan Pakatan tersebut. Saya rasa mereka terlalu terperangkap dalam pembohongan mereka sendiri.

Perhimpunan KL112 Sabtu lepas telah dilihat sebagai usaha terakhir Pakatan untuk menunjukkan kuasa dan sokongan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN). Walaupun perhimpunan Bersih dan Bersih 2.0 sebelum ini kononnya bersifat "non-partisan" kerana dirancang oleh NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan kebebasan sivil, KL112 lebih jelas dari mula lagi. Ia adalah agenda Pakatan Rakyat, dan niat mereka sangat jelas.Hari yang dinantikan tiba, namun sejuta rakyat yang digembar-gemburkan oleh Pakatan tidak tiba. Pemimpin Pakatan hanya mampu berbohong dengan berkata bahawa 500,000 rakyat Malaysia telah berhimpun dalam stadium yang hanya berkapasiti 30,000 orang itu.

DS Anwar Ibrahim menganggap Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sebagai sebuah kejayaan besar yang telah mencatat sejarah. Ada juga penyokong-penyokong beliau yang menganggap perhimpuan tersebut sebagai "hari kemerdekaan negara yang kedua."Semua khayalan-khayalan ini lupa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasionallah yang telah berusaha gigih untuk membawa transformasi politik dan ekonomi kepada negara. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta enakmen Akta Perhimpunan Awam adalah usaha kerajaan untik menegakkan kebebasan awam dan kebebasan sivil. "Kejayaan" perhimpunan 12 Januari tersebut adalah sebenarnya bukti kepada usaha-usaha kerajaan.

Anwar pasti kecewa kerana perhimpunan ini berlangsung tanpa sebarang insiden. Tiada perusuh yang merosakkan kenderaan polis, tiada seorang pun rakyat yang dipukul, dan tiada sesiapa pun yang disembur dengan air atau gas pemedih mata. Rata-rata rakyat Malaysia menarik nafas lega dan melemparkan pujian kepada kerajaan dan pihak polis. Malahan, pemimpin DAP Lim Kit Siang sendiri pun telah memuji Datuk Seri Najib kerana membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung.

Perhimpunan KL112 adalah kemenangan untuk rakyat Malaysia, bukan untuk Pakatan Rakyat. Ia telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan dan perpaduan.

dipetik dr;
Arjuna Indra
Kuala Lumpur 

Sabtu, 24 November 2012

boikot israel



Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil & diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa? 

Boikot Israel : Boikot McDonald VS Notis McDonald Malaysia!

Boikot McD Malaysia Boikot Israel : Jom Boikot Produk Buatan Israel Seperti Mcdonald (McD) Malaysia. Setuju @ Tidak?
Adakah kempen boikot produk Israel, boleh pilih-pilih? Setakat boikot McD, kami umpamakan secebis zarah daripada satu tubuh lengkap manusia. pemasaran & promosi yang dijalankan pun KFC sendiri tidak mampu untuk melawan. Jikalau kita fahami sistem ekonomi yahudi, sistem kapitalis dan ekonomi dunia, sangat mustahil. Bahkan tindakan boikot Israel ini secara halusnya mempromosikan lagi produk tersebut, contohnya menjual t-shirt boikot, pelekat boikot.
“Because people are born already married to curiousty”
Boleh tercapai atau tidak objektif kempen boikot Israel iaitu melibatkan produk buatan Israel)? Bukan mahu memperlekehkan, dan bukannya kami melarang sesiapa untuk boikot produk buatan israel. Itu hak & pendirian masing-masing. Tetapi perlu difikirkan secara mendalam disertakan dengan kajian. Bukan sekadar ikut-ikutan. Apabila diberikan promosi burger percuma, berduyun-duyun datang. Erm……mereka lapar agaknya….

Boikot Israel : McDonald Malaysia VS MacDonald Luar Negara

Boikot Macdonald Malaysia Boikot Israel : Jom Boikot Produk Buatan Israel Seperti Mcdonald (McD) Malaysia. Setuju @ Tidak?
Yang penting sekarang kita kena titipkan roh keimanan kepada generasi yang ada. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah. Sentiasa berdoa pada Allah untuk Palestin dan mereka yang senasib dengannya. Hanya Allah sahaja yang layak memberikan balasan perit kepada kaum Zionis LAKNATULLAH ini, dengan itu kita kenalah istiqomah berdoa dengan sangat yakin pada setiap masa.
Masih terngiang-ngiang di telinga kami kata-kata Ustaz Hassan Din yang pernah mengatakan :
Kalau nak anak automatik berpuasa di bulan Ramadan, kita kena ajarkan solat dahulu, sebab kalau anak tu tadi solat tanpa disuruh-suruh, maka dia akan puasa tanpa disuruh, anak yang ada ramai puasa tapi solat entah ke mana, hanya nak dihebohkan bahawa anaknya puasa cukup, dapatlah duit raya banyak. Hakikatnya, ibubapa sendiri tidak bersolat.
Diibaratkan seperti seekor khinzir, memang jelas sudah haram. Tetapi apabila lemak dan asid dijadikan lipstick, dijadikan dakwat printer, jadi kapsul pemutih kulit, boleh sahaja pakai.
Sekali lagi kami tidak pertahankan McD. Tetapi kami memikirkan yang bekerja itu, pembekal untuk semua cawangan McDonald di Malaysia. Bukankah itu semua memerlukan pekerja yang terdiri daripada kalangan anak-anak kita semua? Jikalau pun nak boikot Israel terutamanya melibatkan produk buatan Israel, mengapa hanya McD sahaja yang menjadi sasaran. Nak mulakan kempen boikot kena konsisten. Jangan ambil sikit-sikit. Bagaimana pula dengan produk Nestle, Milo tak nak boikot sama?
  • Sepatutnya, McDonald itu sendiri tidak dibenarkan dibuka di Malaysia sejak daripada awal lagi? Bukankah itu lebih baik? Kita mempunyai kuasa untuk melakukannya.
  • Kita bersusah payah untuk boikot produk McDonald yang sudah beratus-ratus cawangan di Malaysia. Sedangkan kita mempnyai jalan yang mudah untuk tidak membenarkan MacDonald dibuka di Malaysia? Bukankah lebih mudah begitu?
  • Tetapi persoalannya sanggupkah Malaysia bertindak sebegitu?
Hakikatnya, Palestin hanya akan dibebaskan dengan peperangan fizikal dan peperangan spiritual, sehingga keluarnya lagi  seperti pemimpin agung pembebas Baitul Muqaddis terdahulu, iaitu Salahuddin Al Ayubi. Umat Islam solat Subuh seramai solat jumaat di masjid-masjid. Sampai sekarang pun umat Islam masih tak bersatu. Apabila sudah bersatu maka akan bebaslah Palestin dari cengkaman, Palestin ni adalah kisah benar dan kisah simbolik tahap kesatuan umat islam seluruh dunia.
P/S : Palestin terus diperkotak-katikkan dengan negara haram Israel sejak dari tahun 1940 an lagi. Jikalau betul boikot Israel berlaku dikalangan semua orang Islam, sudah lama tumbang Israel. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Di mana hasilnya?

Khamis, 27 September 2012

BAJET 2013



Bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 4.pp petang ini dijangka akan menjadi ‘Bajet untuk Rakyat’.
Ini kerana, seperti beberapa bajet yang dibentangkan sebelum ini di bawah pentadbiran Najib, Bajet 2013 juga akan padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat. Di antara yang mungkin diumumkan ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.
Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan lebih RM2 bilion untuk mengagihkan BR1M kepada 4.7 juta isi rumah.
Tahun ini, kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah bagi meringankan bebanan mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di negara ini.
Selain itu, sumber berkenaan memberitahu, bonus untuk kakitangan awam juga berkemungkinan akan turut diumumkan.
“Sekurang-kurangnya setengah bulan bonus mungkin ada, ini tambahan kepada setengah bulan yang sudah pun diberikan sebelum hari raya baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sumber kedua pula memberitahu, kerajaan dijangka akan mengurangkan cukai dan duti ke atas kenderaan dengan kuasa enjin (cc) yang rendah.
Selain itu, Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) akan menerima lonjakan yang amat menarik dengan peruntukan bagi projek berkenaan dijangka dipertingkatkan 5 kali ganda jumlahnya berbanding peruntukan dalam bajet sebelum ini.
“Kami dengar pihak PRIMA mohon peruntukan 1 bilion dan dijangka ia akan diluluskan,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Najib akan membentangkan bajet yang memfokuskan kepada usaha untuk mengekalkan memontum pertumbuhan ekonomi negara.
“Perdana Menteri Najib Razak akan membentangkan pelan kewangan kerajaan bagi tahun akan datang, dalam satu bajet yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan dan memastikan Malaysia berada di landasan kewangan yang bertanggungjawab,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Berucap di Parlimen, Perdana Menteri memberitahu akan mengumumkan polisi yang bertujuan untuk mengekalkan permintaan tempatan di samping memastikan semua rakyat Malaysia mengalami peningkatan dari segi mutu kehidupan.
Dalam pada itu, seorang jurucakap kerajaan berkata;
“Di sebalik ketidak-tentuan ekonomi global, langkah-langkah yang diambil kerajaan telah berjaya memastikan ekonomi Malaysia terus berkembang sedikit demi sedikit.
“Untuk meneruskan momentum itu, bajet esok akan terus melabur untuk masa depan jangka panjang – memperkukuhkan pertumbuhan, tetapi pada masa yang sama memperkuatkan komitmen kami ke arah tanggungjawab fiskal,” katanya. 

Rabu, 25 Julai 2012

BONUS RAYA 2012 - setengah bulan gaji


25 JULAI, Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan semua penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan Bonus Aidilfitri.

Bonus tersebut berjumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM500 utk pesara kerajaan. 
Bayaran bonus ini akan diberikan kepada penerima pada 9 0gos 2012. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Diharapkan pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bonus ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Kami pasti, berita ini adalah berita yang paling dinanti-nanti oleh semua penjawat awam tahun ini. Setelah menerima kenaikan gaji pada tahun ini, ditambah pula dengan pengumuman bonus raya, sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan beban dan juga masalah kewangan kakitangan awam.
Apa-apapun, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian Allah S.W.T kepada kita.Diharap, pengumuman bonus raya untuk tahun 2012 ini memberikan senyuman kepada anda semua.

Isnin, 11 Jun 2012

Kerajaan akan putuskan BR1M2 tidak lama lagi: PM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan membuat keputusan tidak lama lagi sama ada pusingan kedua Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) akan dilaksanakan. 


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan perlu melihat kepada kemampuan dan pengurusan kewangan negara.

"Saya akan melihat aliran tunai kerajaan tidak lama lagi untuk memutuskan sama ada kita mampu untuk melakukan BR1M kedua dan pada masa sama memastikan disiplin fiskal," katanya menjawab pertanyaan pada sesi liputan langsung NSTLIVE di Balai Berita yang berlangsung sekarang.
Ditanya apakah kerajaan mampu meneruskan kelangsungan bantuan kepada rakyat dan apakah inisiatif itu akan mewujudkan masyarakat yang bergantung kepada subsidi, Najib berkata: 

"Tidak, sebalik kita adalah kerajaan rakyat. Justeru, kita prihatin kepada kehendak rakyat sambil mengekalkan tanggungjawab fiskal," 

Kepada soalan lain, Najib berkata semua golongan rakyat akan menikmati "sesuatu" daripada Belanjawan 2013 yang sedang dirangka. 

"Akan ada sesuatu untuk rakyat tetapi anda perlu tunggu pembentangan Belanjawan itu," katanya.

Pembekuan PTPTN bukan untuk hukum pelajar...


KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang kini ditarik balik, bukan bertujuan membebankan penuntut institut pengajian tinggi itu. 


Beliau berkata, tindakan itu dilakukan sebagai respons kerajaan pusat terhadap perhimpunan haram yang dianjurkan pembangkang yang mendesak PTPTN dihapuskan di ibu kota pada 14 April lalu.
"Kerajaan bukan nak seksa pelajar tetapi hanya ingin lihat kemampuan kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan pendidikan percuma dan ternyata mereka tidak mampu.
"Jika mereka (kerajaan negeri Selangor) dakwa mampu melaksanakan pendidikan percuma melalui kaedah mengapung aset (tanah) UNISEL, ia adalah tidak logik sama sekali," katanya selepas merasmikan Kongres Kejuruteraan Dunia, Sains dan Teknologi 2012 (ESTCON), di sini, hari ini. 



Pada 6 Jun lalu, Mohamed Khaled mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar baru UNISEL bagi menentukan keupayaan kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. 

Bagaimanapun, pembatalan pembekuan pinjaman itu ditarik balik pada 8 Jun lalu. 

Mohamed Khaled juga menegaskan bahawa cadangan pembekuan itu hanya membabitkan pelajar kemasukan semester baru pada April lalu dan tidak membabitkan penuntut yang masih mendapat pinjaman dan sedang mengikuti pengajian. 
Mohamed Khaled turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan menjadikan isu pembekuan PTPTN sebagai alat politik untuk menghukum kerajaan negeri pimpinan pembangkang sehingga membebankan pelajar. 

"Kerajaan tidak menjadikan PTPTN sebagai alat nak hukum sesiapa terutamanya pelajar selepas apa yang pembangkang terlebih dulu hebahkan berhubung kemampuan mereka dalam memberikan pendidikan percuma. 

"Bila kerajaan lakukan pembekuan, kelam kabut (kerajaan negeri) nak apung aset itu ini padahal mereka langsung tidak mampu," katanya. 

Mohamed Khaled berkata, faktor utama pembatalan pembekuan PTPTN itu dilakukan selepas mempertimbangkan rayuan daripada Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad yang memaklumkan bahawa pinjaman PTPTN amat diperlukan penuntut UNISEL dalam meneruskan pengajian. 

"Kita batal pembekuan sebab terima respons melalui surat daripada pihak pentadbiran UNISEL bukannya sebab dakwaan kerajaan takut lihat pembangkang mampu laksanakan pendidikan percuma. 

"Rakyat perlu bijak menilai perbezaan tindakan kerajaan yang hanya melakukan pembekuan, itu pun sudah ditarik balik sedangkan pembangkang pula nekad untuk hapuskan PTPTN yang telah banyak memberikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya. 

PTPTN membelanjakan RM3 juta kepada kira-kira 5,000 pelajar di UNISEL untuk setiap pengambilan semester baru bagi menampung yuran pengajian dan kos sara hidup. - BERNAMA 

Rabu, 30 Mei 2012


Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?

Bajet 2013 Pilihanraya Umum Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?
Dalam keadaan Datuk Seri Najib Razak berseloroh untuk bubar Parlimen selepas sahaja Perhimpunan Raksasa Umno tempoh hari dengan disambut dengan sokongan gemuruh daripada penyokong UMNO yang hadir, tetapi hakikatnya ia tidak menjadi kenyataan apabila selepas itu Datuk Najib telah berangkat ke London. Nampaknya petunjuk Pilihanraya Umum ke 13 masih lagi jauh daripada sasaran daripada pemerhati politik di Malaysia. Terbaru…
Terbaru, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini telah mengumumkan, apa yang boleh kami katakan pengumuman yang cukup awal daripada tarikah bagi pembentangan Bajet 2013 yang kami sifatkan sebagai Bajet Pilihanraya ke 13 di mana pembentangan Bajet lazimnya diumumkan sekitar bulan Oktober seperti apa yang berlaku pada pembentangan Bajet 2012sebelum ini
Dalam keadaan sekarang ada 2 kemungkinan sahaja daripada pengumuman tarikah Bajet 2013 ini :
  1. Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13)  tidak akan berlaku sehingga 28 September 2012 ini ataupun 
  2. Datuk Najib hanya mengumumkan tarikah pembentanganBajet 2013 sahaja tetapi dalam pada masa yang sama PRU besar kemungkinan akan didakan sebelum 28 September 2012. Mungkin? 
Dalam permainan dan “sepak terajang” politik, satu minggu adalah satu tempoh yang cukup lama, macam-macam yang boleh berlaku dalam tempoh tersebut.
Pembentangan Bajet 2013 Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012 Ini? Apa Tuntutan & Harapan Anda?
Walau apa pun yang berlaku, pastinya Datuk Seri Najib akan memilih suatu tarikh yang memberikan kelebihan besar ke partinya Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke 13 kali ini. Jikalau Pilihanraya Umum ke 13 diadakan selepas pembentangan Bajet 2013, nampak gayanya rakyat Malaysia perlu menunggu sehingga tahun depan untuk terus serta dalam pertarungan hebat dalam sejarah politik Malaysia bagi PRU ke 13 kelak. Mungkin pada Februari atau Mac 2012? Atau, paling awalpun selepas sahaja Bajet 2013 mendapat kelulusan Parlimen.
Ini kerana, jika bajet 2013 dibentangkan pada 28 Sept 2012, kelulusan bajet paling lewat adalah sekitar Disember 2012 ini. Dalam tempoh itu, tiada pembubaran parlimen dan jika parlimen bubar sedangkan bajet 2013 tidak diluluskan, maka bajet 2013 adalah tergantung. Bajet baru akan dikemukakan semula terutama sekali bila berlakunya pertukaran kerajaan.