welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Isnin, 4 Mei 2020

UMRAH 2019

Alhamdulillah... Dengan limpah kurnia, rahmat dan izin Allah SWT... akhirnya kami sekeluarga telah selamat dan selesai menunaikan Ibadah Umrah selama 19 hari di Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah pada bulan Disember 2019

Saat pengalaman yang sukar ditafsirkan dengan akal. Saat penat lelah bersama-sama isteri dan anak2 amat sukar digambarkan melalui kata2.. Pengalaman mengerjakan ibadat selama 13 hari di Makah dan 6 hari di Madinah akan dikenang sehingga ke akhir hayat...

Aku, wife dan 4 org anak berlepas dari KLIA jam 5.25 pagi(dealay 1 jam) dengan menaiki pesawat Saudia Airlines. 1st destination terus ke Mekah.

Terasa rindu dan terngiang2 sahutan di Tanah Suci... InsyaAllah jika diizinkan, akan kembali ke Tanah Suci....






pit stop Mekah to Madinah

Umrah wajib

Pagi di Madinah(11'C)

Eiman Royal Hotel


Jabal Thawr








Taif, bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin.
Sejak kebelakangan ini, sebahagian besar jemaah umrah dan haji merebut peluang untuk ke kota Taif kerana semakin banyak pengendali umrah menawarkan pakej ke pusat peranginan itu yang mengambil masa kira-kira dua jam menaiki bas dari kota suci Makkah.
Kedinginan juga menyebabkan Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu. Cuaca panas kering di Makkah selalunya menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke kota Taif ketika musim cuti dan panas.
Suatu ketika dahulu, jemaah umrah sangat jarang berpeluang ke Taif. Ramai yang tanya apa yang menarik di Taif? Selain buah-buahan dan udaranya yang segar, jemaah teruja ke sana kerana ingin menjejak perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W. Dakwah Rasulullah di Taif bermula setelah mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy.
Ketika itu juga, Rasulullah dirundung duka setelah bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah r.a. kembali ke rahmatullah. Ditemani Zaid Haritsah, Rasulullah menuju ke Taif yang berjarak tidak sampai 100 km dari kota Makkah.
Baginda Rasul menyangka penduduk Taif dapat menerima kehadiran beliau tetapi tanpa disangka mereka menolak serta mencemuh baginda Rasul. Akhirnya, Rasulullah kembali ke Makkah dan seterusnya berhijrah ke Madinah.
Lazimnya, agensi pengendali umrah akan maklumkan kepada jemaah mengenai kunjungan ke Taif. Caj dikenakan adalah SR130 hingga SR150 seorang, yang merangkumi lawatan ke beberapa tempat bersejarah dan makan minum kerana perjalanan ke Taif selalunya sehari suntuk.
Destinasi lawatan termasuk, Masjid Abdullah bin Abbas, kebun Addas, Masjid Kuk atau dikenali sebagai masjid siku, al-Qantarah dan al-Madhun, rumah Abdullah bin Abbas, Muzium As-Shariff, kilang minyak wangi, pasar buah dan Masjid Qarnul Manazil.
Masjid yang popular di Taif adalah Masjid Abdullah bin Abbas, iaitu sepupu Rasulullah. Di situ juga terletak makam Abdullah dan syuhada Taif. Jemaah selalu diberi masa bersolat sunat. Berhampiran masjid itu juga terletak sebuah perpustakaan tetapi jarang dibuka.
Selepas itu jemaah dibawa ke kebun Addas, yang suatu ketika dahulu ditanami anggur dan delima. Addas, beragama Nasrani berasal dari Iraq. Ketika Rasulullah berkunjung ke Taif, Addas memberi anggur kepada Nabi Muhammad.
Ketika hendak makan, Rasulullah membaca Bismillah sehingga menyebabkan Addas terkejut kerana tidak pernah mendengar ucapan itu lantas bertanya agama Rasulullah. Sejurus Rasulullah mengatakan Islam, Addas merangkul dan mencium tangan baginda dan seterusnya memeluk Islam.
Addas adalah orang pertama di Taif yang memeluk Islam. Setelah ke kebun Addas, anda akan dibawa ke Masjid Kuk atau masjid siku. Difahamkan, penduduk Taif tidak suka tempat itu menjadi tumpuan pengunjung justeru mereka pernah membakarnya sebanyak tiga kali.
Dipercayai tempat itu yang terletak di kawasan al-Maznah menjadi lokasi Rasulullah berehat dan melarikan diri daripada golongan musyrikin yang akhirnya melontarkan batu-batu besar di kawasan itu kepada Rasulullah. Namun, difahamkan malaikat menahan batu itu daripada terkena baginda Rasul.
Lokasi seterusnya ialah rumah Abdullah bin Abbas. Rumah itu terletak kira-kira 2.7 km dari masjid Abdullah bin Abbas. Difahamkan bapa saudara Rasulullah itu berjalan setiap hari untuk ke masjid berkenaan.
Melepaskan penat dan mengisi perut, kami ke Muzium As-Shariff dan seterusnya menikmati hidangan tengah hari. Kilang minyak wangi ros paling menjadi tumpuan khususnya jemaah wanita yang berebut-rebut membeli bedak, losen dan haruman.
Tidak lengkap ke Taif jika tidak ke pasar buah. Justeru, ramai jemaah yang memborong buah zaitun, anggur, delima dan limau. Sebelum berangkat pulang semula ke Makkah, jemaah dibawa ke Masjid Qarnul Manazil dan di situ menjadi tempat miqat bagi jemaah yang mahu menunaikan umrah.

Maajid Abdullah bin Abbas
Masjid Quba merupakan salah satu rumah ibadah yang sejarahnya lekat dengan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam. Sebab, masjid ini dibangun sendiri oleh Rasulullah.
Masjid Quba berada di tepi kota Madinah. Kala itu, Nabi Muhammad baru saja menyelesaikan perjalanan hijrahnya dari kota Mekah dan secara langsung memerintahkan untuk membangun Masjid Kuba.

Masjid Kuba


Miqat di Tana'im



Makam Rasulullah





Jabal Uhud



Saudia Airlines

Syukran 19 hari di Tanah Suci...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan