03 - 22 Disember 2019
Taif adalah sebuah wilayah terletak di wilayah Makkah iaitu di kawasan pergunungan Al-Sarawat, bekas wilayah Hijaz. Sekiranya berhasrat ke Taif dari Jeddah akan mengambil masa 2 jam pemanduan melalui jalaraya yang cukup hebat dan selesa. Jarak dari Makkah adalah sejauh 80 km. Memandangkan Taif berada dikawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian 1,879 meter(6,180 kaki), kawasan ini selalu dituruni hujan. Bandar Taif mempunyai iklim yang dingin sepanjang tahun dengan musim panas 29C dan apabila musim sejuk mencapai 5C.
Mengimbau kembali sejarah penghijrahan Rasulullah SAW ke kota Taif untuk berdakwah setelah wafatnya isteri kesayangan baginda dan bapa saudara, Abu Talib iaitu 3 tahun sebelum hijrah. Rasulullah SAW melakukan perjalanan syiar bersama pembantunya Zaid bin Haritsah dengan berjalan kaki dari Makkah ke Taif selepas kaum Quraisy semakin berani menentang dan menganggu baginda. Namun dakwah Rasulullah SAW ditolak dan dihina oleh penduduk kota iaitu Bani Tsaqif dan memperlakukan Nabi Muhammad SAW dengan kasar sehingga tercedera. Rasulullah dan pembantunya tetap sabar dan terus berdakwah walaupun pelbagai tomahan dan cacian dilemparkan oleh Bani Tsaqif. Rasulullah beranggapan sekiranya Bani Tsaqif boleh menerima dakwahnya, makan pihak Quraisy tidak akan meneksa mereka lagi kerana dua kaum ini tidak bermusuhan. Namun Rasulullah terus bertahan selama 10 hari dan slepas itu beliau keluar dari Taif selepas hebatnya Bani Tsaqif menghalau Rasulullah.
Ketika Rasulullah mahu kembali ke Makkah, pihak Quraisy telah menghalang baginda. Pihak Quraisy tahu Baginda telah pergi ke Taif untuk meminta bantuan dari Bani Tsaqif yang menyebabkan mereka amat marah. Lalu Rasulullah mengutuskan seorang utusan menemui Mu'tam bin 'Adi bagi meminta bantuan untuk memasuki Kota Makkah. Mu'tam yang sudah lama mengenali Rasulullah telah bersetuju membantu. Mu'tam bukanlah orang Islam, namun dia seorang yang baik hati terhadap Rasulullah dan orang-orang Islam, juga dihormati oleh pihak Quraisy. Pihak Quraisy tidak bertindak menghalang Rasulullah setelah diiringi oleh Mu'tam dan enam anaknya masuk ke Kota Makkah.
Itulah serba sedikit kisah dakwah Nabi Muhammad SAW ke Taif. Kami kembara ke Kota Taif pada hari ketiga(5 Mei 2019) adalah secara percuma mengikut jadual yang telah di atur oleh Tareej Al-Jannah Travels. Perjalanan selama 2 jam tidaklah bosan, kiri kanan boleh menikmati permandangan yang memukau terutama deretan gurun, hidupan unta berkeliaran dan jalaraya memang terbaik. Setibanya di Kota Taif, kami disambut oleh guide. Cukup ramah dan hensem. Apabila tiba di Taif kami dibawa melawat library yang mengandungi sejarah Kota Taif dan sempat solat di Masjid Abdullah bin Abbas. Selepas itu dibawa melawat kilang minyak wangi, muzium Al Sharif, pasar buah dan sekitarnya. Dimuzium Al-Sharif, kami dijamu makan tengahari yang cukup enak, tak lain tak bukan.. nasi arab. Sebelum kami kembali ke Kota Mekah, kami bermiqat dahulu di salah sebuah masjid kerana selepas kembali tiba di Kota Makkah, kami akan mengerjakan Umrah Sunat...
Selepas selesai solat di Masjid Abdullah Ibnu Abbas iaitu sebuah peninggalan sejarah Islam di Kota Taif. Masjid ini dibangunkan pada 592H.
lunch di muzium Al-Sharif |
pasar buah |
Nasi Arab |
Muzium Al Sharif |
pemandu pelancong |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan