welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Selasa, 5 Jun 2012

jadual perlawanan EURO 2012


Tepat jam 12.00 tghmalam pada 9 jun 2012, akan berlangsung perlawanan pertama Euro 2012 di POLAND-UKRAINE. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kehebatan, kelincahan skill pemain bertaraf dunia.... Jom kita sama2 saksikan jadual perlawanan…
JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR EURO 2012

Khamis, 31 Mei 2012


Liverpool sah lamar Rodgers


Brendan Rodgers
LONDON - Liverpool dilihat bakal memilih Brendan Rodgers sebagai pengurus baru kelab itu.
Perjanjian untuk mengikat Rodgers dari Ireland Utara yang ketika kini mengendali Swansea dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.
Selepas mengadakan perbincangan dengan pemilik kelab dari AS, Fenway Sports Group, Rodgers memberitahu Swansea bahawa dia ditawarkan tugas sebagai pengganti Kenny Dalglish dan dia sedia menerimanya.
"Kami akan cuba memuktamadkan perkara ini dalam tempoh 24 jam.
"Walaupun kami sangat kecewa kehilangan orang berbakat sepertinya, seorang pengurus muda, kami tidak berhasrat membantah keputusannya," kata pengerusi Swansea, Huw Jenkins.
Liverpool perlu membayar pampasan kepada Swansea, dilaporkan sekitar AS$6 juta, kerana Rodgers masih memiliki kontrak lima tahun selepas menyertai kelab itu Januari lalu.
Pada musim pertamanya sebagai pengurus dalam EPL, Rodgers disifatkan amat berjaya apabila Swansea menamatkan saingan liga pada tangga ke-11 pada musim pertama kelab itu dalam EPL.
Dia diminati kerana gaya permainan kelab Wales itu yang begitu menarik, iaitu berasaskan penguasaan bola.
Ia menjadikan Rodgers salah seorang pengurus yang diburu di Britain.
Liverpool menamatkan kempen EPL pada tangga kelapan, iaitu kedudukan paling rendah dalam tempoh 18 tahun.
Perlawanan terakhir Reds menyaksikan mereka kalah 0-1 kepada Swansea.
Dalglish mengemudi Liverpool memenangi Piala Liga, menamatkan kemarau kejuaraan enam tahun kelab itu. Namun ia tidak cukup menyakinkan pengurusan bahawa dia merupakan individu yang tepat untuk mengembalikan kegemilangan juara Eropah lima kali itu.
Liverpool pernah menyasarkan pengurus muda sebagai pengganti Dalglish apabila mengadakan perbincangan dengan Martinez. Pengurus Wigan itu memastikan kelabnya kekal dalam EPL dengan kebangkitan pada hujung musim termasuk mengalahkan Liverpool 1-0.
Rodgers pernah menjadi pengurus pasukan remaja Chelsea ketika di bawah Jose Mourinho dan dia juga pernah menjadi pengurus kelab saingan peringkat divisyen, Watford dan Reading.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Sah! Tony Fernandez Beli Pasukan Bola Queens Park Rangers

  • queen park rangers Sah! Tony Fernandez Beli Pasukan Bola Queens Park Rangers 
  • Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah menjadi pemilik saham utama yang baru dalam kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (OPR).
Fernandes, yang juga pemilik pasukan Lotus Formula 1, menguasai pasukan QPR selepas membeli saham pemilik Formula 1, Bernie Ecclestone, yang merupakan pemegang saham utama dalam kelab itu.
Menurut kenyataan awalnya sebelum ini, tidak silap kami,pasukan West Ham adalah pasukan yang diminatinya.Namun,menurut beliau, pasukan Queen Park Ramgers diibaratkan seperti “berlian kasar”.Kalau digilap,mungkin akan lebih menyinar.
Tidak dapat dipastikan berapa jumlah Tony Fernandes membayar untuk memperoleh kesemua 66 peratus saham milik Ecclestone dalam kelab tersebut tetapi media British menanggarkan jumlahnya sekitar £35 juta (RM171 juta).
Berikutan urus janji telah selesai, Fernandes telah menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris.Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.
Sebelum Tony Fernandez beli QPR ni, berapa kali beliau cuba beli West Ham, tapi tak berhasil.Kalau pembelian ini bakal membuatkan pemain pasukan negara kita mendapat tempat untuk mencuba nasib bermain di Liga Perdana England, kami mengalu-alukan sangat pembelian ini.

Isnin, 15 Ogos 2011

BWF world champions 2011 - tewas akhirnya...


lee chong wei vs lin dan bwf 2011 (Keputusan) BWF World Champions 2011 Datuk Lee Chong Wei Tewas! 
Harapan hanya tinggal harapan.Niat Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi kejuaraan dunia BWF World Badminton 2011 berkecai selepas pertarungan sengit dengan seteru No.1, Lin Dan dalam penentuan set ketiga.
Pada set pertama, Datuk Lee Chong Wei bermula garang dan sentiasa mendahului Lin Dan untuk memenangi set pertama dengan mata 22-20.Namun begitu, tumpuan beliau agak terjejas dengan kebangkitan Lin Dan melalui strategi agresifnya dalam menyerang, yang membuatkan Datuk Lee Chong Wei membuat beberapa kesilapan mudah dan set kedua dimenangi Lin Dan dengan mata 21-14.
lin dan bwf 2011 (Keputusan) BWF World Champions 2011 Datuk Lee Chong Wei Tewas! 
Pada set penentuan, pertarungan yang paling sengit dapat disaksikan oleh peminat badminton dunia dan tempatan di antara 2 jaguh badminton dunia ini.Masing-masing tidak mahu mengaku kalah dan Datuk Lee Chong Wei mendapat semula motivasi yang diperlukan sehingga memaksa mata terikat pada 19-19.
Kesilapan daripada Lin Dan hampir sahaja membuatkan Datuk Lee Chong Wei merakamkan sejarah peribadi dan juga Malaysia sebagai anak watan pertama yang memenangi kejuaraan dunia.Namun Lin Dan yang tidak mahu mengaku kalah, terus merapati kedudukan walaupun 2 kali berada di belakang Lee Chong Wei untuk kejuaraan.
Akhirnya, hasil kesilapan mudah Datuk Lee Chong Wei dihadapan jaring sebanyak 2 kali, menobatkan kejuaraan kepada Lin Dan dengan mata 23-21.Untuk makluman, ini merupakan kejuaraan kali ke-4 buat Lin dan untuk “title” kejuaraan dunia.
Walau apapun, Datuk Lee Chong Wei sudah bermain sebaik mungkin dan pada pendapat kami, pertarungan ini akhirnya memihak kepada mental lawannya yang lebih kuat,walaupun sebenarnya Lin Dan sudah diambang kekalahan pada set penentuan.Cuma agak kesal kerana ini merupakan kejohanan terakhir Datuk Lee Chong Wei untuk kejohanan dunia sebelum temasya Olimpik 2012 di London sebelum beliau bersara dari dunia badminton.
Tahniah kepada Lin Dan dan juga kepada Datuk Lee Chong Wei atas persembahan yang begitu hebat di mana,rata-rata pengulas dan pengkritik menobatkan bahawa perlawanan ini adalah perlawanan terbaik badminton dalam abad ini.

Selasa, 9 Ogos 2011

british touring car championship

Proton Gen 2 Beraksi Di British Touring Car Championship.Memang Champion....

Proton BTCC Proton Gen 2 Beraksi Di British Touring Car Championship.Memang Champion!Diam tak diam, siapa sangka, selepas kali terakhir Proton dilihat bertanding di British Touring Car Championship (BTCC) pada 2004, kali ini untuk tahun 2011, Welch Motorsport’s, akan menggunakan Proton Gen 2(Persona) yang akan dipandu oleh pelumba berpengalaman,Dan Welch.
Gen 2 BTCC Proton Gen 2 Beraksi Di British Touring Car Championship.Memang Champion!Untuk informasi,di UK, model Gen-2 di negara kita dikenali sebagai Gen-2 Hatchback, dan model Persona dikenali sebagai Gen-2.Bila tengok gambar Gen 2(Persona) di atas,nampak menarik pula dan lebih terserlah imej “sporty” bila dah dimodifikasi sedemikian rupa.

Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia kecundang jua...

Piala Dunia 2014: Malaysia gagal ke pusingan seterusnya

28/07/2011 10:44pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Harapan Malaysia untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Harimau Malaya tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93. 

walaupu kalah dan gagal kepusingan seterusnya, tapi semangat juang tidak luntur...

Ambil kekalahan sebagai pengajaran - PM

28/07/2011 11:20pm

KUBANG PASU 28 Julai - Perdana Menteri menasihatkan pasukan bola sepak negara supaya mengambil kekalahan terhadap Singapura malam ini sebagai pengajaran untuk meningkatkan prestasi pasukan tersebut untuk masa hadapan.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekalahan tersebut tidak bermakna perjuangan pasukan bola sepak itu telah berakhir sepenuhnya.

Ahad, 10 Julai 2011

kelayakan olimpik; Malaysia Boleh!!


Cabaran Malaysia dapat diteruskan selepas kejayaan anak-anak buah Ong Kim Swee membenam pasukan Lebanon bulan lepas dan terdahulu mengecewakan pasukan Pakistan. Saingan sebenar yang mampu dibuktikan adalah diperingkat kumpulan kelayakan Olimpik.Tapi, pasukan Malaysia di kumpulan yang mana?
kelayakan olimpik kumpulan c Kelayakan Olimpik : Malaysia Diundi Bersama Bahrain, Syria & Jepun 
Malaysia diundi bersama-sama dengan pasukan Japan, Bahrain, dan Syria dalam kumpulan C.  Ada sesetengah pihak mengatakan ini kumpulan maut, tapi ini sebenarnya kumpulan yang dapat membuktikan betapa berkualitinya pasukan Malaysia. Setiap pasukan ada kelebihannya terutama pasukan Japan dan Bahrain yang memang diketahui kemampuan mereka.Nak kata pasukan Malaysia boleh menang pun susah.Tetapi, bola itu bulat.Mungkin pasukan Malaysia bakal melakukan kejutan.
Walau apa-pun, demi pasukan bola sepak negara, kami berharap agar semua pemain yang menyarung jersi kebangsaan, akan bermain bersungguh-sungguh dan tanpa putus asa.Kita pernah mencipta sejarah dahulu, dan tidak mustahil kita bakal mencipta sejarah sekali lagi.
p/s; jommm!!! sama-sama kita memberi sokongan dan dokongan kepada skuad Malaysia