Fernandes, yang juga pemilik pasukan Lotus Formula 1, menguasai pasukan QPR selepas membeli saham pemilik Formula 1, Bernie Ecclestone, yang merupakan pemegang saham utama dalam kelab itu.
Menurut kenyataan awalnya sebelum ini, tidak silap kami,pasukan West Ham adalah pasukan yang diminatinya.Namun,menurut beliau, pasukan Queen Park Ramgers diibaratkan seperti “berlian kasar”.Kalau digilap,mungkin akan lebih menyinar.
Tidak dapat dipastikan berapa jumlah Tony Fernandes membayar untuk memperoleh kesemua 66 peratus saham milik Ecclestone dalam kelab tersebut tetapi media British menanggarkan jumlahnya sekitar £35 juta (RM171 juta).
Berikutan urus janji telah selesai, Fernandes telah menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris.Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.
Sebelum Tony Fernandez beli QPR ni, berapa kali beliau cuba beli West Ham, tapi tak berhasil.Kalau pembelian ini bakal membuatkan pemain pasukan negara kita mendapat tempat untuk mencuba nasib bermain di Liga Perdana England, kami mengalu-alukan sangat pembelian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan