salam....
mungkin dah rasa basi nak sambung entry ke ho chi minh yang kejadianya bulan 10... nak buat camner, sibuk memanjang... ni pun free 6 hari, jadi apalagi aku gunakan kesempatan yang ada untuk berkongsi cerita untuk hari kedua kami di saigon....
dalam part l, aku berceloteh pengalaman menerjah chu chi tunnel... dan sambungnya ini adalah menakluki rondaan dengan hanya berjalan kaki selepas minta driver turunkan di remnants war museum selepas balik dari chu chi tunnel... Remnants War Museum adalah tempat ini menyimpan banyak peninggalan perang selama masa penjajahan dan invasi seperti alat-alat penyiksaan dan mesin-mesin perang yang ditinggalkan pasukan Perancis dan USA. tak melepaskan peluang menatap, menginsafi pahit maung penderitaan akibat fenomena peperangan yang tidak adil... betapa kejam dan langsung tak ada rasa bersalah saling bunuh-membunuh, penderaan tanpa batasan dan yang paling menyedihkan ribuan insan yang tidak bersalah menjadi mangsa...AGENT ORANGE memusnahkan segala-galanya.... di situ aku mengambil peluang menimba sejarah yang belum ada penghujungnya...
MUZIUM PENINGGALAN PERANG |
selepas 1 jam berada di situ, jam 4 pm kami terus menapak hanya dengan bantuan map yang aku print out dr internet. selepas berjalan 7 minit, kami melalui Reunification Palace. Ini merupakan salah satu ikon Kota Saigon. Apabila Vietnam masih terpecah, bangunan itu merupakan tempat kerja dan kediaman rasmi presiden Vietnam Selatan hingga 30 April 1975. Bangunan yang terletak di tanah seluas 12 hektar itu dikenal sebagai salah satu bangunan termegah dan moden pada dekat 1960-an. Menariknya, istana itu memiliki jaringan terowong dan bunker bawah tanah sebagai tempat perlindungan bagi presiden dari serangan bom.
Reunification Palace |
kami berlegar 5 minit, terus cross jalan menuju ke salah satu mercu tanda negara Vietnam iaitu Notre Dame Cathedral.... Tempat ibadah bagi agama Katolik ini berada tepat di tengah kota Ho Chi Minh. Namun, bagi para pelancong, mercu ini sesuai menjadi latar belakang yang menarik untuk bergambar.
Notre Dame Cathedral |
disebelahnya adalah Central Post Office... tempat kita pun banyak tapi apa yang menarik adalah binaannya. bangunan ini mula dibangun pada 1886 dan siap pada 1891 rekaan arkitek Prancis ternama, Villedieu. Memasuki Pejabat Pos Pusat, para pengunjung boleh melihat dua peta bersejarah. Satu adalah peta "Saigon dan sekitarnya" yang dibuat pada 1892. Peta lain adalah "Jaringan telegram di Vietnam Selatan dan Kemboja" yang dibuat tahun 1936. kami mengambil masa selama 1/2 jam dengan mengabadikan sebagai kenangan nak bagi menyakinkan orang kampung, aku dah sampai di sini... hahahaha...
Central Post Office |
selepas puas bergambar, kami terus bergerak melalui jalan yang sesak, panas namun rasa letih hilang apabila disajikan binaan bangunan yang cukup mengagumkan kiri kanan jalan.. sepanjang perjalanan kami tidak melepaskan peluang merakamkan gambar dan seterusnya kami melintasi Opera House. Bangunan klasik ini terletak di Jalan Dong Khoi dan bertentangan dengan Hotel Caravelle. Gedung Opera dibangun pada akhir abad 19. Tempat pertunjukan itu memiliki tiga tingkat dan memiliki 1,800 kerusi bagi penonton. Gaya bangunan ini terhasil dari rekann Perancis dan banyak komponen gedung ini didatangkan dari Perancis.
Sepanjang perjalanan dari post office, Opera House ke Ruby Hotel |
Tepat jam 5.30 pm, kami sampai di Taka Plaza selepas berjalan selama 5 minit melalui jalan le thanh ton. jadi di sini aku mengambil peluang berehat di dalam kedai yang kami tuju iaitu Rohani Collection dan yang paling sibuk adalah wife akulah... boleh tahan memborong di sini... memang murah(kalau bijak menawar)... cth; sepasang baju kurung RM50.00 tapi pasaran di Malaysia lebih kurang RM150-200 sepasang. kebetulan tuan empunya kedai, namanya Hanafi pandai cakap malay(pernah belajar sekolah pondok di Terengganu selama 8 tahun)... boleh tahan duk situ tetapi yang paling best tuan kedai belanja kopi ais(perghhh)... sedar xcsedar keluar plaza dah gelap... tengok jam pukul 6.15 pm.. anak-anak dah penat terus jalan balik ke hotel(x jauh, cuma 3 minit jalan kaki)
Taka Plaza @ Rohani Collection |
Night Market |
malam kedua sesampai di hotel semua urus diri dan aku ke kedai hjh basiroh utk beli nasi dan lauk pauk bagi santapan malam... berbaloi beli di sini cuma 350K dong berbanding di tempat lain.... selepas selesai urus diri, malam itu aku n wife turun ke pasar malam(heroes duk dalam bilik ajer, layan cartoon).. seperti malam pertama, kami pusing pasar kiri dan kanan dan sempat juga sambar selendang, kain telekung, jersi, topi n cenderamata.... jalan penat-penat, lepak minum sebelum naik ke hotel...
bersambung di lain siaran...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan