Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil & diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa?
Boikot Israel : Boikot McDonald VS Notis McDonald Malaysia!
Adakah kempen boikot produk Israel, boleh pilih-pilih? Setakat boikot McD, kami umpamakan secebis zarah daripada satu tubuh lengkap manusia. pemasaran & promosi yang dijalankan pun KFC sendiri tidak mampu untuk melawan. Jikalau kita fahami sistem ekonomi yahudi, sistem kapitalis dan ekonomi dunia, sangat mustahil. Bahkan tindakan boikot Israel ini secara halusnya mempromosikan lagi produk tersebut, contohnya menjual t-shirt boikot, pelekat boikot.
“Because people are born already married to curiousty”
Boleh tercapai atau tidak objektif kempen boikot Israel iaitu melibatkan produk buatan Israel)? Bukan mahu memperlekehkan, dan bukannya kami melarang sesiapa untuk boikot produk buatan israel. Itu hak & pendirian masing-masing. Tetapi perlu difikirkan secara mendalam disertakan dengan kajian. Bukan sekadar ikut-ikutan. Apabila diberikan promosi burger percuma, berduyun-duyun datang. Erm……mereka lapar agaknya….
Boikot Israel : McDonald Malaysia VS MacDonald Luar Negara
Yang penting sekarang kita kena titipkan roh keimanan kepada generasi yang ada. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah. Sentiasa berdoa pada Allah untuk Palestin dan mereka yang senasib dengannya. Hanya Allah sahaja yang layak memberikan balasan perit kepada kaum Zionis LAKNATULLAH ini, dengan itu kita kenalah istiqomah berdoa dengan sangat yakin pada setiap masa.
Masih terngiang-ngiang di telinga kami kata-kata Ustaz Hassan Din yang pernah mengatakan :
Kalau nak anak automatik berpuasa di bulan Ramadan, kita kena ajarkan solat dahulu, sebab kalau anak tu tadi solat tanpa disuruh-suruh, maka dia akan puasa tanpa disuruh, anak yang ada ramai puasa tapi solat entah ke mana, hanya nak dihebohkan bahawa anaknya puasa cukup, dapatlah duit raya banyak. Hakikatnya, ibubapa sendiri tidak bersolat.
Diibaratkan seperti seekor khinzir, memang jelas sudah haram. Tetapi apabila lemak dan asid dijadikan lipstick, dijadikan dakwat printer, jadi kapsul pemutih kulit, boleh sahaja pakai.
Sekali lagi kami tidak pertahankan McD. Tetapi kami memikirkan yang bekerja itu, pembekal untuk semua cawangan McDonald di Malaysia. Bukankah itu semua memerlukan pekerja yang terdiri daripada kalangan anak-anak kita semua? Jikalau pun nak boikot Israel terutamanya melibatkan produk buatan Israel, mengapa hanya McD sahaja yang menjadi sasaran. Nak mulakan kempen boikot kena konsisten. Jangan ambil sikit-sikit. Bagaimana pula dengan produk Nestle, Milo tak nak boikot sama?
- Sepatutnya, McDonald itu sendiri tidak dibenarkan dibuka di Malaysia sejak daripada awal lagi? Bukankah itu lebih baik? Kita mempunyai kuasa untuk melakukannya.
- Kita bersusah payah untuk boikot produk McDonald yang sudah beratus-ratus cawangan di Malaysia. Sedangkan kita mempnyai jalan yang mudah untuk tidak membenarkan MacDonald dibuka di Malaysia? Bukankah lebih mudah begitu?
- Tetapi persoalannya sanggupkah Malaysia bertindak sebegitu?
Hakikatnya, Palestin hanya akan dibebaskan dengan peperangan fizikal dan peperangan spiritual, sehingga keluarnya lagi seperti pemimpin agung pembebas Baitul Muqaddis terdahulu, iaitu Salahuddin Al Ayubi. Umat Islam solat Subuh seramai solat jumaat di masjid-masjid. Sampai sekarang pun umat Islam masih tak bersatu. Apabila sudah bersatu maka akan bebaslah Palestin dari cengkaman, Palestin ni adalah kisah benar dan kisah simbolik tahap kesatuan umat islam seluruh dunia.
P/S : Palestin terus diperkotak-katikkan dengan negara haram Israel sejak dari tahun 1940 an lagi. Jikalau betul boikot Israel berlaku dikalangan semua orang Islam, sudah lama tumbang Israel. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Di mana hasilnya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan