welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Isnin, 25 Julai 2011

berita terkini luar negara

1. Jumlah kematian di Oslo menurun kepada 76 orang

26/07/2011 0940am

OSLO 25 Julai – Polis Norway hari ini mengumumkan jumlah kematian sebenar akibat dua serangan bom dan tembakan yang berlaku kelmarin adalah seramai 76.
Pegawai kanan polis, Oeystein Maeland berkata, jumlah mangsa yang terkorban dalam serangan bom di pusat bandar Oslo meningkat kepada lapan orang manakala angka kematian kejadian tembakan di kem belia menurun dari 86 kepada 68.
Sebelum ini, jumlah keseluruhan kematian dicatatkan sebanyak 93 orang. – AF

2. Lelaki melecur teruk, tandas meletup

26/07/2011 1015am


QUEENSLAND 25 Julai – Seorang lelaki melecur teruk selepas sebuah tandas mudah alih yang digunanya meletup selepas dia menyalakan rokok di Lapangan Terbang Rockhampton, di sini, hari ini.
Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Australia sedang menyertai latihan ketenteraan Australia-Amerika Syarikat (AS) itu mengalami melecur teruk di muka, kepala, tangan dan dada.
“Tandas tersebut meletup dan berkemungkinan disebabkan mangsa menyalakan rokok,” kata jurucakap Unit Keselamatan Masyarakat. – AFP

3. Israel pintas bot seludup senjata

26/07/2011 1030am


BAITULMAQDIS 25 Julai – Pasukan tentera dan polis Israel hari ini memintas sebuah bot yang dipercayai membawa sejumlah senjata api untuk diseludup di Laut Mati dan menahan dua warga Palestin.
Menurut pasukan tenteranya, bot tersebut dipercayai digunakan untuk menyeludup senjata api dari Jordan ke Palestin dan menemui 10 pucuk raifel Kalashnikov serta 10 bekas peluru.
“Ia merupakan percubaan menyeludup yang berani,” katanya. – AFP

4. Lelaki Jordan potong kemaluan kekasih isteri sehingga mati

26/07/2011 1045am
AMMAN 26 Julai – Seorang lelaki Jordan mengaku membunuh seorang pemuda yang dipercayai kekasih isterinya dengan memotong kemaluan mangsa, kemudian meletakkannya di dalam beg sebelum diserahkan kepada polis, hari ini.
Menurut polis, suspek, 35, melakukan kejadian itu di sebuah bilik hotel di Amman dengan memberi alasan dia mahu menyelesaikan konflik dengan isterinya secara aman.
Sebelum memotong kemaluan mangsa, suspek terlebih dahulu mengikat dan meliwatnya, kemudian menyerah diri kepada polis pada hari yang sama. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan