welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 6 Julai 2011

perhimpunan BERSIH 2.0 - wajar @ tidak?



perhimpunan bersih 2 0 Perhimpunan Bersih 2.0   Wajar Atau Tidak?
Disana-sini, di dada akhbar, blog dan juga kedai mamak, cerita mengenai Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011, dibualkan.
Daripada kes ahli parlimen yang ditangkap, sehinggalah majlis gotong royong “Bersih” yang dikatakan berkait dengan perhimpunan Bersih 2.0 dan juga trauma dengan sindrom “baju kuning”. Macam-macam yang diperkatakan mengenai Perhimpunan Bersih ini.
Dan setiap orang juga mempunyai pendapat yang berlainan mengenai isu Bersih 2.0 ini. Secara maklum, apakah tujuan perhimpunan Bersih 2.0 ini diadakan? Semak tuntutan mereka di bawah:
  1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
  2. MENREFORMASI UNDI POS
  3. GUNA DAKWAT KEKAL
  4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Perkara yang melibatkan perhimpunan sebesar ini, bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. Lebih-lebih lagi, tanggungjawab menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak di bahu kerajaan yang memerintah sahaja, ianya terletak dibawah tanggungjawab semua warganegara Malaysia.
Benar, demokrasi membenarkan perhimpunan atau kebebasan bersuara.Namun ianya juga perlu berlandaskan dengan undang-undang.Perkara yang melibatkan perhimpunan manusia seramai lebih 300,000 ribu orang, pada pendapat kami, sememangnya boleh mendatangkan lebih banyak kesan negatif dari positifnya.
dsc0055ad5 Perhimpunan Bersih 2.0   Wajar Atau Tidak?
Kerajaan sudah sedia untuk berbincang dan memberikan tempat, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga sudah sedia berbincang, jadi, elok dan moleklah kiranya wakil Bersih 2.0 juga berbincang bagi mengelak berlakunya tragedi yang tidak sepatutnya.
Apabila manusia berhimpun seramai lebih dari 100,000 orang, pastinya berlaku provokasi.Ini tidak boleh tidak,ianya tak dapat lari dari objektif sebenar perhimpunan ini diadakan.Polis dan FRU, juga terdiri daripada manusia biasa. Mereka bukan robot. Sekiranya diprovokasi, berkemungkinan pertempuran akan berlaku, dan itulah yang kita tidak mahukan ianya berlaku kepada negara kita.
Negara-negara luar memandang perkara ini dengan serius dan akan cuba mengambil peluang sekiranya ada. Sekiranya berlaku akibat yang kurang baik dariapda Perhimpunan Bersih 2.0 ini, tak salah kalau kami katakan, ianya bakal memusnahkan keamanan Malaysia selama ini.
Diam tidak beerti kami membenarkan rasuah, dan lantang tidak semestinya kami mengiyakan sesuatu yang tidak elok.Kedua-dua pihak, baik dari Bersih 2.0 serta dari kerajaan, perlu mengambil sikap profesionalisme dalam menangani masalah ini.
Ini tidak, masing-masing ego dengan cara masing-masing.Kerajaan dengan memperalatkan undang-undang bagi menimbulkan kemarahan manakala “penyokong” perhimpunan Bersih 2.0, membuat provokasi.Kami tidak mengatakan bahawa tuntutan Bersih itu tidak wajar, malah ianya sangat baik dalam memulihkan amalam demokrasi.
Namun saluran yang lebih baik, diperlukan dalam hal ini.Pilihanraya Umum 13, sudahpun mula menunjukkan bayangnya.Jalankan tanggungjawab anda masing-masing dalam menentukan siapa yang lebih berhak.Sekiranya majoriti rakyat Malaysia mahukan perubahan, tidak mustahil, walau dengan apa cara muslihat SPR sekalipun, ianya tidak akan mampu membendung perubahan.
Kerajaan memerintah pula, wajib untuk mengambil iktibar daripada perkara ini.Kerajaan tanpa rakyat, pincanglah ia.Kalau selalu membuat keputusan tanpa memikirkan rakyat, ini adalah diantara satu punca mengapa rakyat bakal menumbangkan anda.
Jangan politikkan segala kesusahan rakyat.Tunaikan tanggungjawab anda dengan Bersih dan Ikhlas, agar rakyat kembali menyokong pentabiran.Ingat, politik membentuk kerajaan, namun rakyat tidak suka dipolitikkan.Amanah, jujur, bersih dan ikhlas, inilah yang diharapkan rakyat kepada kerajaan.Jangan sia-siakan rakyat bawahan anda.
Wajar atau tidak Perhimpunan Bersih 2.0 ini diadakan? Kongsikan pendapat anda di sini.
Wajar Atau Tidak Perhimpunan Bersih Diadakan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan