welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Khamis, 26 Julai 2012

CaTaTaN di Bandung - part 5

21 Julai 2012
Hari Kempat

Bermulanya percutian hari terakhir aku n family di bandung untuk hari keempat seawal jam 3.00 pagi. apa x nya, hari ini 1st day puasa, bulan ramadan telah menjelma... kami berempat kecuali eyyan(ditinggalkan dalam bilik-x mau ganggu tido lenanya) bersahur di hotel pada jam 3.30 pagi dengan menu yang pelbagai jenis hidangan. ada nasi, bihun, empat jenis sup, desert, sayuran dll... mewah jugak sahur...  lebih-lebih lagi aku memang jenis x tolak rezeki.. aku belasah semua... ye la, bukan senang nak makan masakan negara asing... aku jamah semua....mcm aku kat beijing selama 9 hari tahun lepas, aku xder masalah makan, member2 semua hairan... aku selera jer makan, diaorng memilih.... rugikann
1st half

3.30 pagi sahur

belasah jer...

sempat lagi posing - 102

sekepas sekesai bersahur, naik bilik terus sambung tido, 2 org heroes aku xnak tido, layanlah diaorng ngan cartoon.... utk hari terakhir, xtvt kami berdua adalah menyambung terjahan di PB... alhamdulillah operasi mengempur pasti berjalan dengan lancar... dengan cuaca yang nyaman, masih belum macet kerana kami bergerak dari hotel jam 8.30 pagi... macam biasa, kami berjalan kaki sambil-sambil memerhati gelagat kehidupan seharian orang bandung. di sepanjang laluan kaki lima mehuju ke PB, bermacam-macam jualan... tapi kami hanya sekadar melihat... hari kedua kami menerolai PB memang tiada masalah tentang selok  belok laluan di dalam bangunan yang mempunyai 8 lantai. hari pertama semalam kekok jugak, ye la.. dalam PB xder sistem laluan yang sistematik... xder tanda arah keluar-masuk, xder panduan eskolator naik-turun... hari ini memang mudah menyopping psl semalam dah survey tempat terjahan yang berbaloi... sasaran adalah telekung nak hadiahkan kepada org tua, baby sitter, guru KAFA n mengaji anak... dan yg paling penting kebaya, dapat jugak wife aku 5 pasang.... abis 1 juta...hari in rasa selesa psl xder penjaja bergerak menganggu ketenangan kami... takde budak jual cenderamata, beg, gelang-rantai dan memang tak nampak penjual minuman..... hahaha posakan...

@ PB

posing n beli

kedai kebaya

jualan di kaki lima

rp15,000 dua buah helicopter

selepas selesai, sebelum bergerak ke hotel, kami sempat beli pisang sale n kerepek.... balik ke hotel terus mengemas dan tepat jam 1.00 ptg, kami check out. oleh kerana flight kami jam 7.45 malam, jadi kami berehat jer kat lobby.... dan dalam masa yang sama sempat jugak kami pergi sekali lagi ke PB, saja jalan-jalan sambil beli mainan utk 3 heroes ni.... untuk transfer ke airport, aku dah booking transport hotel( mpv under kagum hotel)... free jer... di sini aku dah jimat rp60,000(harga supir ke airport). tepat jam 4.00 ptg, kami bergerak ke airport dan setibanya di situ, kebanyakkannya rakyat malaysia dengan bertimbun-timbun bagasi....
sebelum masuk ke balai pelepasan, kami berbuka puasa di medan selera airport, makan ala kadar dengan kos rp123,900.00. proses check in dan kastam tak der masalah dan dengan rasa puashati kami pong terbang pulang ke malaysia....

rayyan harraz

berbuka puasa di airport

makan dipaksa

penat layan....

@ AA

kami tiba di lcct jam 10.40 mlm... di lcct memang penat berjalan... ambil bagasi dan terus lalu ikut pemeriksaan kastam. di sini kami xder sebarang masalah... lalu kastam suruh teruskan perjalanan... aku nengok ramai jugak yang kena checking. parking kereta dicaj sebanyak rm51.00 dan bermulalah pemanduan perjalanan pulang ke kemaman. aku lau ikut PLUS n kami berhenti nakan di McD sungai besi buat alas perut untuk bekalan puasa esok hari. perjalanan di teruskan melalui MRR II lalu ikut tol gombak dan terus melalui genting sempah pada jam 2.15 pagi... oleh kerana dah tak tahan, aku berhenti rehat dan sempat lelap selama 1/2 jam di hentian rehat gambang. terus menyambung perjalanan bergerak pada jam 3.30 pagi.. akhirnya kami selamat sampai di kemaman jam 4.30 pagi. inilah bingkisan percutian di bandung untuk kita kongsi bersama. insyaALLAH kita jumpa lagi catatan di HO CHI MINH, VIETNAM pada bulan oktober nanti.... wasalam...

2 ulasan:

  1. Salam, terima kasih ..banyak info boleh sy guna sbg panduan perjalanan ke bandung minggu depan.

    BalasPadam
  2. sama-sama... pergi sekali memang x puas...

    BalasPadam