welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Ahad, 22 Julai 2012

CaTaTaN di Bandung - part 1

18 julai 2012
1st day

salam buat semua....
sambil-sambil layan diri sempena bulan ramadan ni, aku rasa baik aku berkongsi dengan semua tentang pengalaman dan kenangan yang aku dapat setelah baru balik dari BANDUNG. macam biasa... aku dah booking tiket AA dari bulan januari, ambil 2 dewasa dan 3 kanak-kanak totally RM1085.00.. dah lama sebenarnya merancang nak jejak ke sana, jadi peluang yang ada ni apa lagi....

aku ke bandung bukannya pakai ejen/package... semua urus sendiri, lagi murah... hotel duk kat golden flower dan supir melalui hayuka. perjalanan ke bandung bermula 18 julai 2012 sehingga 21 julai 2012(4H 3M). bertolak dari kemaman sebelah pagi dan sebelum ke lcct, aku masuk dulu ke kl utk tukar rupiah... 8 buah money changer kat masjid india, paling murah dapat Rp 1,000000.00 = RM337.50... apa lagi dengan modal RM3037.50 dapatlah Rp 9 juta. semasa di lcct tak da sebarang masalah, bording pass dah siap buat kat rumah lagi... dan terbanglah kami ke bandung....

9 juta rupiah...

menunggu flight
akhirnya kami tiba jua di bandung dengan rasa badan keras kematu naik flight maklumlah naik AA... tiba ajer di hussien sasteranegara airport, nyaman rasanya... masuk ke dalam airport, tergelak kecik aku dgn wife... cukup simple dan kecil. masuk terus nampak jalan keluar.... bila selesai, perjalan keluar, masing2 semua yang ada kat luar memandang kepada kami berlima... entah kenapa, aku pun tak tahu... nengok2, terpandanglah kat pak supir, pak dani... dengan ramahnya pak dani menyapa dan terus mengangkat bagasi naik ke keretanya(avanza).... sebelum ke golden flower hotel(4 star), kami dibawa melihat suasana bandar kota bandung... melalui perkampungan, masjid agung, pasar baru dll....suasana betul2 perbeda dengan dengan tempat kita, bangunan usang dan cukup macet... di kota bandung hotel cukup banyak, di mana-mana ada... bermula dengan hotel buget hinggalah 6 star dan aku pilih golden flower hotel pasal lokasinya cukup strategik, 5 minit jer jalan kaki ke pasar baru trade center...
jalan asia afrika

ratusan angkotan bermaharajalela di jalanan

kalau di malaysia macam 7eleven

masjig agung bandung

bila sampai di hotel, kami disambut dengan cukup mersa... staff hotel peramah dan begitu hormat kami sebagai pelanggan... aku booking hotel melalui online kagum hotel, paling murah berbanding walk in, agoda, booking.com dll... utk tiga malam Rp 1,210000.00 (bersamaan RM420.00) bilik aku ambil superior... cukup cantik, mewah dan anggun...
golden flower  hotel

my hero...

layan cartoon

bilik air

ruang bilik

aku....
k, kita sambung lagi...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan