welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 25 Julai 2012

CaTaTaN di Bandung - part 4

20 Julai 2012
hari ketiga


hari ketiga merupakan hari yang ditunggu nanti oleh my wife iaitu acara menyerang pasar baru trade centre... tapi sebelum itu, kami ajak anak-anak breakfast dulu kat hotel... bagi diaorg puas makan, pasal selepas ini cuma kami berdua jer yang akan menakluki PB. kalau bawak semua hero, susah ckit nak bertepuk tampak di PB... anak-anak kami tak kesah... dua orang abang(11 n 8 tahun dah biasa jaga adik berumur 3 tahun).

my heroes sedang brekfas...

layan cartoon...

brekfas ngan buah markisa...
Tepat jam 8.45 pagi, kami berdua mula ke PB dengan berjalan kaki melalui kaki lima deretan kedai-kedai.... bukannya jauh sangat, cuma 5 minit jer... di kaki lima jugak memang penuh dengan peniaga kecil-kecilan...

sesudah tiba di PB, kami pong mula mengorak langkah dari lantai-ke lantai.... di situlah bermulanya episod beli-menbeli jalan-jalan turun naik dari lantai 1 hingga lantai 6.... sedar x sedar hampir 5 jam berada di situ... apa lagi, banyaklah barang rampasan yang dapat... antaranya kain pasang, telekung, kebaya, baju bandung dll... tabiat kami berdua kalau nak shopping.. mesti survey dulu utk buat perbandingan kualiti dan harga... kesimpulannya memang murah kalau bijak menawar... cth; baju bandung dapat rp17000 sehelai(rm5.80) ok la tu kannn... teringatkan anak, balik dulu ke hotel...

(harga jualan lebih murah di PB berbanding peniaga di kaki lima)
jalan ke PB

kedai hidayah

berhati-hati ketika berjalan...

PB

rampasan baju bandung

sultan gaya shop

begitu macet...
jam 2.30 pm kami datang sekali dengan membawa heroes... sekadar berjalan-jalan n lunch... sambil2 tu melekat jugak dua tiga barang.... hampir jam 5... kebanyakkan kedai dah mula menutup operasi kedai... selepas keluar dari PB kami meneruskan perjalanan(jalan kaki jer) ke cibadak iaitu ke king's shopping mall.. di situ dapatlah mainan seorang satu... sebelum kami balik ek hotel, sempat lagi singgah beli pisang keju dan pisang molen dgn penjaja kaki lima. pisang keju memang sedap dimakan, penjaja menggunakan pisang tanduk dan pisang molen not bad, puashati membeli....

pisang keju(satu set-rp20,000)

pisang molen(10 ketul-rp25,000)

malam semua kepenatan... jadi lepak jer dibilik sambil layan cerita... tapi aku keluar sorang2... cari angin malam... sambil-sambil tu gi pekene capcay goreng....
hasil rampasan...

@ lobi hotel
penjaja kaki lima
selepas selesai perabis capcay, anak aku dah pesan belikan roti bakar... dua malam aku kat situ, gerainya sentiasa penuh ngan pelanggan... begitu laris jualannya... satu yang aku perasan tentang makan kat bandung ni, kalau melibatkan keju, macam tak reti nak berjimat, penuh ngan keju... mungkin murah kot.... malam ni aku amik roti bakar special keju+strawberry rp30,000 (beza special dgn biasa adalah rotinya)


roti bakar asli


bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan