welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Isnin, 23 Julai 2012

CaTATaN di Bandung - part 3

19 july 2012
2nd day
CFC?

masih hari kedua aku n family berada di bandung.... selepas selesai lunch(itu pun pukul 2.30 ptg), kami di bawa oleh pak dani meronda di FO di jalan dago dengan bertujuan untuk menghabiskan rupiah. sebenarnya perancangan awal nak ke kg. daun, tapi jarak perjalanan yang memakan sedikit masa telah menidakkan hasrat tersebut.... (insyaALLAH lain trip). FO pertama yang kami jelajah ke bali heaven dan seterusnya melalui gedung satu, anak kecil, central, grande, blossom, glow dan donatello. sebenarnya kami memang langsung tidak berminat dengan produk di FO... tapi sempat juga merampas dua helai baju n mainan heroes....
FO bali heaven

gedung sate
FO anak kecil

FO grande jln dago

FO glow jln dago... baru dibuka...
cuaca telah membataskan pergerakkan kami... hujan turun dengan begitu lebat, dan kami mengambil keputusan untuk balik ajer ke hotel... untung lah pak supir... cuma 9 jam ajer kontrak berlangsung. setelah sampai di hotel, apa lagi... wife n semua hero terus ke bilik... masing-masing kepenatan. aku pun menyetelkan urusan pembayaran dengan pak dani(rp370,000.00-fullday)... pak dani mengofferkan diri menghantar aku yang bercadang untuk ke pasar baru keesokkan harinya....
Dinner my heroes semua kat hotel, malaslah nak keluar... cuma selepas selepas urus heroes, bukas diaorang cartoon, aku n wife ambil kesempatan keluar bersiar-siar di sekitar kawasan hotel.... sebenarnya sebelah malam selepas jam 9.00 malam, suasana di kota bandung agak sunyi dan sepi... tiada lagi urusniaga di kedai mahupun di jalanan... yang cuma kedengaran adalah deruman kenderaan mengecohkan kegelapan malam.... wife aku agar gementar untuk melalui kaki lima... hajat aku dari malaysia sebenarnya nak cuba merasai masakan penjaja kaki lima. malam itu dengan ditemani oleh wife, aku order mee goreng+air teh (rp18,000.00)... selepas itu kami mencuba roti bakar asli(pelbagai version... dan kami pilih roti bumbu special-roti tebal+strawberry+nenas+coklat+keju)... satu set rp25,000.00. balik ke terus belasah roti, kenyang giler n malam itu dapat tido dengan lena...
awas copet!!!
mie goreng bandung

package mie goreng+teh tawar....

penjaja kaki lima
bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan