welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Isnin, 11 Jun 2012

Pembekuan PTPTN bukan untuk hukum pelajar...


KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (UNISEL) yang kini ditarik balik, bukan bertujuan membebankan penuntut institut pengajian tinggi itu. 


Beliau berkata, tindakan itu dilakukan sebagai respons kerajaan pusat terhadap perhimpunan haram yang dianjurkan pembangkang yang mendesak PTPTN dihapuskan di ibu kota pada 14 April lalu.
"Kerajaan bukan nak seksa pelajar tetapi hanya ingin lihat kemampuan kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan pendidikan percuma dan ternyata mereka tidak mampu.
"Jika mereka (kerajaan negeri Selangor) dakwa mampu melaksanakan pendidikan percuma melalui kaedah mengapung aset (tanah) UNISEL, ia adalah tidak logik sama sekali," katanya selepas merasmikan Kongres Kejuruteraan Dunia, Sains dan Teknologi 2012 (ESTCON), di sini, hari ini. 



Pada 6 Jun lalu, Mohamed Khaled mengesahkan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar baru UNISEL bagi menentukan keupayaan kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS memberikan pendidikan percuma di negeri yang ditadbir mereka. 

Bagaimanapun, pembatalan pembekuan pinjaman itu ditarik balik pada 8 Jun lalu. 

Mohamed Khaled juga menegaskan bahawa cadangan pembekuan itu hanya membabitkan pelajar kemasukan semester baru pada April lalu dan tidak membabitkan penuntut yang masih mendapat pinjaman dan sedang mengikuti pengajian. 
Mohamed Khaled turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan menjadikan isu pembekuan PTPTN sebagai alat politik untuk menghukum kerajaan negeri pimpinan pembangkang sehingga membebankan pelajar. 

"Kerajaan tidak menjadikan PTPTN sebagai alat nak hukum sesiapa terutamanya pelajar selepas apa yang pembangkang terlebih dulu hebahkan berhubung kemampuan mereka dalam memberikan pendidikan percuma. 

"Bila kerajaan lakukan pembekuan, kelam kabut (kerajaan negeri) nak apung aset itu ini padahal mereka langsung tidak mampu," katanya. 

Mohamed Khaled berkata, faktor utama pembatalan pembekuan PTPTN itu dilakukan selepas mempertimbangkan rayuan daripada Naib Canselor UNISEL, Prof Dr Anuar Ahmad yang memaklumkan bahawa pinjaman PTPTN amat diperlukan penuntut UNISEL dalam meneruskan pengajian. 

"Kita batal pembekuan sebab terima respons melalui surat daripada pihak pentadbiran UNISEL bukannya sebab dakwaan kerajaan takut lihat pembangkang mampu laksanakan pendidikan percuma. 

"Rakyat perlu bijak menilai perbezaan tindakan kerajaan yang hanya melakukan pembekuan, itu pun sudah ditarik balik sedangkan pembangkang pula nekad untuk hapuskan PTPTN yang telah banyak memberikan peluang kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian," katanya. 

PTPTN membelanjakan RM3 juta kepada kira-kira 5,000 pelajar di UNISEL untuk setiap pengambilan semester baru bagi menampung yuran pengajian dan kos sara hidup. - BERNAMA 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan