catatan: 14 MAC 2016
KL-SURATTHANI-DONSAK-KOH SAMUI
assalamualaikum... dah lama bebenor tak mematuk, banyak episod pengembaraan, perjalanan dan kisah suka/duka kehidupan tak dikongsi bersama.. al maklumlah, makin hari berlalu, makin sibuk kehidupan ini...
cerita yang nak dikongsi bersama pada kali ini adalah kisah menghabiskan duit di negara jiran, iaitu KOH SAMUI. al kisah cerita bermula pada 14/3/2016, bergerak dari Melaka jam 8:00 pagi selepas menghantar heroes, terus pecut ke TUDM ambil adik ipar.. mungkin rasa awal lagi pasal flight 11:55 pagi berlepas, brekfes dulu n sembang lepak. pukul 10: pagi bergerak keluar, tapi bencana semacam nak tiba, traffic jem giler kat USJ. sudahh!!! terperangkap dalam jem hampir 2 jam.. apalagi jalan dah clear, pecut kereta kat highway cecah 180km/jam.. saman pong saman laa.. tiba di departure KLIA2 tepat jam 11:40 pagi.. apalagi, turun kereta terus berlari melepasi imergresen untuk tuju ke L9. alhamdulillah, sampai terus naik flight 5 minit sebelum berlepas.. naya, kalau x, burn tiket...
flight mula berlepas tepat jam 11:55 pagi n di jangka terbang selama 1 jam 35 minit. sembang punya sembang dengan jiran sebelah iaitu pelancong dari korea yang dah acapkali ke samui. dari situ, aku dapat sedikit sebanyak info samui. akhirnya kami mendarat pada jam 12:15 ptg(awal 20 minit), keluar dan selesaikan urusan imergresen, inilah 1st time berurusan dengan imergresen paling lembab, dah la ramai, kaunter ada 5, buka cuma 2 sahaja. sini sahaja makan masa 1 jam. keluar aku terus cari phantip travel, ambil terus tiket return(bus-feri-van) sebanyak 1100 baht/person. naik bus, tunggu 10 minit terus bergreka ke donsak pier yang memakan masa perjalanan selama 1 jam 30 minit. disepanjang perjalanan tiada apa yang menarik yang boleh dibanggakan, kusur masai mata tengok suasana disepanjang perjalanan itu. akhirnya, dapat juga aku merasa naik feri sentran, satu company yang gah, ada jeti sendiri. tepat jam 4:00 ptg, feri bergerak dan akhirnya sampai di nathon pier pukul 5:30 ptg. turun ferry, jalam 5 langkah dah ada shuttle van menunggu, aku booking hotel area chaweng, jadi naik van yang bergerak ke chaweng sahaja..
suratthani |
phantip kaunter |
donsak pier |
suratthani airport |
airport-donsak |
sentran 8-feri masa masuk koh samui |
sampai di hotel tepat jam 6:20 ptg, tunjukkan voucher agoda.com, ambil kunci, terus check in. untuk makluman, aku tempah LEK CITY HOTEL. Harga aku dapat untuk 3 malam RM225.00. cukup happening kerana lokasi hotel cukup strategik.. ditengah bandar chaweng.. lobby hotel betul-betul mengadap cabaret show.. wowww.!!! bilik ok, bersih, kemas.. aku bagi rating 8/10. aku jenis tak suka duduk diam, lepas selesai yang wajib, terus keluar jalan area sekitar hotel, survey tempat sewa motor, malam ni aku tak sewa lagi pasal besok pagi aku dah booking pakej angthong national marine park. oh ya, lupa nak bagitau, pakej tu aku dah beli dengan ejen phantip semasa di dalam bus. selepas puas mendengar presentation dia, aku beli pakej dengan harga 1300 baht/person(all in) pake ni mengandungi aktiviti panjat bukit(500m nengok view), kayak, swiming, snorkling, lunch. kalau tak nak main kayak, less lagi 200 baht. perjalanan akan mengambil masa 1 jam 30 minit dengan menaiki bigboat. sampai melilau kat bandar, sempat juga aku survey pakej tu, just nak buat perbandingan harga. nasib baik aku dah beli, lebih dari satu harga aku dapat.. ada 1850 baht, 1700 baht dan yang paling murah 1500 baht.. mungkin sekarang high season, pakat cekik darah blaker... ok, sasaran kami malam ini adalah cari kedai makan muslim. hasil dari google, aku tertarik 3 muslim restoran iaitu;
Faria Halal Food Restaurant
Location: 54/10 (Opposite Bangkok Hospital Samui) Chaweng Beach, M.3, T.Bo Phut, Koh Samui, Suratthani 84320
Opening Hours: 09.00-20.00
Location: 54/10 (Opposite Bangkok Hospital Samui) Chaweng Beach, M.3, T.Bo Phut, Koh Samui, Suratthani 84320
Opening Hours: 09.00-20.00
Ihsan Muslim Restaurant
Lokasi: area Chaweng . Cari Tesco Lotus Extra then follow jalan sebelah kiri . kedaibetul2 tepi jalan .
Fareast Muslim Restaurant
Location: Chaweng Beach, M.3, T.Bo Phut, Koh Samui, Suratthani 84320
Opening Hours: SEHINGGA 01.00
Location: Chaweng Beach, M.3, T.Bo Phut, Koh Samui, Suratthani 84320
Opening Hours: SEHINGGA 01.00
hangus 460 baht |
malam itu kami cari ketiga-tiga restoran dengan menaiki motor teksi. satu motor bertiga(termasuk driver) dengan bayaran 100 baht, kami pusing cari, yang pertama Faria dah tutup, cari Ihsan tak jumpa dan akhirnya jumpa la Fareast. sampai pulak kedai blackout, short circuit.. apa lagi, aku guna kemahiran untuk bantu supaya aku boleh makan kat situ malam itu.. lambat kerana meja penuh, tunggu 1 jam baru sampai. lepas makan jalan kaki jer balik hotel melalui central festival.. sebelum balik cari dulu pankace, buat bekal makan dalam bilik.. selepas meraba kat bandar, balik hotel 1:00 pagi, tido untuk standby ke angthong national marine park, van akan ambil jam 7:00 pagi...
kiri-lek city hotel, kanan-cabaret show |