welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Selasa, 19 Mei 2020

My Umrah 2019: Kota Taif

Umrah Keluarga
03 - 22 Disember 2019

Taif adalah sebuah wilayah terletak di wilayah Makkah iaitu di kawasan pergunungan Al-Sarawat, bekas wilayah Hijaz. Sekiranya berhasrat ke Taif dari Jeddah akan mengambil masa 2 jam pemanduan melalui jalaraya  yang cukup hebat dan selesa. Jarak dari Makkah adalah sejauh 80 km. Memandangkan Taif berada dikawasan pergunungan yang mempunyai ketinggian 1,879 meter(6,180 kaki), kawasan ini selalu dituruni hujan. Bandar Taif mempunyai iklim yang dingin sepanjang tahun dengan musim panas 29C dan apabila musim sejuk mencapai 5C.

Mengimbau kembali sejarah penghijrahan Rasulullah SAW ke kota Taif untuk berdakwah setelah wafatnya isteri kesayangan baginda dan bapa  saudara, Abu Talib iaitu 3 tahun sebelum hijrah. Rasulullah SAW melakukan perjalanan syiar bersama pembantunya Zaid bin Haritsah dengan berjalan kaki dari Makkah ke Taif selepas kaum Quraisy semakin berani menentang dan menganggu baginda. Namun dakwah Rasulullah SAW ditolak dan dihina oleh penduduk kota iaitu Bani Tsaqif dan memperlakukan Nabi Muhammad SAW dengan kasar sehingga tercedera. Rasulullah dan pembantunya tetap sabar dan terus berdakwah walaupun pelbagai tomahan dan cacian dilemparkan oleh Bani Tsaqif. Rasulullah beranggapan sekiranya Bani Tsaqif boleh menerima dakwahnya, makan pihak Quraisy tidak akan meneksa mereka lagi kerana dua kaum ini tidak bermusuhan. Namun Rasulullah terus bertahan selama 10 hari dan slepas itu beliau keluar dari Taif selepas hebatnya Bani Tsaqif menghalau Rasulullah.

Ketika Rasulullah mahu kembali ke Makkah, pihak Quraisy telah menghalang baginda. Pihak Quraisy tahu Baginda telah pergi ke Taif untuk meminta bantuan dari Bani Tsaqif yang menyebabkan mereka amat marah. Lalu Rasulullah mengutuskan seorang utusan menemui Mu'tam bin 'Adi bagi meminta bantuan untuk memasuki Kota Makkah. Mu'tam yang sudah lama mengenali Rasulullah telah bersetuju membantu. Mu'tam bukanlah orang Islam, namun dia seorang yang baik hati terhadap Rasulullah dan orang-orang Islam, juga dihormati oleh pihak Quraisy. Pihak Quraisy tidak bertindak menghalang Rasulullah setelah diiringi oleh Mu'tam dan enam anaknya masuk ke Kota Makkah.

Itulah serba sedikit kisah dakwah Nabi Muhammad SAW ke Taif. Kami kembara ke Kota Taif pada hari ketiga(5 Mei 2019) adalah secara percuma mengikut jadual yang telah di atur oleh Tareej Al-Jannah Travels. Perjalanan selama 2 jam tidaklah bosan, kiri kanan boleh menikmati permandangan yang memukau terutama deretan gurun, hidupan unta berkeliaran dan jalaraya memang terbaik. Setibanya di Kota Taif, kami disambut oleh guide. Cukup ramah dan hensem. Apabila tiba di Taif kami dibawa melawat library yang mengandungi sejarah Kota Taif dan sempat solat di Masjid Abdullah bin Abbas. Selepas itu dibawa melawat kilang minyak wangi, muzium Al Sharif, pasar buah dan sekitarnya. Dimuzium Al-Sharif, kami dijamu makan tengahari yang cukup enak, tak lain tak bukan.. nasi arab. Sebelum kami kembali ke Kota Mekah, kami bermiqat dahulu di salah sebuah masjid kerana selepas kembali tiba di Kota Makkah, kami akan mengerjakan Umrah Sunat...

Selepas selesai solat di Masjid Abdullah Ibnu Abbas iaitu sebuah peninggalan sejarah Islam di Kota Taif. Masjid ini dibangunkan pada 592H.


lunch di muzium Al-Sharif

pasar buah










Nasi Arab

Muzium Al Sharif


pemandu pelancong


Isnin, 18 Mei 2020

My Cherian 2020

My Cherian 2018
My Cherian 2020


Assalamualaikum n Salam PKP..

CHERY EASTAR adalah sebuah kenderaan MPV bersaiz penuh kapasiti 2.0 dengan gearbox 4 kelajuan Automatic dan manual. Kalau tengok spec engine memang hebat.. menggunakan teknologi Europe iaitu engine Alteco yang dihasilkan oleh AVL dan R&D bersama dan telah digunakan oleh Fiat. AVL adalah sebuah company automotif eropah yang membekalkan alat ganti untuk kenderaan di Eropah.

Kehebatan Chery Eastar adalah dari sudut saiz dan kalau nak dibandingkan dengan Mitsubishi Gandis dan Honda Odessey yang berharga sekitar RM170,000 berbanding Chery berharga RM83,000, Itu pong full spec. Beza kang??? Mana nak cari MPV dengan interior macam ni?? Design dan hiasan dalaman memang superherb, kemas n padu... Jika nak dicomparekan dari segi keupayaan engine 2.0 dengan MPV yang harga seantara memang berbaloi pembelian Chery. Exo_ _, Liv_ _ _.... hanya 1.6 tidak akan setanding dengan torque dihasilkan Chery Eastar..

Dulu sy guna Wish tetapi bertukar dengan Chery pd tahun 2011 kerana terpegun dengan prestasi terutama kalau perjalanan jauh dan keupayaan mendaki... memang hebat!!! Kalau panjat Genting Highlands x perlu tukar kepada tranmisi manual, terus je guna auto.. perjalan long distance sungguh selesa dan lancar, mecut 180KM kat highway x goyang... kalau penat boleh guna auto cruise..

Kesimpulannya.. setelah 9 tahun sy menggunakan Cherian ini, tiada masalah major berlaku..small problem biasalah... semua kenderaan sama jee... yang penting maintain maintenance spt minyak silinder, gearbox n selalu checking basic rules...























registered @Nov 2011
Chery Eastar Club
CEC 300







Sabtu, 9 Mei 2020

Selamat Hari Ibu 2020

Yang Kita Panggil .. *Emak* πŸ’• *Ibu πŸ’•Umi πŸ’• Bonda πŸ’• Mama πŸ’•Mummy* πŸ’•

Yg Sejati Ibu Kandung,
Yg Famous Ibu Tiri,
Yg Ringan Ibu Angkat,
Yg Miang Ibu Keladi,
Yg Tembam Ibu Roti,
Yg Dikasihani Ibu Tunggal,
Yg Dikesali Ibu Tinggal
Yg Penting Ibu Jari:
Macam2 Ibu Ada.....
Yg Penting Anda Tetap Ibu Yg Dicintai Dan Disayangi..... Amin...

❤ *SELAMAT HARI IBU*❤
Walau Macamana Sekalipun Setiap hari adalah HARI IBU Yang Kerjanya Tak  Pernah Habis2 Untuk Kebahagiaan Keluarga Dan Rumahtangga Nya . . . . . . . ..😘😘😘
❤️πŸ’πŸ’–Hari2 hari ibu. πŸ’πŸŒΈπŸ’–πŸ’“πŸ’•πŸ’žπŸ’—❤️🧑
*SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA WANITA BERTARAF IBU DALAM DUNIA...*

Add caption

Isnin, 4 Mei 2020

UMRAH 2019

Alhamdulillah... Dengan limpah kurnia, rahmat dan izin Allah SWT... akhirnya kami sekeluarga telah selamat dan selesai menunaikan Ibadah Umrah selama 19 hari di Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah pada bulan Disember 2019

Saat pengalaman yang sukar ditafsirkan dengan akal. Saat penat lelah bersama-sama isteri dan anak2 amat sukar digambarkan melalui kata2.. Pengalaman mengerjakan ibadat selama 13 hari di Makah dan 6 hari di Madinah akan dikenang sehingga ke akhir hayat...

Aku, wife dan 4 org anak berlepas dari KLIA jam 5.25 pagi(dealay 1 jam) dengan menaiki pesawat Saudia Airlines. 1st destination terus ke Mekah.

Terasa rindu dan terngiang2 sahutan di Tanah Suci... InsyaAllah jika diizinkan, akan kembali ke Tanah Suci....






pit stop Mekah to Madinah

Umrah wajib

Pagi di Madinah(11'C)

Eiman Royal Hotel


Jabal Thawr








Taif, bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin.
Sejak kebelakangan ini, sebahagian besar jemaah umrah dan haji merebut peluang untuk ke kota Taif kerana semakin banyak pengendali umrah menawarkan pakej ke pusat peranginan itu yang mengambil masa kira-kira dua jam menaiki bas dari kota suci Makkah.
Kedinginan juga menyebabkan Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu. Cuaca panas kering di Makkah selalunya menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke kota Taif ketika musim cuti dan panas.
Suatu ketika dahulu, jemaah umrah sangat jarang berpeluang ke Taif. Ramai yang tanya apa yang menarik di Taif? Selain buah-buahan dan udaranya yang segar, jemaah teruja ke sana kerana ingin menjejak perjalanan dakwah Rasulullah S.A.W. Dakwah Rasulullah di Taif bermula setelah mendapat tentangan hebat daripada kaum Quraisy.
Ketika itu juga, Rasulullah dirundung duka setelah bapa saudaranya, Abu Talib dan isteri tercinta, Khadijah r.a. kembali ke rahmatullah. Ditemani Zaid Haritsah, Rasulullah menuju ke Taif yang berjarak tidak sampai 100 km dari kota Makkah.
Baginda Rasul menyangka penduduk Taif dapat menerima kehadiran beliau tetapi tanpa disangka mereka menolak serta mencemuh baginda Rasul. Akhirnya, Rasulullah kembali ke Makkah dan seterusnya berhijrah ke Madinah.
Lazimnya, agensi pengendali umrah akan maklumkan kepada jemaah mengenai kunjungan ke Taif. Caj dikenakan adalah SR130 hingga SR150 seorang, yang merangkumi lawatan ke beberapa tempat bersejarah dan makan minum kerana perjalanan ke Taif selalunya sehari suntuk.
Destinasi lawatan termasuk, Masjid Abdullah bin Abbas, kebun Addas, Masjid Kuk atau dikenali sebagai masjid siku, al-Qantarah dan al-Madhun, rumah Abdullah bin Abbas, Muzium As-Shariff, kilang minyak wangi, pasar buah dan Masjid Qarnul Manazil.
Masjid yang popular di Taif adalah Masjid Abdullah bin Abbas, iaitu sepupu Rasulullah. Di situ juga terletak makam Abdullah dan syuhada Taif. Jemaah selalu diberi masa bersolat sunat. Berhampiran masjid itu juga terletak sebuah perpustakaan tetapi jarang dibuka.
Selepas itu jemaah dibawa ke kebun Addas, yang suatu ketika dahulu ditanami anggur dan delima. Addas, beragama Nasrani berasal dari Iraq. Ketika Rasulullah berkunjung ke Taif, Addas memberi anggur kepada Nabi Muhammad.
Ketika hendak makan, Rasulullah membaca Bismillah sehingga menyebabkan Addas terkejut kerana tidak pernah mendengar ucapan itu lantas bertanya agama Rasulullah. Sejurus Rasulullah mengatakan Islam, Addas merangkul dan mencium tangan baginda dan seterusnya memeluk Islam.
Addas adalah orang pertama di Taif yang memeluk Islam. Setelah ke kebun Addas, anda akan dibawa ke Masjid Kuk atau masjid siku. Difahamkan, penduduk Taif tidak suka tempat itu menjadi tumpuan pengunjung justeru mereka pernah membakarnya sebanyak tiga kali.
Dipercayai tempat itu yang terletak di kawasan al-Maznah menjadi lokasi Rasulullah berehat dan melarikan diri daripada golongan musyrikin yang akhirnya melontarkan batu-batu besar di kawasan itu kepada Rasulullah. Namun, difahamkan malaikat menahan batu itu daripada terkena baginda Rasul.
Lokasi seterusnya ialah rumah Abdullah bin Abbas. Rumah itu terletak kira-kira 2.7 km dari masjid Abdullah bin Abbas. Difahamkan bapa saudara Rasulullah itu berjalan setiap hari untuk ke masjid berkenaan.
Melepaskan penat dan mengisi perut, kami ke Muzium As-Shariff dan seterusnya menikmati hidangan tengah hari. Kilang minyak wangi ros paling menjadi tumpuan khususnya jemaah wanita yang berebut-rebut membeli bedak, losen dan haruman.
Tidak lengkap ke Taif jika tidak ke pasar buah. Justeru, ramai jemaah yang memborong buah zaitun, anggur, delima dan limau. Sebelum berangkat pulang semula ke Makkah, jemaah dibawa ke Masjid Qarnul Manazil dan di situ menjadi tempat miqat bagi jemaah yang mahu menunaikan umrah.

Maajid Abdullah bin Abbas
Masjid Quba merupakan salah satu rumah ibadah yang sejarahnya lekat dengan Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam. Sebab, masjid ini dibangun sendiri oleh Rasulullah.
Masjid Quba berada di tepi kota Madinah. Kala itu, Nabi Muhammad baru saja menyelesaikan perjalanan hijrahnya dari kota Mekah dan secara langsung memerintahkan untuk membangun Masjid Kuba.

Masjid Kuba


Miqat di Tana'im



Makam Rasulullah





Jabal Uhud



Saudia Airlines

Syukran 19 hari di Tanah Suci...