welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Selasa, 1 Januari 2013

CONTOH TEKS UCAPAN ALU-ALUAN DARI PRESIDEN KELAB PERMOTORAN


UCAPAN ALU-ALUAN DARI PRESIDEN CEC
MALAM JALINAN KASIH (14 DIS 2012)

Terima kasih saudara pengerusi majlis ,

Yang dihormati,
Timbalan presiden …..
Barisan AJKMT CEC,
Barisan AJK Pelaksana CEOAG12,
Tuan-tuan, Puan-puan Warga chery eastar club yang diraikan SEKALIAN.

BUAH PAUH DI TENGAH BENDANG
JADI DAGANGAN DI TENGAH LAMAN
TUAN PUAN DATANG BERTANDANG
BARISAN AJK ALU-ALUKAN…

INDAH BERBALAM SI AWAN PETANG,
BERARAK DI CELAH PEPOHON ARA;
PEMANIS KALAM SELAMAT DATANG,
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
ALHAMDULILLAHIRABIL  ALAMIN, WASSOLATU  WASSALAMU ALA ASYRAFIL ANBIYAI WAL MURSALIN WA ALA AALIHI WASOHBIHI AJMAIIN.
Segala Puji-pujian bagi Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam yang telah mengizinkan kita untuk sama-sama berhimpun di dalam MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PROGRAM PERHIMPUNAN TAHUNAN PEMILIK CHERY EASTAR BAGI TAHUN 2012 Marilah kita panjatkan kesyukuran dengan limpah kurnia dan nikmat yang begitu mendalam dan bermakna untuk kita semua.
Sepertimana yang telah kita semua sedia maklum, negeri Terengganu yang bertemakan “negeri cantik, budaya menarik” telah dipilih sebagai tuan rumah selaras dengan kehendak Chery Eastar Club untuk bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan negeri dan tourism terengganu bagi mempromosikan tahun melawat negeri terengganu yang akan berlangsung pada tahun 2013. Hasrat Kerajaan negeri adalah untuk memperkasakan usaha melonjak sektor pelancongan negeri bagi memastikan sasaran kira-kira empat juta pelancong mengunjungi negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) tercapai. Sehubungan ini, Chery Eastar Club telah mengambil pendekatan dan inisiatif membantu kerajaan negeri selaku duta kecil TMT 2013.

Para hadirin yang di hormati sekalian,

Pada kesempatan ini, saya  mengucapkan tahniah kepada semua peserta CEOAG12 dari segenap pelusuk negeri yang telah Berjaya sampai ke sini semata-mata untuk menunjukkan bahawa ikatan silatulrahim tiada batas dan penghujungnya. Jutaan terima kasih saya selaku presiden CEC kepada  semua warga CEC yang sudi hadir terutamanya isteri dan anak-anak yang tetap setia dan sehati sejiwa dalam memacu setiap aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum ini. Perhimpunan serta pertemuan ini boleh dijadikan landasan untuk mengukuhkan lagi ukhwah perpaduan dan keharmonian dan selaras dengan ini ia bertepatan dengan salah satu objektif penubuhan cec iaitu setiap aktiviti/program cec adalah Mengamalkan aktiviti berteras kehidupan berkeluarga – family basis activity – KELUARGA DI UTAMAKAN. Saya amat menghargai pengorbanan dan penglibatan semua bagi memastikan CEC akan tetap utuh dan menjadi sebuah kelab permotoran yang terbilang dan tersohor di Malaysia.

Menyingkap kembali sejarah chery eastar club, dalam sedar tak sedar, usia penubuhan kelab ini  telah melangkau 3 tahun lebih. Tanggal 30 julai 2009, penubuhan chery eastar club adalah bertujuan menghimpunkan pemilik chery eastar supaya dapat sama-sama berkongsi maklumat, pendapat, dapat menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit, mendapatkan rujukan kebaikan dan keburukan sesuatu produk serta mengadakan program‐program pengisian berteraskan aspek  beriadah, ikatan siratulrahim, ilmu dan kebajikan. Setelah 3 tahun penubuhan, Pada masa kini, CEC mempunyai  lebih dari 550 keahlian berdaftar. Di jangkakan angka keahlian ini akan terus melonjak memandangkan penampilan terbaru Chery Eastar Versi 2.0 terutama model ST sedang laris di pasaran dengan gaya serta ciri‐ciri keunikan yang tersendiri.

Para hadirin yang di hormati sekalian,

Di sini juga saya mengambil peluang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung tahniah kepada barisan jawatankuasa CEOAG12 yang telah Berjaya melaksanakan program yang terulung ini untuk tahun 2012. Tugas secara sukarela ini telah digerakkan bermula dari bulan mac, hari berganti hari, masa sentiasa berdetik… perancangan yang teliti dengan pelaksanaan yang jitu pasti akan membuahkan hasil yang optimum… sepertimana yang kita lihat sekarang. Pengorbanan tuan-tuan amat saya hargai.
Akhir kata, Dengan lafaz yang mulia Bismillahir-Rahmanir-Rahim, saya merasmikan perhimpunan tahunan pemilik chery eastar tahun 2012 bertempat di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Teks disediakan oleh; HASMIZAN... 10 DISEMBER 20212

Tiada ulasan:

Catat Ulasan