welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Isnin, 31 Disember 2012

PERHIMPUNAN TAHUNAN PEMILIK CHERY EASTAR 2012


Pada 14 - 16 DISEMBER 2012, kelab permotoran CHERY EASTAR CLUB (CEC) telah mengadakan program perhimpunan tahunan pemilik chery eastar kali ke - 3 yang telah berlangsung di Kuala Terengganu. Program ini cukup bermakna dan meninggalkan kenangan yang sukar diungkap dengan kata-kata. Terima kasih kepada semua penaja terutama SUK Terengganu, Tourism Terengganu dan banyak lagi badan berkanun, pihak swasta yang telah memberi sumbangan dan tak terlupa pihak tuan ruma iaitu PERMAI HOTEL. Singkatan CEOAG12 telah diadakan dengan penuh gemilang dan CEC telah mencipta satu lagi sejarah iaitu dilantik secara rasmi menjadi DUTA KECIL TAHUN MELAWAT TERENGGANU tahun 2013. Penyempurnaan majlis pelantikan telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Abdul Rahin bin Mohd Said, D.P.M.T., D.M.S.M., A.M.N. (Pengerusi JK Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri)...

Sehubungan ini, CEC akan membantu kerajaan negeri Terengganu  mempromosikan TMT 2013 melalui program-programnya dan kelab-kelab permotoran lain dalam negara selain berusaha untuk menyebarkan maklumat itu ke negara pengeluar Chery iaitu China melalui kerjasama Chery Alado. Di samping itu, kita akan berusaha mempamerkan maklumat tentang TMT 2013 di pusat-pusat servis Chery yang terdapat di seluruh Negara. program selama tiga hari itu merupakan acara kemuncak dalam kalendar aktiviti tahunan CEC yang menghimpunkan kira-kira 71 pemilik Chery Eastar bersama anggota keluarga mereka dan memilih Terengganu sebagai destinasi dengan pelbagai acara diatur termasuk lawatan ke tempat-tempat menarik. promosi yang dilaksanakan kerajaan negeri secara intensif menerusi pelbagai saluran media untuk menarik kunjungan pelancong akan lebih berkesan apabila pelbagai pihak turut membantu dengan bertindak sebagai medium perantara kepada TMT 2013.

Kelab yang telah berdaftar sejak 2009 mempunyai lebih 600 ahli pernah mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi penyertaan peserta konvoi MPV terbesar yang melibatkan 147 MPV di Sungai Petani pada tahun lalu. Terengganu merupakan destinasi ketiga dalam kalendar aktiviti tahunan kelab itu selepas memulakan konvoi di Kuantan, Pahang pada 2010 dan Sungai Petani, Kedah (2011). 











Tiada ulasan:

Catat Ulasan