welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Sabtu, 8 Disember 2012

Catatan di HHO CHI MINH - 3rd day

Hari ketiga kami berada di bandaraya SAIGON. tiada program yang memerlukan kami terkejar-kejar... just free and easy ajer. bangun pagi selesai segala-galanya... kejutkan anak... apalagi, mandi sampai kecut lah dalam bath tub....

ini hari terakhir, jadi gunakan masa yang ada untuk 'berfoya-foya' di sekitar district 1. seperti biasa kami meredah berpandukan GPS(guna pandang signboard)... 1st location, kami berjalan kaki ke sport centre. tak jauh just aroung 6 minit dari hotel. di situ ada deretan kedai sukan yang menjual segala jenis peralatan sukan. di situ juga ada gelanggang futsal, bola sepak dll... melilau 20 minit di siu, kami trus jalan-jalan di sekitar... lihat teras bangunan(kebanyakkan penuh dengan hotel), melihat gelagat penduduk, memerhatikan senario kehidupan yang penuh mencabar....

setelah me'round' selama 2 jam... jadi perutnya jadi lapar... apalagi kami cari VN Halal untuk melepaskan geram dalam perut. lunch kami hari ini cuma 1,096,700 dong sahaja. tak kisah, yang penting dapat rasa makan dan pengalaman di sini.... selepas selesai makan kami bergerak di sepanjang jalan yang cukup sibuk... akhirnya jalan sedar x sedar sampai di saigon square. aku tak masuk pasal yang kecil tido.. yang masuk wife, adik n hero 1 n 2... sementara tunggu, aku lepak diluar  leka memerhati arus kehidupan warga vietnam. motor begitu banyak di luar, bayar dapat helmet n motor untuk sewa di bandar... cukup mudah.

selepas itu kami meneruskan pengembaraan sehinggalah petang. sementara menunggu teksi yang di uruskan oleh hotel, layan dulu PC hotel... boleh guna free of charge... tepat jam 6 pm, saigon airport taxi(innova) tiba... and tiba di airport 1/2 jam kemudian(tambang taxi - 150K dong). seperti biasa check in, urusan bagasi, checking custom... terus menunggu flight jam 9pm. tepat mengikut jadual, flight akhirnya tiba di LCCT pada 11.50pm.... alhamdulillah selamat sampai.






sekian, ke temu lagi di lembaran CATATAN di BALI pada 19 - 21/12/2012... sayonara


Tiada ulasan:

Catat Ulasan