welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Sabtu, 30 Julai 2011

homestay yang cukup selesa di BENUT @ SANGLANG

GANU HOMESTAY @ BENUT, PONTIAN

seandainya ada tuan/puan berkeluarga yang berhajat bertandang ke BENUT, SANGLANG mahupun PONTIAN, inilah tempat penginapan/persinggahan yang sesuai untuk keluarga besar... ya la kan datang ke sini tak de arah tuju nak menginap, hantar orang kahwin, nak buat family day atau pun datang nak hantar atau melawat anak yang study kat MRSM, bolehlah buat tempahan Ganu Homestay ini. Ganu Homestay ini ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. lengkap dengan setiap ruang(tamu, family, dining, kitchen, terrace dll) dan segala kemudahan kelengkapan barangan rumah.. apa lagi kalau berminat, call la sy...

mizan 019 3176009 @ 013 9286009

rumah ini sebenarnya dibeli pd tahun 2010 bertujuan tempat tinggal apabila balik kampung sekali-sekali... itu pun 3-4 kali aje setahun...


kalau ada yang tak tau lokasi KG. SANGLANG, ini sy nak bagitau... kampung dan rumah ini terletak di tepi jalan utama benut-pontian. 5KM dari benut, 5KM nak ke MRSM dan lebih kurang 16KM sebelum sampai di pontian
dapur(ada bilik air)

kamar tidur 3

kamar tidur 2

family area

kamar tidur utama


lokasi;

NO. 35 TAMAN SANGLANG JAYA,
LORONG SANGLANG JAYA 2,
82000 PONTIAN


pls call;

019 3176009 / 013 9286009 (mizan)


HARGA SEWA PENGINAPAN;

RM280.00 (2H 1M)

Khamis, 28 Julai 2011

Malaysia kecundang jua...

Piala Dunia 2014: Malaysia gagal ke pusingan seterusnya

28/07/2011 10:44pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Harapan Malaysia untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Harimau Malaya tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93. 

walaupu kalah dan gagal kepusingan seterusnya, tapi semangat juang tidak luntur...

Ambil kekalahan sebagai pengajaran - PM

28/07/2011 11:20pm

KUBANG PASU 28 Julai - Perdana Menteri menasihatkan pasukan bola sepak negara supaya mengambil kekalahan terhadap Singapura malam ini sebagai pengajaran untuk meningkatkan prestasi pasukan tersebut untuk masa hadapan.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekalahan tersebut tidak bermakna perjuangan pasukan bola sepak itu telah berakhir sepenuhnya.

Isnin, 25 Julai 2011

berita terkini luar negara

1. Jumlah kematian di Oslo menurun kepada 76 orang

26/07/2011 0940am

OSLO 25 Julai – Polis Norway hari ini mengumumkan jumlah kematian sebenar akibat dua serangan bom dan tembakan yang berlaku kelmarin adalah seramai 76.
Pegawai kanan polis, Oeystein Maeland berkata, jumlah mangsa yang terkorban dalam serangan bom di pusat bandar Oslo meningkat kepada lapan orang manakala angka kematian kejadian tembakan di kem belia menurun dari 86 kepada 68.
Sebelum ini, jumlah keseluruhan kematian dicatatkan sebanyak 93 orang. – AF

2. Lelaki melecur teruk, tandas meletup

26/07/2011 1015am


QUEENSLAND 25 Julai – Seorang lelaki melecur teruk selepas sebuah tandas mudah alih yang digunanya meletup selepas dia menyalakan rokok di Lapangan Terbang Rockhampton, di sini, hari ini.
Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Australia sedang menyertai latihan ketenteraan Australia-Amerika Syarikat (AS) itu mengalami melecur teruk di muka, kepala, tangan dan dada.
“Tandas tersebut meletup dan berkemungkinan disebabkan mangsa menyalakan rokok,” kata jurucakap Unit Keselamatan Masyarakat. – AFP

3. Israel pintas bot seludup senjata

26/07/2011 1030am


BAITULMAQDIS 25 Julai – Pasukan tentera dan polis Israel hari ini memintas sebuah bot yang dipercayai membawa sejumlah senjata api untuk diseludup di Laut Mati dan menahan dua warga Palestin.
Menurut pasukan tenteranya, bot tersebut dipercayai digunakan untuk menyeludup senjata api dari Jordan ke Palestin dan menemui 10 pucuk raifel Kalashnikov serta 10 bekas peluru.
“Ia merupakan percubaan menyeludup yang berani,” katanya. – AFP

4. Lelaki Jordan potong kemaluan kekasih isteri sehingga mati

26/07/2011 1045am
AMMAN 26 Julai – Seorang lelaki Jordan mengaku membunuh seorang pemuda yang dipercayai kekasih isterinya dengan memotong kemaluan mangsa, kemudian meletakkannya di dalam beg sebelum diserahkan kepada polis, hari ini.
Menurut polis, suspek, 35, melakukan kejadian itu di sebuah bilik hotel di Amman dengan memberi alasan dia mahu menyelesaikan konflik dengan isterinya secara aman.
Sebelum memotong kemaluan mangsa, suspek terlebih dahulu mengikat dan meliwatnya, kemudian menyerah diri kepada polis pada hari yang sama. – AFP

Ahad, 24 Julai 2011

formula 1:3:7

Kes Disiplin Pelajar wajib selesai dalam seminggu di semua peringkat

Berikutan kelewatan menangani beberapa kes disiplin di sekolah sejak kebelakangan ini, Kementerian Pelajaran menetapkan supaya kes disiplin murid wajib diselesaikan dalam tempoh tujuh hari pada semua peringkat.

Tempoh itu bagi penyelesaian kes dalam bidang kuasa pentadbiran sekolah, pejabat pelajaran daerah (PPD) dan jabatan pelajaran negeri (JPN), di bawah pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) 1:3:7 (hari pertama, ketiga, ketujuh) Pelaporan Dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid. 

Penyelesaian itu termasuk tindakan perlu diambil mahu pun hukuman atau penyelesaian lain yang sudah dilakukan selain memaksimumkan kepuasan hati pihak terbabit.

Bagaimanapun jika kes itu membabitkan pihak berkuasa lain seperti pendakwaan di mahkamah, maka tempoh proses terbabit tidak dikira dalam pelaksanaan SOP berkenaan.

Berdasarkan SOP itu, insiden yang memerlukan kesegeraan dihantar kepada Kementerian Pelajaran pada hari pertama meliputi kes berunsur jenayah, kelucahan melampau, keracunan makanan, kemalangan serius, bencana, buli, pergaduhan, isu perkauman, pandemik (contohnya H1N1), histeria atau isu lain yang perlu dilaporkan segera pada pandangan pengetua atau guru besar.

Panduan pelaksanaan SOP itu terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 Tahun 2011 bertarikh 28 Jun lalu yang ditandatangani Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, serta dimuat naik dalam laman web Kementerian Pelajaran sejak Selasa lalu.
Abd Ghafar berkata, ada kes disiplin murid yang berlaku di sekolah lambat ditangani sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dan menjejaskan reputasi serta prestasi sesebuah sekolah, malah kementerian.

“Selain itu, ada juga kes atau insiden yang hanya dilaporkan kepada kementerian selepas beberapa hari berlaku atau selepas diminta kementerian.

“Hal ini menggambarkan kelemahan pengurusan semua peringkat dalam menangani isu ini,” katanya dalam surat pekeliling ikhtisas itu.

Sejak kebelakangan ini, ada isu disiplin murid yang disiarkan di media massa terlebih dulu, membuktikan kelewatan JPN/PPD melaporkan kes itu kepada kementerian.

“Sikap sesetengah pentadbir sekolah yang gagal bertindak segera menghubungi Kementerian Pelajaran amat dikesali dan perlu diperbetulkan,” katanya.

Pelaksanaan SOP itu juga untuk menilai prestasi sesebuah sekolah, PPD dan JPN dengan mengambil kira pematuhan tahap kesegeraan tindakan bagi menangani masalah disiplin murid.

Mengikut SOP itu, laporan mengenai insiden disiplin murid hendaklah disampaikan segera oleh JPN kepada kementerian, iaitu pada hari kejadian jika berlaku di sekolah; pada hari kes tersebar melalui media massa jika berlaku di luar sekolah, ketika cuti atau di luar pengetahuan pihak sekolah; dan jika berlaku di luar sekolah atau ketika cuti di mana pihak sekolah mengetahuinya, maka hendaklah segera menyampaikan maklumat atau laporan kepada JPN.

Enam langkah yang mesti diambil sebagai tindakan dan penyelesaian kes disiplin iaitu ;
Langkah pertama (sekolah) - siasat kes, ambil tindakan awal, buat laporan awal ke PPD atau terus ke JPN (bagi negeri tiada PPD), manakala bagi kes atau insiden serius, sekolah perlu terus lapor ke JPN.

Langkah kedua (PPD) - menyemak maklumat daripada sekolah dan siasat, menghantar laporan awal ke JPN berserta ulasan dan pandangan awal PPD, membantu sekolah menyelesaikan masalah termasuk tindakan wajar, sementara bagi kes atau insiden serius, PPD boleh lapor terus kepada JPN atau kementerian.

Langkah ketiga (JPN) - menyemak maklumat daripada PPD dan siasat jika perlu, serta menghantar laporan awal ke kementerian berserta ulasan dan pandangan awal JPN.

Langkah keempat (JPN) - menjalankan siasatan selanjutnya dan menghantar laporan penuh kepada kementerian, termasuk tindakan yang sedang, akan atau sudah diambil oleh pihak terbabit.

Langkah kelima (kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian/BPSH) - membuat ulasan dan pandangan terhadap laporan JPN, membawa laporan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, jika perlu tindakan lanjut maklumkan kepada JPN untuk dibuat, dan JPN melaporkan semula kepada BPSH.

Langkah keenam (BPSH) - mengkaji laporan akhir JPN serta menentukan tindakan dari segi dasar operasi kementerian.

Sabtu, 23 Julai 2011

TOP 50 UNIVERSITY

salam 1 Malaysia...
paparan di bawah adalah rujukan kepada adik-adik pelajar untuk memovitasikan diri supaya nampak halatuju pendidikan selepas selesai alam persekolahan. Di sini disenaraikan RANKING 50 UNIVERSITI TERBAIK DI MALAYSIA tahun 2011.



  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center

tepuk dada, tanya iman... samada nak pilih IPTA @ kalau duit berlebih, ambillah IPTS...

Khamis, 14 Julai 2011

gaji kakitangan awam naik 10%??


Ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu oleh penjawat awam. Mengikut maklumat yang diterima dari sumber-sumber yang sah, kenaikan gaji bagi kakitangan awam bakal berlaku dan kenaikan ini berkemungkinan paling tinggi pun, hanya naik sebanyak 10 peratus sahaja, dimana kenaikan 10 peratus mungkin hanya melibatkan kakitangan kumpulan sokongan C,manakala untuk kumpulan sokongan B dan kumpulan profesional, kenaikan bakal berlaku rendah dari yang dinyatakan.
Pelbagai mesyuarat telahpun dibuat sebenarnya sejak dari tahun lepas lagi untuk membincangkan perkara ini, dan keputusannya hampir dimuktamadkan.Cuma mengikut maklumat yang diberitahu, kenaikan gaji kakitangan awam ini mungkin berlaku samada sebelum pilihanraya atau selepas pilihanraya.
Mengikut situasi semasa, pada pendapat kami, kenaikan ini bakal berlaku sebelum pilihanraya dilakukan.Mungkin kenaikan ini juga bakal dilihat sebagai “gula-gula” pilihanraya umum ke-13 nanti.
Kami amat menyambut baik kenaikan ini kerana berdasarkan sentimen serta situasi semasa dan keadaan, serta kenaikan harga barang dan kos hidup, kenaikan gaji bagi kakitangan awam ini amat perlu.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kami,namun perlu diingat, penetapan gaji minimum bagi kakitangan swasta juga bakal dilaksanakan.Oleh itu, dari apa yang kami lihat, ia membawa satu keadaan positif di mana ianya sekurang-kurangnya akan dapat meringkan sedikit beban kos hidup yang meningkat hari ini.
Walauapapun, kami mengharap agar kenaikan gaji bagi kakitangan awam dan swasta ini, bakal dilaksanakan secepat mungkin.Namun begitu, kami juga berharap agar kerajaan dapat memantau mengenai tindakan pengusaha dan peniaga yang mungkin akan mengambil kesempatan terhadap pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam ini nanti.
Apa-apapun sebenarnya kita nampak tak nampak, kenaikan memang dah berlaku, ada yang kita tahu dan pada masa yang sama ada yang kita tak sedar.... naik 10%, bebanan 20%.... nasiblah badan...

TAZKIRAH 2


SIAPAKAH ORANG ITU?


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Ahad, 10 Julai 2011

kelayakan olimpik; Malaysia Boleh!!


Cabaran Malaysia dapat diteruskan selepas kejayaan anak-anak buah Ong Kim Swee membenam pasukan Lebanon bulan lepas dan terdahulu mengecewakan pasukan Pakistan. Saingan sebenar yang mampu dibuktikan adalah diperingkat kumpulan kelayakan Olimpik.Tapi, pasukan Malaysia di kumpulan yang mana?
kelayakan olimpik kumpulan c Kelayakan Olimpik : Malaysia Diundi Bersama Bahrain, Syria & Jepun 
Malaysia diundi bersama-sama dengan pasukan Japan, Bahrain, dan Syria dalam kumpulan C.  Ada sesetengah pihak mengatakan ini kumpulan maut, tapi ini sebenarnya kumpulan yang dapat membuktikan betapa berkualitinya pasukan Malaysia. Setiap pasukan ada kelebihannya terutama pasukan Japan dan Bahrain yang memang diketahui kemampuan mereka.Nak kata pasukan Malaysia boleh menang pun susah.Tetapi, bola itu bulat.Mungkin pasukan Malaysia bakal melakukan kejutan.
Walau apa-pun, demi pasukan bola sepak negara, kami berharap agar semua pemain yang menyarung jersi kebangsaan, akan bermain bersungguh-sungguh dan tanpa putus asa.Kita pernah mencipta sejarah dahulu, dan tidak mustahil kita bakal mencipta sejarah sekali lagi.
p/s; jommm!!! sama-sama kita memberi sokongan dan dokongan kepada skuad Malaysia

Jumaat, 8 Julai 2011

menu rakyat 1Malaysia

728 buah restoran di seluruh semenanjung menyertai program MENU RAKYAT 1MALAYSIA. Ianya merangkumi hidangan sarapan pagi yang berharga kurang RM2 dan maksimun RM4 untuk hidangan makan tengahari. Inilah satu usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan rakyat memandangkan taraf hidup semakin meningkat. 

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, bahawa inisiatif itu bermula semalam(7 Julai 2011) bertujuan memberi pilihan kepada pengguna terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana supaya dapat berbelanja secara berhemah serta tidak dibebani dengan kos kenaikan harga barang kini. Usaha membela rakyat ini mendapat sambutan mengalakkan dari restoran di bawah naungan persatuan pengusaha restoran muslim malaysia(PRESMA), persatuan pengusaha restorsn india malaysia(PRIMAS) dll. Menurut beliau lagi, terpulang kepada restoran untuk menentukan menu/jenis makanan asalkan tidak boleh melebihi harga maksimun yang telah ditetapkan.

p/s;
1. agak-agak berapa lama program ini dapat dilaksanakan oleh restoran... memandangkan contoh yang boleh kita ambil; sarapan pagi, kalau hidangan ia mengcakupi makanan dan minuman, jadi cuba fikir air teh tarik pun dah RM1.50 macamana nak jual bawah RM2.. (mungkin hidangan air suam dengan nasi lemak berlaukkan sambal kosong dengan telur rebus dipotong 8, bolehla kot!!!!)
2. dulu  minum air suam free aje, tapi sekarang bukan seposen tapi 0.30 sen(ada la kedai kat kuantan, edai open air aje...)

Rabu, 6 Julai 2011

perhimpunan BERSIH 2.0 - wajar @ tidak?



perhimpunan bersih 2 0 Perhimpunan Bersih 2.0   Wajar Atau Tidak?
Disana-sini, di dada akhbar, blog dan juga kedai mamak, cerita mengenai Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011, dibualkan.
Daripada kes ahli parlimen yang ditangkap, sehinggalah majlis gotong royong “Bersih” yang dikatakan berkait dengan perhimpunan Bersih 2.0 dan juga trauma dengan sindrom “baju kuning”. Macam-macam yang diperkatakan mengenai Perhimpunan Bersih ini.
Dan setiap orang juga mempunyai pendapat yang berlainan mengenai isu Bersih 2.0 ini. Secara maklum, apakah tujuan perhimpunan Bersih 2.0 ini diadakan? Semak tuntutan mereka di bawah:
  1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
  2. MENREFORMASI UNDI POS
  3. GUNA DAKWAT KEKAL
  4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
  5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
  6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM
  7. HENTIKAN RASUAH PILIHANRAYA
  8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Perkara yang melibatkan perhimpunan sebesar ini, bukanlah perkara yang boleh dipandang enteng. Lebih-lebih lagi, tanggungjawab menjaga kedaulatan negara bukanlah hanya terletak di bahu kerajaan yang memerintah sahaja, ianya terletak dibawah tanggungjawab semua warganegara Malaysia.
Benar, demokrasi membenarkan perhimpunan atau kebebasan bersuara.Namun ianya juga perlu berlandaskan dengan undang-undang.Perkara yang melibatkan perhimpunan manusia seramai lebih 300,000 ribu orang, pada pendapat kami, sememangnya boleh mendatangkan lebih banyak kesan negatif dari positifnya.
dsc0055ad5 Perhimpunan Bersih 2.0   Wajar Atau Tidak?
Kerajaan sudah sedia untuk berbincang dan memberikan tempat, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga sudah sedia berbincang, jadi, elok dan moleklah kiranya wakil Bersih 2.0 juga berbincang bagi mengelak berlakunya tragedi yang tidak sepatutnya.
Apabila manusia berhimpun seramai lebih dari 100,000 orang, pastinya berlaku provokasi.Ini tidak boleh tidak,ianya tak dapat lari dari objektif sebenar perhimpunan ini diadakan.Polis dan FRU, juga terdiri daripada manusia biasa. Mereka bukan robot. Sekiranya diprovokasi, berkemungkinan pertempuran akan berlaku, dan itulah yang kita tidak mahukan ianya berlaku kepada negara kita.
Negara-negara luar memandang perkara ini dengan serius dan akan cuba mengambil peluang sekiranya ada. Sekiranya berlaku akibat yang kurang baik dariapda Perhimpunan Bersih 2.0 ini, tak salah kalau kami katakan, ianya bakal memusnahkan keamanan Malaysia selama ini.
Diam tidak beerti kami membenarkan rasuah, dan lantang tidak semestinya kami mengiyakan sesuatu yang tidak elok.Kedua-dua pihak, baik dari Bersih 2.0 serta dari kerajaan, perlu mengambil sikap profesionalisme dalam menangani masalah ini.
Ini tidak, masing-masing ego dengan cara masing-masing.Kerajaan dengan memperalatkan undang-undang bagi menimbulkan kemarahan manakala “penyokong” perhimpunan Bersih 2.0, membuat provokasi.Kami tidak mengatakan bahawa tuntutan Bersih itu tidak wajar, malah ianya sangat baik dalam memulihkan amalam demokrasi.
Namun saluran yang lebih baik, diperlukan dalam hal ini.Pilihanraya Umum 13, sudahpun mula menunjukkan bayangnya.Jalankan tanggungjawab anda masing-masing dalam menentukan siapa yang lebih berhak.Sekiranya majoriti rakyat Malaysia mahukan perubahan, tidak mustahil, walau dengan apa cara muslihat SPR sekalipun, ianya tidak akan mampu membendung perubahan.
Kerajaan memerintah pula, wajib untuk mengambil iktibar daripada perkara ini.Kerajaan tanpa rakyat, pincanglah ia.Kalau selalu membuat keputusan tanpa memikirkan rakyat, ini adalah diantara satu punca mengapa rakyat bakal menumbangkan anda.
Jangan politikkan segala kesusahan rakyat.Tunaikan tanggungjawab anda dengan Bersih dan Ikhlas, agar rakyat kembali menyokong pentabiran.Ingat, politik membentuk kerajaan, namun rakyat tidak suka dipolitikkan.Amanah, jujur, bersih dan ikhlas, inilah yang diharapkan rakyat kepada kerajaan.Jangan sia-siakan rakyat bawahan anda.
Wajar atau tidak Perhimpunan Bersih 2.0 ini diadakan? Kongsikan pendapat anda di sini.
Wajar Atau Tidak Perhimpunan Bersih Diadakan?