welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Khamis, 15 Disember 2011

jadual tangga gaji SBPA

Pekeliling Perkhidmatan 2011 Umum, Guru, PDRM; Jadual Tangga Gaji Baru Guru Gred DG34, DG41, DG44, DG48, DG52, DG54 ; SBPA 2012

Berikut merupakan keratan yang menerangkan Jadual Gaji Perkhidmatan Perguruan dan Elaun Skim Saraan Malaysia:

Jadual Tangga Gaji Baru Guru 2012 DG34, DG41, DG44, DG48 SBPA 2012
Gaji Skim Saraan Malaysia ni boleh dibandingkan dengan Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang akan diberitahu kelak.
Guru DG41 ditukar kepada 1-1
Gaji minimum (permulaan) RM 1925 & gaji maksimum RM 6220. Kenaikan gaji tahunan sebanyak RM 230 dan kenaikan pangkat dari DG 1-1 ke DG 1-2 ialah 8 tahun sahaja.
Guru DG44 Ditukar kepada 1-2
Gaji minimum (permulaan) RM 2985 & gaji maksimum RM 7235. Kenaikan gaji tahunan ialah RM 250 dan kenaikan pangkat dari DG 1-2 ke DG 1-4 ialah 8 tahun sahaja.
Guru DG48 ditukar kepada 1-4
Gaji minimum (permulaan) RM 4390 & gaji maksimum RM 8710. Kenaikan gaji tahunan ialah RM 270 dan kenaikan pangkat dari DG 1-4 ke DG 1-5 ialah 6 tahun sahaja.
Guru DG52 ditukar kepada 1-5
Gaji minimum (permulaan) RM 5260 & gaji maksimum RM 9610. Kenaikan gaji tahunan ialah RM 290 dan kenaikan pangkat dari DG 1-4 ke DG 1-5 ialah 3 Tahun sahaja.
Guru DG54 ditukar kepada 1-6
Gaji minimum (permulaan) RM 7250 & gaji maksimum RM 11,505. Kenaikan gaji tahunan ialah RM 320.
Guru DGA38 ditukar kepada DG2-5
Guru DGA34 ditukar kepada DG2-3
Guru DGA32 ditukar kepada DG2-2
Guru DGA29 ditukar kepada DG2-1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan