welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 15 Ogos 2012

RAYA: pantun, madah dan bicara




Pantun 1Masak ketupat sambil berdiri, Hendak di makan di Aidilfitri,
Nak hantar kad posmen dah cuti, Hanya SMS dapat di beri... Selamat Aidilfitri...


Pantun 2Hari Raya Menjelma Lagi, Bulan Ramadhan sebulan sudah berpuasa,
Ampun maaf sedalam perigi, Andai ada terkasar bahasa...


Pantun 3Roti sebuku petai sepapan, Daun ketupat daun palas,
SMS pengganti kad ucapan, Tanda ingatan tulus ikhlas... Selamat Aidilfitri...


Pantun 4Anak Pak Dollah makan lepat, Makan lepat sambil melompat,
Hendak kad raya tak sempat, Pakai SMS Ok ye dan dah lewat... Selamat Aidilfitri...


Pantun 5Hari Raya tiba lagi, Makan lemang janganlah santak,
Maaf aku pohon pasti kau bagi, Halalkan segala hutang boleh tak... Salam Aidilfitri..


Pantun 6Takbir bergema di pagi hari, Memecah sunyi keriangan diseri,
SMS pengganti kad raya dan diri, Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi di hujung jari... Salam Aidilfitri...


Pantun 7
Semalaman kita bersengkang mata, Menghiasi rumah sebagai persiapan,
Pohon maaf keampunan di pinta, Di Satu Syawal kita raikan.


Pantun 8Anak tupai main gitar, Anak katak main tabla,Kad raya malas nak hantar, Send SMS je udah le... Salam Aidilfitri.



Madah 1
Dalam keredhaan HATI ada ketinggian BUDI,
Dalam kemiskinan HARTA ada kekayaan JIWA,
Dalam pengujian RAMADHAN ada kemenangan SYAWAL.


Madah 2
B4 Aidilfitri datang, B4 Ramdhan pergi, B4 operator busy, B4 message asyik pending,
B4 kredit habis, ini ada ucapan sikit... Selamat Hari Raya.


Madah 3
Biar renggang di fana dunia, Biar hina di mata manusia,
Biar semangat semakin tua, Biar akal semakin berusia,
Jangan tergadai silaratulrahim kita... Selamat Aidilfitri.


Madah 4
Ada ketika MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar,
LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf mentafsir dan HATI silap menduga,
Mohon maaf di atas segalanya dan Salam Aidilfitri.


Madah 5
Semoga Ramadhan yang telah berlalu mendidik kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya...
Dan kini, hari ini Syawal telah tiba untuk kita raikan. Salam Aidilfitri.


Madah 6
Di dalam kerendahan hati, Ada ketinggian budi,
Di dalam kemiskinan harta, Ada kekayaan jiwa,
Di dalam penyudah Ramadhan, Ada penyeri Syawal... Salam Aidilfitri.

Bicara 1
Cinta adalah ibarat KENTUT,
Di pendam rasa SEKSA,
Di luah rasa MALU,
Jadi tunjukkanlah CINTA kamu perlahan-lahan sepertimana melepaskan KENTUT kamu....


Bicara 2
Sentiasalah setting NIAT,
Upgrade IMAN,
Download SABAR,
Upload USAHA,
Delete DOSA,
Update DOA dan Top-up ILMU,
Supaya dapatlah redeem PAHALA banyak-banyak. Selamat Berpuasa...


Bicara 3
There's a story behind every friendships,
Each friend we make is a start of each story,
Our story had a wonderful beginning...
Hope this story never has an ending.


Bicara 4
Semoga 12 bulan mendatang penuh cemerlang,
52 minggu kebahagiaan,
365 hari keberkatan,
8760 jam penuh senyuman,
52560 saat penuh kasih sayang...
Selamat Awal Muharam.


Bicara 5
Birth is "Start of Life",
Beauty is "Art of Life",
Love is "Part of Life",
Death is "Last of Life",
But Friendships is "Heart of Life"...