welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 6 Mei 2015

apa saja...

assalamualaikum...
tahun 2015 sudah masuk bulan ke 5, namun banyak cerita-ceriti yang aku tangguh disebabkan kekangan kerja yang semakin mencabar. dunia pendidikan sekarang tidak sama dengan ruang zaman dahulu.... setiap hari bergelumang dengan bebanan kerja yang tidak kesudahan. dengan sistem pendidikan yang berbeza, terlalu mengejar sistem sehinggakan membiarkan qualiti pendidikan. namun apa yang boleh dibuat, inilah rezeki, terpaksa mencurahkan keringat demi memartabatkan anak bangsa walaupun tanpa sekumit penghargaan...

dalam kesibukan, aku tidak lupa dengan perancangan hidupku. mengembara tempat asing sudah menjadi lumrah.. setakat ini ada 4 destinasi yang sedang menunggu.

 JUN 2015: KRABI, THAILAND
 OGOS 2015: CHIANG MAI-CHIANG RAI, THAILAND
 FEBRUARI 2016: PHUKET, THAILAND
 APRIL 2016: SIEM REAP, KEMBOJA
 JUN 2016: JOGJA, INDONESIA

Dalam pemantauan supaya tercapai impian ku adalah MACAU, HONG KONG, AUSTRALIA dan JEPUN... tungguuuu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan