welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Isnin, 3 Jun 2013

CaTaTaN @ JOGJA (YOGYAKARTA, INDONESIA) - Part l

27 MEI 2013

Salam....
Kami bangun seawal pagi bersiap sedia untuk bertolak ke LCCT dari Kemaman, Terengganu. Tapi kali ini cukup sempoi pasal trip ini aku hanya berdua dgn wife... halimun katakan.... anak-anak awal2 lagi duk di perantauan. Tepat jam 3.30 pagi, mulalah perjalanan merentas LPT, MRR2, PLUS dan akhirnya sampai di parking berbayar RM16/day tepat jam 7.30 pagi. Siap parking, terus jalan kaki(600m) ke terminal, masuk check in cukup mudah. kali ini aku tak ambil bagasi, angkut naik atas jer... Tepat jam 9.45 pagi, bermulalah pengembaraan menuju ke Tanah Jawa berpaksikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisutjipto, Yogyakarta yang mengambil masa selama 2 jam 30 minit.

Cukup simple dan inilah balai ketibaan yang cukup menyedihkan selama ini aku mengembara dah hampir 10 destinasi lain... sampaikan terpaksa berbaris diluar(merentasi laluan kenderaan airport). Tapi urusan daftar masuk begitu pickup, 10 minit dah selesai. Keluar ajer dari terminal, aku terus buka document guide line dan map... Kali ini aku langsung tak ambil sebarang perkhidmatan, sama ada supir, teksi dll... Aku bergerak mengikut homework yang dah aku buat sebelum ini... Sebaik melintasi landasan keretapi, ada simpang terus belok ke kiri dan terus kami ke Halte Bandara Adisutjipto(bus stop).

adisutjipto airport

halte bandara
Trans Jogja

dalam trans jogja

Kali ini kami naik shuttle bus yang di kenali TRANS JOGJA yang amat popular di sini http://www.yogyes.com/id/places/644/. Target kami adalah ke tempat yang paling popular di Jogja iaitu Jalan MALIOBORO. Untuk ke sana, perlu ambil rute 1A, tambang cukup murah iaitu cuma Rp3000(RM0.95) untuk sekali naik... tak kira di mana berhenti. Perjalanan ke Malioboro selama 25 minit. Oleh kerana hotel kami di Jalan Sosrowijayan, jadi kami turun di Hatle Malioboro 1. Oleh kerana kami tiba di situ pada jam 12.15 tengahari, jadi kami berlegar-legar dahulu disepanjang kaki lima yang dipenuhi penjual-penjual jalanan... Aku sendiri terkejut, rupa2nya murah-murah barang di sini... belum apa-apa kami dah beli key chain, baju, selipar dll... Walaupun tengahari, tapi cuaca cukup nyaman...

malioboro street

sosrowijayan street

alhamdulillah... Tentang penginapan, aku tidak bimbang psl dah direct booking.. SUMMER SEASON BOUTIQUE HOTEL adalah tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam. Kami ambil superior room dengan harga Rp330K satu malam. Tepat jam 1.30 petang, kami check in dan hotel ini cukup strategik... cuma kedudukan jarak 15 meter dari Jalan Malioboro. Hotel ini berhadapan dengan Hotel Malioboro(aku suggest kepada sesiapa yang bertandang ke sini, duklah di SUMMER SEASON BOUTIQUE HOTEL). Bilik moden, LCD dan ada segala kemudahan...

hotel kami stay.... Rp 660K/2 night

lobi hotel

cafe hotel

summer season boutique
ruang rehat diluar bilik

superior room

bathroom


selepas letak beg, kami turun semula untuk lunch. Tak susah nak makan... Restoran AYAM PEDAS WONG JOWO salah sebuah restoran yang terletak di simpang masuk jalan sosrowijayan... tapi sebelum tu, sempat jugak perkena rojak buah... order nasi putih, ayam bakar pedas  n ayam rica-rica, sayur kangkung air 2 jus sirsat... abis Rp 50K... menyelerakan.

rojak buah

restoran ayam pedas wong jowo



Selepas lunch, kami sambung lagi jelajah disepanjang kaki lima di jalan malioboro... sedar x sedar, jalan punya jalan sampai ke penghujung... sepanjang jalan malioboro lebih kurang 1.5KM... disepanjang laluan penuh jualan dikiri kanan, sungguh banyak pilihan... tapi yang frustnya, ada satu barang yang langsung x kelihatan... fridge magnet... puas mencari, memang xder. Pengangkutan utama di sini untuk ke mana saja adalah becak dan kereta kuda yang rata-rata dinaiki oleh pelancong(macam kami) dan juga penduduk tempatan. Biasanya bapak2 driver akan mencari pelancong.. tengok muka lain sikit dari muka asal orang jawa, anda akan sentiasa diikuti... dengan tawaran untuk trip ronda di dalam dan pinggir bandar. Kalau becak biasanya antara Rp20K sehinggalah Rp70K untuk sebuah becak, bergantung kepada destinasi lawatan. Kereta kuda pula around Rp60K hinggalah Rp150K.... oleh kerana dah x tahan oleh rayuan pak becak(sepanjang free n easy, selalu didatangi oleh pak becak), akhirnya kami terpaksa akur untuk sewa ronda ke tempat2 tumpuan di dalam kawasan jogja. bayaran Rp20K, kami dibawa ke kedai perusahaan kuih bakpia, batik, baju(5 tempat persinggahan di kawasan Kraton)... kami ikut jer, belinya tidaklah. ronda becak memakan masa 1 jam, akhirnya kami dilanding di pertemuan jalan malioboro dengan jalan ahmad dani... berhampiran pasar beringharjo.


murah jer... RM4.80

naik becak - Mas Budi


kuih Bakpia

pengangkutan utama

jalan ke Kraton



pasar Beringharjo

Jalan Malioboro

dalam pasar Beringharjo
Kami masuk ke dalam pasar dan keluar tanpa sebarang hasil rampasan... wife aku langsung tak berminat(banyak sangat barangan batik). Jam menunjukkan 5.15 petang, kami terus menyusuri laluan balik ke hotel dan sempat singgah di Malioboro Mall. Balik untuk berehat dan kami keluar malam terus menyusuri jalan sosrowijayan untuk mencari travel agent. bersepah travel agent di sini, pilih ajer yang mana berkenan... tentang harga, semua rate yang sama. Sasaran utama kami esok adalah cari  pakej trip ke Borobudur dan Prambanan. Kami ambil travel seawal jam 5.00 pagi(selepas subuh). Harga untuk trip ke candi Borobudur, Prambanan dan Mendut adalah Rp60K seorang.. kalau ambil sekali brekfes, tambah Rp10K lagi... Kalau guna travel agent, dapat diskaun untuk entrance fee...

ENTRANCE FEE;

wisata                                                         tiket agent                       tiket international(beli di kaunter)
~ CANDI BOROBUDUR                             Rp170K                          Rp190K
~ CANDI PRMBANAN                                Rp160K                          Rp171K

selepas selesai membayar sebanyak Rp790K(dua orang), xtvt seterusnya... dinner. malam ini kami akan mencuba makan di Lesehan(makan diwarung secara duduk bersila). pilih ajer lesehan disepanjang kaki lima jalan malioboro. Kami pusing 2-3 kali jugak untuk mencari lesehan yang terbaik. Akhirnya berbaloi pilihan kami kerana memenuhi citarasa... menu malam ini aku ambil ayam kampung n kota goreng, bebek bakar, lalap+sambal dan kalau kita duk di tanah jawa, minuman yang wajib adalah teh botol... makan sambil dialunkan nyayian pemuzik jalanan... kita bole suruh untuk nyayian apa saja lagu, memang best... lepas tu, sedekahlah tanda terima kasih... selepas makan, sedar tak sedar jam dah 12.00 malam... lepas tu, terus kami pulang ke hotel, ingatkan nak tidur psl perlu bangun awal pagi... tapi layan jugak cerita kat TV(semua channel ada, HBO, CINEMAX, FOX...)

makan di lesehan...

pemuzik jalanan

sambung lagi dalam part ll...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan