PART I
assalamualaikum....
rasa gatal pulak tangan kali ni... dah lama x mematuk, rasa nak buat entry kali ni iaitu KRABI. sebelum ini dah banyak trip menerjah negara orang, tapi masih ada dua trip iaitu PHUKET dan SEOUL yang masih belum di masuk... jawapannya malasss....
so, apa-apa pong ni dia hasil dari 4 hari pengembaraan kami berdua ke KRABI. bertolak dari kemaman kul 1.00 pagi dan sampai di KLIA 2 kul 4.00 pagi(mengalahkan FI...). flight sebenarnya kul 7.00 pagi, oleh kerana ni 1st time naik ikut KLIA 2, kenalah standby awal2 ckit, al maklum tempat baru... tapi so far proses check in begitu lancar, tapi yang memenatkan perjalanan yang agak jauh nak menuju ke ruang menunggu (P17).. berjalan 1KM... flight gerak kul 7.15 pagi dan tiba di krabi international airport 7.20 pagi waktu thailand. sampai sebelum check in custom, isi dulu declaration card, masuk terus keluar dan dapatkan tiket shuttle bus 150 baht/pax. naik bus menunggu lebih kurang 20 minit baru gerak. kebanyakkan sekali flight dgn aku pasangan berhoneymoon termasuk aku... hahahaha....
perjalanan cukup menyeronokkan, melihat keindahan panorama walaupun sebenarnya sedikit membosankan kerana bus terlalu perlahan.... tapi yang bagusnya, bus ini akan masuk sampai ke pagar hotel atau resort di ceruk kampung... dan akhirnya tiba lah aku di hotel penginapan kami iaitu AONANG COZY PLACE HOTEL. masa tu baru 9.30 pagi, check in tapi x boleh masuk lagi(kena tunggu 2 jam). jadi simpan beg, terus kami berjalan ke arah kawasan masjid untuk bersarapan. kami makan disebuah restoran yang x reti namanya(bahasa thai). lokasi restoran ni bersebelahan kedai 7 eleven(selepas masjid). pagi tu makan nasi, aku ambil lauk telut masin, sayur, ikan, my wife beli pulut ayam goreng dua ketul, air tea air abis makan untuk dua orang 195 baht. puashati, besttt sangat... lepas makan kembali survey pakej di hotel dan buat perbandingan di aonang goodwill. hari itu ambil pakej 7 islands, start kul 1.30 ptg dan selesai 8.30 malam. apalagi selepas dapat kunci, landing kejap dan terus bersiap... opsss, lupa tentang bilik. melihat dari sudut gambaran dan kemudahan tang terdapat dalam bilik, amat berbaloi dengan bayaran RM75.00/night include brekfes....
tepat jam 1.30 ptg guide kami datang amik di hotel dan my wife cukup terkejut kerana ingatkan naik van, rupanya naik dan duduk belakang pick up, woww ini satu pengalaman yang amat menyeronokkan.. bersama trip kami ni cuma kami dan satu lagi couple dr malaysia, yang lain semua mat saleh.. sampai dijeti kami mula bergerak menaiki long-tail boat meredah lautan.. bermulalah pengembaraan yang amat dinanti-nantikan... untuk pakej ni kami akan melawat railay beach, tup island, chicken island, poda island dll... xtvt adalah seperti snorkeling, mandi, petunjukkan main api dll...
|
hanya 40% penumpang |
|
shuttle bus |
|
jalan ke pantai aonang |
|
aonang cozy place hotel |
|
panorama kiri dari balkoni hotel |
|
panorama kanan dari balkoni hotel |
|
tub |
|
sarapan |
|
pulut ayam goreng |
|
chicken island |
|
tup island |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan