OGOS 2014;
just nak share suka-suka(duka x dop pong..) sepanjang 4 hari pengembaraan program AMINAH's Family... program yang telah lama aku rancang bagi memenuhi pemintaan adik-adik yang berkeinginan buat program mesra adik-beradik untuk menguatkan lagi ukhwah persaudaraan...
program ini memang xde masalah pasal aku memang dah biasa gi langkawi... tahun ni dah masuk kali ke 3... aku plan elok-elok supaya sepanjang berada di langkawi tak timbul perkataan 'bosan' dari mulut adik-adik mahu pong anak sedara... kami sama-sama bergerak dari destinasi yang berbeza.. aku dari kemaman, ada dari pontian, ada dari muar... aku mula bergerak dari kemaman jam 8.00 malam... dari johor 7.00 malam...
aku kalau drive memang suka malam.. laluannya adalah seperti berikut;
KEMAMAN-LPT-GENTING-BATANG KALI-TANJUNG MALIM-PLUS-KUALA PERLIS
perjalanan sejauh 750 KM. kami berjumpa di pit stop R&R Sungai Perak. rehat n makan 1 jam bergerak dalam konvoi dan tiba di jeti kuala perlis jam 4.00 pagi. sepanjang perjalanan tiada sebarang masalah... cuma yang sedikit ngeri adalah di jalan menuju batang kali.. semua orang sudah maklum, tadi aku tekad untuk redah jer.. kami mula masuk jalan batang kali jam 11.00 malam...
setibanya di jeti, ada sedikit untuk landing time.. kaunter tiket mula dibuka jam 6.30 pagi, aku beli tiket untuk 8 dewasa dan 6 kanak-kanak(RM36X8+RM26X6...) untuk return ticket. naik feri seawal 7.00 pagi dan tiba dijeti jam 8.10 pagi terus pergi ke kaunter MRP untuk mengambil van nissan urvan yang telah ditempat. buat payment RM150/day terus mula menjelajah bermula DATARAN HELANG.. selesai terus ke TAMAN LAGENDA. jam menunjukkan 10.00 pagi, masing-masing mengeluh perut dah masuk angin, jadi aku terus pecut van dan sebelum lunch singgah jap di perusahaan gamat nusantara, x beli pong.. stok kat rumah berlambak lagi...makan tengahari pertama di JOM IKAN BAKAR di padang matsirat. makan macam-macam abis RM120/family. selepas itu terus ke KOTA MAHSURI, pergi belajar dan menuntut sejarah dahulukala... selesai di situ, masing-masing dah penat jadi bergerak ke tempat penginapan yang telah ditempat iaitu ZULINA HOMESTAY di pantai tengah (RM250/night). bila sampai owner dah menunggu, dapat kunci masing-masing berebut cari katil n sofa... so far so good, cukup selesa, semua kemudahan disediakan termasuk ada 3 unit ar cond..
malam kami bergerak ke pekan kuah, sekadar survey n meronda dan dalam perjalanan balik ke homestay, kami singgah dinner di RESTORAN NELAYAN yang terletak di bukit malut. selepas itu sebelum balik, merayap dulu di pantai cenang... memang penat, tai semua happy...
sepinggan RM17.00 |
laksa power |
pasembor |
memang besttt |
van yang kami sewa.. mantap |
PANTAI TENGAH |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan