welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Selasa, 9 September 2014

Catatan @ LANGKAWI II

PART II
pantai tengah

sambungan dari entry yang lepas(PART I) http://cgumizan.blogspot.com/2014/09/catatan-langkawi.html.. kerana kepenatan yang amat sangat, masing-masing masih dibuai mimpi yang enak... aku n wife terpaksa bangun mencari sarapan yang tak jauh dari homestay. beli pelbagai jenis nasi lemak, kuih-muih.. balik bancuh air dan terus sarapan kerana hari ini masih ada lagi tempat lawatan yang perlu diselesaikan..

beras terbakar


wildlife bird paradise






mengikut program yang telah diaturkan, hari ini kami akan meninjau lokasi beras terbakar di padang matsirat. walaupun sudah tak ada beras terbakar namun sekurang-kurangnya kami tahu tentang sejarah sebenar disitu. kebetulan berada disitu, apa lagi shopping la sedikit sebanyak baju untuk budak-budak. seterusnya kami mula bergerak ke WILDLIFE BIRD PARADISE. penumpang dalam van agak kehairanan kecuali my wife kerana aku cukup mahir selok--belok di pulau... senang jer, walau pong sehingga kini dah lebih 20 kali aku ke langkawi, tapi sebulan dua sebelum ini aku buat research tentang laluan, lokasi program, tempat menjamu selera pagi, tengahari, petang dan malam..

di bird paradise budak-budak cukup seronok dan di sini kami mengambil masa selama 2 jam. selepas itu, oleh kerana appointment dengan pengusaha boat pada 3.00 petang, aku mengambil keputusan naik ke kg. air hangat untuk lunch. kebetulan hujan turun lebat, nasib baik semasa dah berada di kedai makan... tepat jam 3.00 petang, akhirnya kami mula lah pengembaraan KILIM MANGROVE TOURS. kami ni aku bawa keluarga untuk pakej 2 jam dengan boat yang boleh memuatkan seramai 8 dewasa dan 6 kanak-kanak. oleh kerana aku dah kenal tokey boat(sejak dari zaman bapanya lagi..) aku dapat special price... biasanya kalau boat yang memuatkan 8 passenger RM250, tapi dengan aku RM180 boleh dapat... Untuk pakej 2 jam, kami akan dibawa menempuhi gua kelawar, sangkar ikan, menyusuri gua buaya, lokasi helang dan menempuhi laut andaman... cukup puashati...
bat cave







crocodile cave





selepas selesai, xtvt seterusnya kami terus ke pekan kuah. antaranya perkara wajib yang aku bawa adalah idaman suri, HIG, RAM, SAGA dan pasar malam kuah. selepas selesai jam 8.30 malam, balik dahulu ke homestay, mandi, solat, rehat dan jam 11.00 malam keluar dinner di RESTORAN HJ RAMLI di pantai cenang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan