welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 17 Jun 2015

CaTaTaN KRABI 2015 - part ll

11 JUNE 2015:

EMERALD POOL

Assalamualaikum...
bersua kembali dalam episod kedua, dalam penceritaan kisah pengembaraan di bumi Krabi. foto di atas adalah target utama perjalanan untuk hari kedua, nak x nak, walaupun hujan melanda, ribut menghempas, bumi bergoncang.. aku tetap akan ke sini.. bukan apa, nak lepas ngidam adik ipar.. tiap-tiap hari sebelum ke krabi, asyik bercerita tentang keindahan kolam hijau.. aku n wife x kisah, pasal ni dah kali ketiga...


Permulaan untuk hari kedua dimulakan dengan xtvt brekfes. seawal jam 7.00 am, kami berempat berhajat makan pagi di gerai/kiosk ditepi jalan selepas masjid. sekarang banyak wujud gerai-gerai makan, amat mudah bagi kita muslim untuk mencari makan. menu pagi ni adalah nasi goreng, ayam goreng... kos makan berempat sebanyak 320 baht. murahkan!!! selepas selesai, kami bersedia menunggu van yang berjanji akan tiba tepat jam 8.00 am. Hampehhh!!! kul 8.40 am baru sampai, dah la kami group pertama, pahtu pergi ambil lagi 2 group lain. destinasi pertama adalah ke elephant camp yang memakan masa perjalanan selama 15 minit dari aonang beach. apa lagi, sampai jer kami pun naik la gajah yang ada bermacam-macam saiz. untuk xtvt bersantai di atas gajah mengambil masa selama 30 minit. menerokai melalui ladang getah n masuk ke dalam kolam dengan keadaan cuaca yang panas terik. sebenarnya takde apa-apa yang hendak dibanggakan bila naik gajah, tapi sekurang-kurangnya ambil pengalaman. selepas itu disediakan pertunjukkan gelagat anak gajah, memang terhibur dengan gelagat dan respon dari pengunjung... bijookkk!!!









destinasi kedua adalah ke emerald pool(sa morakot). mengikut GPS perjalanan ke sini adalah sejauh 70KM dan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. memang cepat, dapat driver racing... sebelum perjalanan diteruskan, singgah dulu di airport ambil sepasang kawan dari Malaysia. mereka ambil pakej terus dari ejen di airport 1000 baht. biasalah.. airportkan!! aku dapat pakej ni cuma 750 baht. jadi sekarang pasengger ada 3 group.. kecoh dibuatnya dalan van.. sepanjang perjalanan amat selesa dengan pemandangan dan persekitaran yang menenangkan. akhirnya tiba di emerald kul 12.00 pm. untuk makluman kepada yang datang sendiri, entrance fee ke emerald adalah 200 baht dewasa n 100 baht child. bermulalah episod merangkak ke kolam sejauh 800 meter. nampak jer jauh, tapi sambil jalan berborak, lihat keindahan flora dan fauna akhirnya sampailah di tempat yang dikejar semua orang. kami terkedu n rasa tak puashati, al maklumlah, datang dari jauh cuma diberi masa 25 minit. apa lagi tanpa membuang masa terus terjun ke dalam kolam,,,





menu lunch

selepas selesai hajat, jalan balik semula untuk lunch. oleh kerana masing-masing kelaparan, tanpa berfikir panjang, terus bedal.. jangan takut, HALAL....selepas selesai makan, naik van terus ke destinasi ke 3 iaitu hot steam(hot springs). perjalanan tak jauh cuma 10 minit sahaja. datang ke sini apa lagi, terus berendam dalam air kolam panas... bila pertama kali sentuh memang panas tetapi makin lama berendam makin suam... relaks... di hot steam kita just berendam sahaja, selepas itu, bergerak ke destinasi terakhir iaitu tiger cave. tiba di tiger cave jam 3.00 pm. sebenarnya di sini tak ada apa-apa yang menarik.. datang hanya ambil gambar sahaja. jadi kepada yang berhajat datang ke tiger cave, lupakan... oleh kerana masing-masing tak masuk pun ke sana, kami berpakat untuk pulang awal. sampai di aonang adalah pada jam 4.30 pm. sampai aje di hotel, mandi, solat, tukar pakaian terus pecut ke gerai makan berhampiran krabi resort. makan sepuas-puasnya.. mee goreng seafood, pancake, air buah....


hot steam

tiger cave
selepas makan, xtvt seterusnya merayap ke kawasan kampung.. lupa nak bagitau, hari kedua aku sewa tuk-tuk.. bawa sendiri, senang bawa 2 mak dara jelajah ke kawasan kampung. penduduk di sekitar aonang tengok jer kami, mungkin ini kali pertama orang luar bawa tuk-tuk.. aku belasah jer... selepas jelajah kampung, kami terus untuk xtvt menyoping kat aonang street. boleh la bagi cenderamata kat anak-anak n family. pada sebelah malam, tempat yang pertama dituju adalah ke kiosk bermotorsikal abe yang menjual pelbagai jenis mee. sejak dulu lagi, aku tak lupa mesti jamah.. memang best, berasap kepala.. beli n tapau pergi makan di aonang street.. sambil makan kiri kanan tengok mak yah-mak yah sedang berjual beli... selepas letih lepak di situ, akhirnya kami ke family massage untuk mengendurkan tekanan... selesai massage pukul 11.30 pm, pergi ke warung shareefah, pekena tomyam n sotong masak steam... terbaekkk!!! sebelum balik ke hotel, round lagi disepanjang pantai aonang untuk menhirup udara nyaman... sekian untuk hari ke dua..










sewa 800 baht/24 jam



bersambung ke entry KRABI - part lll

Tiada ulasan:

Catat Ulasan