welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Ahad, 14 Jun 2015

CaTaTaN @ KRABI 2015 - part l

Siri ulangan dari tahun lepas, memandangkan timbul rasa ketidakpuasan dengan trip tahun lepas, akhirnya datang kembali setelah setahun kunjung ke sini. Dulu pergi berdua, sekarang berempat..

kali ni aku nak kongsi pengalaman kali ke 3 terjah KRABI...


10 june 2015


Flight AA berlepas dari KLIA 2 tepat jam 7.05 am dan terbang.. terus melayang.. akhirnya mendarat di KRABI international airport pada jam 7.15 am... hebatkan??? 10 minit dah sampai..



bumi Malaysia

bumi Thailand

pengalaman di airport krabi cam biasa, cukup simple. sebelum imergresen, isi dulu declaration n then aku sengaja cari staf lelaki... x serius, siap buat lawak lg(mungkin awal pagi kot). mengikut pengalaman, staf perempuan ada sedikit kurang ajoo...main di campak jer pasport, adik ipar terkena, baran dia.. aku pun bagitua " itu sikit jer tuu...". selesai imergresen, turun tangga lalu ikut checking beg, lepas terus ke kaunter beli tiket bus. aku 4 org, sepatutnya boleh naik teksi @ van.. tapi nak bagi rasa kat adik2 aku pengalaman naik bas. aku org pertama naik bus, tunggu hampir 20 minit bus baru bergerak.. macam biasa, driver bus akan bawa paling slow yang boleh... siap isi gasoline n hanya melintasi pinggir bandar krabi n akhirnya tiba di aonang jam 9.00 am. sebaik sahaja masuk ke aonang goodwill hotel disambut dengan senyuman meleret org 2 org staf. booking 2 bilik, 1 melalui agoda(RM50/night), 1 lg by thru email(RM60 night). bilik masih belum ready kerana penuh semalam, 1 bilik boleh check in 11.00 am n 1 lg 12.00 pm. apa lagi, terus buat perhitungan menego pakej yg aku plainning utk hari pertama iaitu 7 ISLAND+BBQ. dengan rasa rendah hati pagi tu aku x perlu ke tempat lain kerana pihak hotel bagi 500 baht sorang.. satu lagi perancangan untuk esok hari adalah pakej ELEPHANT TREKKING-EMERLAND POOL-HOT STREAM-TIGER CAVE+lunch) diberi 900 baht. yang ini aku hold dulu..


pintu masuk utama ketibaan international

2 buah nouvo yg berjasa

brekfes+lunch hari pertama
sementara nak check in n memulakan island hoping pada kul 1.30 pm, aku ambil 2 buah moto nouvo(200 baht). isi minyak 50 baht(sebuah lagi minyak dah ada..) dan terus teroka jalan ke arah masjid n makan pertama aku di sini adalah dikedai sblh 7E. makan terus tengahari n skali tapau pulut ayam goreng. balik semula ke hotel utk check in, simpan beg and terus merayap ke arah beach. bermoto sepanjang pantai amat seronok, masih seperti dahulu.. sambil menjeling ke kanan kiri, satu tujuan lagi nak cari kiosk tukaran matawang. nak dijadikan cerita, matawang baht yang tahun lepas ada lebih kurang 7000 baht tertinggal di rumah.. adoossss... terpaksa mencari kiosk yang paling murah.. n akhirnya dapat yang paling murah adalah di BEST RATE EXCHANGE (1001 baht = RM114). nak dijadikan cerita.. memanglah orang krabi memang baik n mudah mesra... tp kali ni aku hadapi pengalaman pertama sepanjang aku travel... ada sorang mamat made in krabi yg keje kat best rate, sombong.. dah la tu, berlagak nak mampoosss.. biasanya kita customer ada hak utk nego rate, dah la x pandang muka, pahtu yg dia tau sebut no, no, nooo... dgn suara yg agak kasar n berlagak.. aku pong apa lg, orang berbudi, kite berbahasa... memanglah murah, tapi kalaulah berlagak, pantang aku.. 


tempat bertekak dengan staf berlagak... datang period kottt

akhir nya aku tukar satu lagi cawangannya kat jalan pantai.. selepas tu, memang target utama apabila sampai di aonang adalah air buah n pancake.. apa lagi, selepas merentasi aonang beach n selepas krabi resort, sasaran utama adalah pancake yaminlah n air buah.. alhamdulillah, sedap seperti dahulu.. oder pancake nutella pisang, nutella chess n nutella kacang.. air buah mango, apple, watermelon n pineapple.. fuhhh, best gilerrr... selesai makan minum n lepak lereng tebing, balik ke hotel untuk berehat sementara menunggu zohor.

pekene air buah n pancake
puashati dapat pancake

makcik yaminlah


slot pertama adalah 7 island, van tepat datang ambil di hotel jam 1.30 pm, tahun ni selesa naik van yang cantik, tahun lepas naik pickup, duduk hujung2.. ngeri... kali ni naik longtail boat.. selesa kali ni cuma 8 org. bergerak ke pranang cave, chicken island, tup island, poda island n lain2... cukup best kali ni.. cuaca amat baik, siap boleh snokeling n climbing.. dinner BBQ di poda island.. akhirnya sebelum balik nengok planktom. sebaik sahaja sampai hotel, terus ambil moto  bergerak ke aonang street untuk cari pakej elephant-emerland-hot stream-tiger cave.. setelah survey sepanjang jalan(sambil tu sempat lepak melihat gelagat pon-pon yang sexy.. akhirnya aku dapat paling murah iaitu 750 baht bermula 8.00 am hingga 5.00 pm. selepas itu pecut terus ke FAMILY MASSAGE, dapat 220 baht utl oil massage(harga normal 250 baht).. relaks 1 jam, sebelum balik hotel, dinner dulu di shareefah halal food. kul 1 am balik, bersih diri, relaks tidoo...




aku


bus airport-aonang beach

aonang goodwiil hotel

7 island

chicken island

emerland pool

pintu masuk EP

night dinner

Tiada ulasan:

Catat Ulasan