welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 20 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak muridku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Isnin, 18 Julai 2016

siem reap

travel: 25 - 28 May 2016

Siem Reap merupakan salah satu bandar utama di Cambodia dengan tarikan utamanya adalah Angkor Wat. Walaupun tidak menyediakan kemudahan seperti bandaraya-bandaraya utama lain di Asia Tenggara, pembangunan bandar ini sebenarnya adalah agak memberangsangkan jika dibandingkan keadaan di sana yang baru sahaja pulih dari pelbagai krisis yang melanda seluruh Cambodia.

Memandangkan pembangunan yang baru sahaja bermula di sini banyak perkara yang boleh anda pelajari dari cara hidup masyarakat tempatan yang masih lagi kuat diselaputi dengan gaya hidup asal mereka. Dibanjiri oleh pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri kemegahan bangunan-bangunan di Angkor, turut membantu masyarakat di sini membangunkan semula kehidupan mereka melalui pelbagai jenis perniagaan dalam memberikan para tetamu ini layanan yang terbaik.

Berbekalkan bangunan lama yang menjadi pusat kerajaan lama suatu masa dahulu, Bandar Siem Reap terus dikunjungi bagi membolehkan orang ramai melihat sendiri tinggalan bersejarah ini. Para pelawat dengan pelbagai latar belakang dan pelbagai tujuan ke sini mengembalikan semula bandar ini sebagai pusat kunjungan orang ramai seperti mana asalnya dahulu.

Walaupun tidak mempunyai tarikan seperti bandar-bandar besar yang lain di Asia Tenggara, Bandar Siem Reap mempunyai pelbagai kemudahan menarik yang membolehkan para pelawat menikmati percutian mereka selama berada di sini. Kemudahan-kemudahan utama seperti pengangkutan, makanan, pusat jualan/pasaraya, aktiviti-aktiviti riadah banyak sekali disediakan di sini dan semakin bertambah dari semasa ke semasa. 

Tanggal 25hb Mei 2016, aku mula menjelajah kota siem reap untuk mengetahui kebenarannya...


ladang teratai

night market-1 dollar 

menunggu sunrise @ angkor wat

sunrise angkor wat

angkor wat




swimming pool hotel

288 boutique villa


cultural village

sunrise




tone sap lake


tuk-tuk with pak maliki



tom rider

killing fields

lembu naik bukit

war museum


hotel di siem reap(RM80/night)



layan jer la gambar...
kalau nak bertanya lebih lanjut, boleh whataspp 0109006090





Tiada ulasan:

Catat Ulasan