welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Ahad, 21 Oktober 2012

catatan di HO CHI MINH-1st day

salam...
dah lama tak mematuk dalam blog... sebelum ini aku, wife dan anak-anak dah jelajah ke thailand, singapore, china, indonesia dan kali ini menerjah pula ke negera yang penuh dengan tinggalan sejarah perang yang pasti akan diingati selamanya oleh semua pelancong yg pertama kali(seperti aku) jejak ke VIETNAM... 

sebenarnya sebelum jejak ke bandaraya ho chi minh, vietnam ini... aku ambil masa +-3 bulan untuk study sebagai persediaan supaya tiada permasalahan yang akan timbul sebelum, semasa dan selepas berada di sana. walaupun ini 1st time, semua persediaan aku urus sendiri... aku memang x suka guna khidmat travel agency... bukan apa, kita x terikat dengan iternarary, bebas bergerak, jimat kos dan paling penting kepuasan. tidak sia-sia aku study saban hari... banyak maklumat berguna dapat melalui forum cari.com.my yang membolehkan aku merancang dengan teratur sepanjang 3H2M di sana. boleh dikatakan semua hotel aku survey untuk dapatkan lokasi dan kemudahan yang pasti hasilannya dapat memuaskan hati.

tanggal 9/10/2012 bermulalah episod aku, wife dan 3 hero(haeqal, danish dan rayyan) dari kemaman menuju ke putrajaya. malam sebelum kejadian, kami menumpang teduh di rumah adik perempuan aku. esokkan seawal jam 4.30 pagi kami mula bergerak ke LCCT dan tiba 20 minit kemudian terus ke parking kereta RM16 sehari(bersebelahan tune hotel). untuk urusan di LCCT tak da masalah pasal aku dah ada check in secara on line. x banyak bagasi cuma satu beg pakaian, satu beg galas dan paling penting sekotak makanan dan minuman utk bekalan di sana(ada maggi cawan, daging goreng sambal, budu, salad, air kotak, roti, tuna dll)... tepat jam 7.05 pagi flight mula berlepas. perjalanan pagi itu cukup tenang dengan cuaca yang agak baik. tepat jam 8.40 pagi(waktu vietnam) kami selamat sampai di tan son nhat international airport.
wife, adik, adik ipar n my heroes @ LCCT
breakfast sebelum naik flight

AK880
airportnya moden tetapi suasana di airport seperti lepas perang... begitu lengang... kami keluar dari terminal dan terus cari teksi. mengikut maklumat, teksi yang boleh di percayai cuma vinasun dan mailinh sahaja kerana guna meter. apabila aku mula mendekati barisan teksi-teksi ada 3-4 orang datang pujuk aku naik teksi... aku pun mula mensurvey harga.. ada yang nak 800,000.00 dong, ada yang letak harga 600,000.00 dong... perghhhh(dalam hati, kau ingat aku bodo ke...) ejen vinasun pelawa aku naik teksi, aku tanya berapa bayarannya... dia cakap meter(4-5 kali ulang perkataan meter) aku cuma nak tau anggaran biasanya berapa harga dari airport ke district 1.. nak buat camner, dia reti speaking.... lastly deal harga aku bersetuju naik VINATAXI(sebelum naik aku bayar dulu dengan harga 150,000.00 dong).
aku..


vinataxi

pancit...
kami naik 7 orang(4 dewasa 3 kanak-kanak... adik dan adik ipar aku ikut sekali). kalau kat malaysia aku tak pernah jumpa brand mpv ni. nak dijadikan cerita, sebaik keluar aje dari bayar parking driver berenti di tepi dan apabila aku turn , rupanya tayar pancit... terpaksa kami menunggu hampir setengah jam utk proses tukar tayar baru. selesai, sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan yang merupakan pengalaman baru di tempat orang.... 


motorsikal roda 3

salah satu jalan

helmet @ topi...

destinasi kami iaitu terus ke hotel penginapan kami untuk 2 malam iaitu di RUBY HOTEL, 185 jalan le thanh ton. sebenarnya ada dua pilihan iaitu ruby dan saigon pink 2, tetapi selepas kajian dijalankan...  hotel ini adalah hasil carian yang terbaik berpandukan maklumat dari internet dari segi kemudahan bilik, lokasi strategik dan berada di jalan utama. sesampainya di hotel, kami terus ke lobi dan sebelum kami buat pengesahan untuk menginap di situ, aku minta kebenaran untuk nengok dulu bilik. aku booking 2 bilik melalui e mail. selepas lihat keadaan bilik sebenar, aku puashati kerana apa yang ada dalam bilik sama seperti dalam internet. aku booking 2 bilik, 1 double room(2 katil besar) dan 1 superior room(1 katil besar) dan bilik bersebelahan... satu tingakt cuma ada dua bilik... untuk makluman, sebenarnya lagi mudah berurusan di sini kerana salah seorang staff rupa-rupanya reti cakap melayu. namanya khanh, sebelum ini dia kerja kat penang selama 8 tahun. cukup mudah di sini, turun semula ke lobi, ambil kunci terus masuk bilik. nengok jam masih awal iaitu 10 pagi, jadi rehat selama 1 jam dan tepat 11 pagi mula lah kami menerjah ke pasar ben thanh. kalau kau orang nak cari hotel, aku suggestkan stay aje di ruby hotel, selain bilik cukup lengkap(katil klasik, tv lcd, freezer, bilik air luas dan ada bath tub) jarak ke pasar ben thanh cuma 15-20 langkah kaki aje dah jejak lantai pasar.....
ruby hotel


posing dalam bilik

belakang pasar ben thanh-ruby hotel seberang jalan...


bilik air

superior room

satu tingkat, 2 bilik sahaja

ruang yang luas
pemandangan jalan le thanh ton dari balkoni bilik
perbandingan harga bilik; family room       superior room

RUBY HOTEL                    40USD              30USD

SAIGON PINK 2                 45USD              32USD



rayyan harraz

simpang ben thanh market

vietnam helmet
menghilangkan dahaga... cuaca panas
sebagai permulaan, kali pertama kami ronda disegenap sudut untuk mencari barang rampasan yang boleh dibawa pulang ke malaysia. selama 3-4 jam berada di dalam pasar, dapatlah orang umah dan adik ipar aku kain pasang VC dan VS, tempah jubah, tempah baju vietnam.... (rugi klau datang sini tak buat terus jubah... pilih kain, ukur, bayar dan 4-5 jam siap terus akan dihantar ke hotel). lebih kurang jam 3 petang, sebelum balik le hotel kami ronda disekitar jalan SP2, new world hotel... sabil jalan-jalan dapat sambar helmet, minum air kelapa(15,000.00 dong sebiji) dan beli buah-buahan. selepas rasa penat kami bergerak balik ke hotel dan bila sampai di hotel baru rasa lapar...dan apa lagi terus buka bekalan dan makan..... jam 5 petang aku keluar semula dengan wife(anak-anak tinggal di bilik-layan cartoon) jalan-jalan disekitar district 1 sambil-sambil cari travel agency pasal plaining nak ke chu chi tunnel keesokkan hari. kami guna khidmat vinasun travel utk trip halfday dengan bayaran selepas aku mintak less dapat 120,000.00 dong/person. sebelah malam kami turun ke pasar malam. tapak pasar malam ada 2 bahagian.. macam-macam ada jual. dapat jugak sambar jersi aku n my heroes, selendang dll).
rayyan sentiasa jadi tumpuan
berlatarbelakang pasar ben thanh

sambar cermin mata. dapat RM7 setiap satu
membelek catalog
kedai tempah jubah n baju vietnam
pisang bakar
buah-buahan
pasar malam
selesai hari pertama...
tunggu cerita hari kedua....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan