welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 24 Oktober 2012

catatan di HO CHI MINH - 2nd day (part l)

salam....
ada sikit masa terluang rasa nak sambung entri aku ke bandarayat saigon yang lepas... walaupung sekarang memang sibuk, sekejap ada meeting, taklimat, kelas tambahan* nak buat macamana... budak aku akan ambil exam SPM tak lama lagi yang akan berlangsung dari 5/11 sehingga 6/12/2012. tapi dalam sesibuk begini, sempat lagi aku booking tiket AA ke BALI utk trip bulan 12... seminggu lepas aku terbooking ke PADANG/BUKT TINGGI.. rezeki anak-anak...

terus kepada cerita hari ke 2, malam tadi tido lena dan kena standby kul 8 pagi untuk trip ke CHU CHI TUNNEL. tepat jam 8, dapat panggilan untuk bergerak ke sana. kelam-kabut dgn anak-anak... ingatkan naik coaster ke sana, tapi 5 minit jer, lepas tu ada transit... naik bas pulak. perjalanan ke sana mengambil masa 1 1/2 jam. sepanjang perjalanan , distu aku menikmati panorama dan terdetik dalam hati, aku bersyukur menjadi seorang rakyat malaysia...
dalam coaster

tokong
stesen minyak

sebelum ke chu chi tunnel, kami rombongan di bawa melawat ke kilang kraftangan yang pekerjanya terdiri daripada generasi  yang secara langsung terlibat dlam peperangan 'agent orange'(kesan sehingga 5 keturunan). kesian tengok insan yang tak bersalah...

di situ selama 1/2 jam dan meneruskan perjalanan.. sepanjang perjalanan tour guide tak berhenti-henti menerangkan sejarah, kehidupan dulu dan kini... sebelum sampai, tour guide siap kutip 90,000 dong seorang untuk tiket masuk. di chu chi tunnel adalah satu pengalaman baru.. di sini kita tahu siapa benar dan siap salah.. siapa hero sebenarnya... di sini kami diberikt taklimat, tayangan video, lawat semua tapak, lubang-lubang terowong, kesan bom dan semuanya berada di di sana selama 2 jam. apa lagi, layan jer gambar...

nasib baik masih slim, kalau tidak x lepas
ramah orgnya...
rugi kalau x masuk
jerangkap samar

lubang bommm
abadi kenangan
belum abis lagi untuk hari ke 2... nanti kalau aku free, sambung lagi..
2nd day-part ll


Tiada ulasan:

Catat Ulasan