welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Jumaat, 30 November 2012

Catatan di HO CHI MINH - 2nd day(Part ll)

salam....
mungkin dah rasa basi nak sambung entry ke ho chi minh yang kejadianya bulan 10... nak buat camner, sibuk memanjang... ni pun free 6 hari, jadi apalagi aku gunakan kesempatan yang ada untuk berkongsi cerita untuk hari kedua kami di saigon....
dalam part l, aku berceloteh pengalaman menerjah chu chi tunnel... dan sambungnya ini adalah menakluki rondaan dengan hanya berjalan kaki selepas minta driver turunkan di remnants war museum selepas balik dari chu chi tunnel... Remnants War Museum adalah tempat ini menyimpan banyak peninggalan perang selama masa penjajahan dan invasi seperti alat-alat penyiksaan dan mesin-mesin perang yang ditinggalkan pasukan Perancis dan USA. tak melepaskan peluang menatap, menginsafi pahit maung penderitaan akibat fenomena peperangan yang tidak adil... betapa kejam dan langsung tak ada rasa bersalah saling bunuh-membunuh, penderaan tanpa batasan dan yang paling menyedihkan ribuan insan yang tidak bersalah menjadi mangsa...AGENT ORANGE memusnahkan segala-galanya.... di situ aku mengambil peluang menimba sejarah yang belum ada penghujungnya...
MUZIUM PENINGGALAN PERANG


selepas 1 jam berada di situ, jam 4 pm kami terus menapak hanya dengan bantuan map yang aku print out dr internet. selepas berjalan 7 minit, kami melalui Reunification Palace. Ini merupakan salah satu ikon Kota Saigon. Apabila Vietnam masih terpecah, bangunan itu merupakan tempat kerja dan kediaman rasmi presiden Vietnam Selatan hingga 30 April 1975. Bangunan yang terletak di tanah seluas 12 hektar itu dikenal sebagai salah satu bangunan termegah dan moden pada dekat 1960-an. Menariknya, istana itu memiliki jaringan terowong dan bunker bawah tanah sebagai tempat perlindungan bagi presiden dari serangan bom. 
Reunification Palace

kami berlegar 5 minit, terus cross jalan menuju ke salah satu mercu tanda negara Vietnam iaitu Notre Dame Cathedral.... Tempat ibadah bagi agama Katolik ini berada tepat di tengah kota Ho Chi Minh. Namun, bagi para pelancong, mercu ini sesuai menjadi latar belakang yang menarik untuk bergambar. 
Notre Dame Cathedral

disebelahnya adalah Central Post Office... tempat kita pun banyak tapi apa yang menarik adalah binaannya. bangunan ini mula dibangun pada 1886 dan siap pada 1891 rekaan arkitek Prancis ternama, Villedieu. Memasuki Pejabat Pos Pusat, para pengunjung boleh melihat dua peta bersejarah. Satu adalah peta "Saigon dan sekitarnya" yang dibuat pada 1892. Peta lain adalah "Jaringan telegram di Vietnam Selatan dan Kemboja" yang dibuat tahun 1936. kami mengambil masa selama 1/2 jam dengan mengabadikan sebagai kenangan nak bagi menyakinkan orang kampung, aku dah sampai di sini... hahahaha...
Central Post Office

selepas puas bergambar, kami terus bergerak melalui jalan yang sesak, panas namun rasa letih hilang apabila disajikan binaan bangunan yang cukup mengagumkan kiri kanan jalan.. sepanjang perjalanan kami tidak melepaskan peluang merakamkan gambar dan seterusnya kami melintasi Opera House. Bangunan klasik ini terletak di Jalan Dong Khoi dan bertentangan dengan Hotel Caravelle. Gedung Opera dibangun pada akhir abad 19. Tempat pertunjukan itu memiliki tiga tingkat dan memiliki 1,800 kerusi bagi penonton. Gaya bangunan ini terhasil dari rekann Perancis dan banyak komponen gedung ini didatangkan dari Perancis. 
Sepanjang perjalanan dari post office, Opera House ke Ruby Hotel


Tepat jam 5.30 pm, kami sampai di Taka Plaza selepas berjalan selama 5 minit melalui jalan le thanh ton. jadi di sini aku mengambil peluang berehat di dalam kedai yang kami tuju iaitu Rohani Collection dan yang paling sibuk adalah wife akulah... boleh tahan memborong di sini... memang murah(kalau bijak menawar)... cth; sepasang baju kurung RM50.00 tapi pasaran di Malaysia lebih kurang RM150-200 sepasang. kebetulan tuan empunya kedai, namanya Hanafi pandai cakap malay(pernah belajar sekolah pondok di Terengganu selama 8 tahun)... boleh tahan duk situ tetapi yang paling best tuan kedai belanja kopi ais(perghhh)... sedar xcsedar keluar plaza dah gelap... tengok jam pukul 6.15 pm.. anak-anak dah penat terus jalan balik ke hotel(x jauh, cuma 3 minit jalan kaki)
Taka Plaza @ Rohani Collection
Night Market
malam kedua sesampai di hotel semua urus diri dan aku ke kedai hjh basiroh utk beli nasi dan lauk pauk bagi santapan malam... berbaloi beli di sini cuma 350K dong berbanding di tempat lain.... selepas selesai urus diri, malam itu aku n wife turun ke pasar malam(heroes duk dalam bilik ajer, layan cartoon).. seperti malam pertama, kami pusing pasar kiri dan kanan dan sempat juga sambar selendang, kain telekung, jersi, topi n cenderamata.... jalan penat-penat, lepak minum sebelum naik ke hotel...


bersambung di lain siaran...

Sabtu, 24 November 2012

boikot israel



Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil & diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa? 

Boikot Israel : Boikot McDonald VS Notis McDonald Malaysia!

Boikot McD Malaysia Boikot Israel : Jom Boikot Produk Buatan Israel Seperti Mcdonald (McD) Malaysia. Setuju @ Tidak?
Adakah kempen boikot produk Israel, boleh pilih-pilih? Setakat boikot McD, kami umpamakan secebis zarah daripada satu tubuh lengkap manusia. pemasaran & promosi yang dijalankan pun KFC sendiri tidak mampu untuk melawan. Jikalau kita fahami sistem ekonomi yahudi, sistem kapitalis dan ekonomi dunia, sangat mustahil. Bahkan tindakan boikot Israel ini secara halusnya mempromosikan lagi produk tersebut, contohnya menjual t-shirt boikot, pelekat boikot.
“Because people are born already married to curiousty”
Boleh tercapai atau tidak objektif kempen boikot Israel iaitu melibatkan produk buatan Israel)? Bukan mahu memperlekehkan, dan bukannya kami melarang sesiapa untuk boikot produk buatan israel. Itu hak & pendirian masing-masing. Tetapi perlu difikirkan secara mendalam disertakan dengan kajian. Bukan sekadar ikut-ikutan. Apabila diberikan promosi burger percuma, berduyun-duyun datang. Erm……mereka lapar agaknya….

Boikot Israel : McDonald Malaysia VS MacDonald Luar Negara

Boikot Macdonald Malaysia Boikot Israel : Jom Boikot Produk Buatan Israel Seperti Mcdonald (McD) Malaysia. Setuju @ Tidak?
Yang penting sekarang kita kena titipkan roh keimanan kepada generasi yang ada. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah. Sentiasa berdoa pada Allah untuk Palestin dan mereka yang senasib dengannya. Hanya Allah sahaja yang layak memberikan balasan perit kepada kaum Zionis LAKNATULLAH ini, dengan itu kita kenalah istiqomah berdoa dengan sangat yakin pada setiap masa.
Masih terngiang-ngiang di telinga kami kata-kata Ustaz Hassan Din yang pernah mengatakan :
Kalau nak anak automatik berpuasa di bulan Ramadan, kita kena ajarkan solat dahulu, sebab kalau anak tu tadi solat tanpa disuruh-suruh, maka dia akan puasa tanpa disuruh, anak yang ada ramai puasa tapi solat entah ke mana, hanya nak dihebohkan bahawa anaknya puasa cukup, dapatlah duit raya banyak. Hakikatnya, ibubapa sendiri tidak bersolat.
Diibaratkan seperti seekor khinzir, memang jelas sudah haram. Tetapi apabila lemak dan asid dijadikan lipstick, dijadikan dakwat printer, jadi kapsul pemutih kulit, boleh sahaja pakai.
Sekali lagi kami tidak pertahankan McD. Tetapi kami memikirkan yang bekerja itu, pembekal untuk semua cawangan McDonald di Malaysia. Bukankah itu semua memerlukan pekerja yang terdiri daripada kalangan anak-anak kita semua? Jikalau pun nak boikot Israel terutamanya melibatkan produk buatan Israel, mengapa hanya McD sahaja yang menjadi sasaran. Nak mulakan kempen boikot kena konsisten. Jangan ambil sikit-sikit. Bagaimana pula dengan produk Nestle, Milo tak nak boikot sama?
  • Sepatutnya, McDonald itu sendiri tidak dibenarkan dibuka di Malaysia sejak daripada awal lagi? Bukankah itu lebih baik? Kita mempunyai kuasa untuk melakukannya.
  • Kita bersusah payah untuk boikot produk McDonald yang sudah beratus-ratus cawangan di Malaysia. Sedangkan kita mempnyai jalan yang mudah untuk tidak membenarkan MacDonald dibuka di Malaysia? Bukankah lebih mudah begitu?
  • Tetapi persoalannya sanggupkah Malaysia bertindak sebegitu?
Hakikatnya, Palestin hanya akan dibebaskan dengan peperangan fizikal dan peperangan spiritual, sehingga keluarnya lagi  seperti pemimpin agung pembebas Baitul Muqaddis terdahulu, iaitu Salahuddin Al Ayubi. Umat Islam solat Subuh seramai solat jumaat di masjid-masjid. Sampai sekarang pun umat Islam masih tak bersatu. Apabila sudah bersatu maka akan bebaslah Palestin dari cengkaman, Palestin ni adalah kisah benar dan kisah simbolik tahap kesatuan umat islam seluruh dunia.
P/S : Palestin terus diperkotak-katikkan dengan negara haram Israel sejak dari tahun 1940 an lagi. Jikalau betul boikot Israel berlaku dikalangan semua orang Islam, sudah lama tumbang Israel. Tetapi apa yang berlaku sekarang? Di mana hasilnya?

Khamis, 22 November 2012

trip 2 LANGKAWI

salam smue....
dah lama tak mematuk.... baru2 lps tanggal 15 - 18 NOVEMBER 2012, aku n 13 org member satu skolah telah menyelesaikan rencana yg telah dirancang dlm tempoh terdekat iaitu konvoi ke langkawi yang melibatkan 14 buah kenderaan untuk memenuhi program berkeluarga tahun 2012... antaranya estima, wish, innova, avanza, unser, exora, chery eastar dan juga wira berjaya merentasi banjaran titiwangsa yang memakan jarak perjalanan pergi/bali sejauh 1400KM bermula kemaman-k.brang-besut-machang-t/merah-jeli-tasik banding-gerik-sik-jeniang-gurun dan seterusnya penamat di kuala perlis. syabas kepada smue kerana berjaya pergi/balik dengan selamat walaupun ada juga berlaku kesulitan... banyak kenangan yang pasti akan disebut dan dingati sampai bila-bila.... bravo KELAB GURU & STAFF SM VOKASIONAL KEMAMAN... insyaALLAH tahun depan aku akan rancang trip terjah ke CAMERON HHIGLANDS... aku malas nak crite byk2... layan jer gambar