welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Selasa, 12 November 2013

BEL AIRE RESORT, PHUKET

sekiranya anda berhajat kunjung ke phuket dan mencari penginapan di patong beach, resort ini sepatutnya menjadi pilihan anda... kedudukan boleh dikatakan strategik dari sudut lokasi, kemudahan dan keseronokkan. fasiliti bilik cukup memuaskan, bilik besar, bilik air besar, suasana yang begitu mendamaikan selain berbaloi untuk nilai wang anda. kami menginap 2 malam cuma RM180 beserta breakfast. penarafan resort 3 bintang menjadikan resort ini sesuai untuk segenap lapisan kaum...

jarak;
PATONG BEACH - 0.4KM
BANG LA ROAD - 0.5KM
JUNCLEYLON MALL - 0.5KM
KUSUMA SEAFOOD - 0.3KM
100 T SHIRT SHOP - 0.1KM






Sabtu, 9 November 2013

JJCM @ PHUKET 2013

perghhh, memang menyengat dan berbaloi makan di PANTAI PATONG, PHUKET. Kami travel awal november 2013 n tujuan utama nak merasai kesedapan makan di tempat orang....

JUNCLEYON MALL
medan selera bawah mall, kami lunch di ISLAMTAI BANGLA 600 baht
EXTERIOR



KUSUMA SEAFOOD
inilah gerai makan yang dicari oleh rakyat Malaysia kalau stay di Patong Beach. kami skali cari dah jumpa, milik rakyat Malaysia, asala Besut dan berkahwin dgn org sana...
dinner malam pertama 810 baht
dinner malam kedua 1100 baht
 kos makan di phuket memang mahal sekali ganda lebih berbanding di tempat kita... tetapi yang penting puashati...






LOKASI KUSUMA SEAFOOD
dihadapan Siam Commercial Bank




Jumaat, 25 Oktober 2013

BAJET 2014

Datuk Seri Najib Razak mula membentangkan bajet kelimanya di Dewan Rakyat sebentar tadi.
Perdana menteri memulakan ucapannya dengan ungkapan suci Bismillahirrahmanirrahim.
Beliau berkata: “Dipetik dengan penuh iktibar sepotong firman Allah dari Surah Al-Qasas, ayat ke-77, mafhumnya:
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada keperluan di dunia dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu yakni di atas pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah”.
Tambahnya, pujangga pula sering bermadah, bahawa: “Berpadu ialah satu permulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resepi kejayaan”.
The Malaysian Insider melaporkan pengumuman penting Bajet 2014 seperti berikut:
• Bajet 2014 bertema “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji
• Lima teras utama digariskan iaitu Merancak Aktiviti Ekonomi Teras Bajet; Mengukuh Pengurusan Fiskal Teras Bajet; Mengunggul Modal Insan Teras Bajet; Mempergiat Pembangunan Bandar dan Luar Bandar Teras Bajet; dan Mensejahtera Kehidupan Rakyat
• Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.
•  Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.
•  Eksport barangan diunjur berkembang  2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang  9.6 peratus.
• Pendapatan per kapita pada  2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
•  Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.
• Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
• Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
• Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
• Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.
• Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
• Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
• Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
• Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
• Projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.
• Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
• Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
• Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
• Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
• Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
• Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.
• Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
• Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
• Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.
• Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.
• Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.
• Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
• Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.
• Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
• Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.
• Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
• Kerajaan mencadangkan tempoh permohonan galakan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan dilanjutkan selama 3 tahun sehingga 31 Disember 2016.
• Menyediakan Tabung Khas Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM2 bilion bagi membiayai projek infrstruktur pelancongan.
• Fasa kedua projek ‘High Speed Broad Band’ (HSBB) dengan kos pelaburan RM1.8 bilion dan  kelajuan Internet mencapai 10 megabits sesaat untuk dimanfaat 2.8 juta isi rumah di seluruh negara.
• 1,000 menara pemancar komunikasi dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion untuk meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar.
• Kabel dasar laut yang baharu dipasang dalam tempoh 3 tahun dengan kos RM850 juta untuk tingkat capaian Internet di Sabah dan Sarawak.
• Kerajaan bercadang tingkatkan sumbangan dalam Skim Persaraan 1Malaysia daripada 5% kepada 10 peratus, iaitu daripada jumlah minimum RM60 kepada RM120 setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 sehingga akhir 2017.
• Insentif RM500 sekali bayar kepada pencarum Skim Persaraan Swasta yang mempunyai pelaburan minimum terkumpul RM1,000 dalam tempoh setahun, berkuatkuasa 1 Jan 2014 bagi tempoh 5 tahun.
• RM6 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan program pertanian mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil.
• RM2.4 bilion bantuan subsidi dan insentif merangkumi subsidi baja, benih, pengeluaran padi, harga beras serta insentif hasil tangkapan nelayan.
• Peruntukan RM243 juta bagi pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta program ladang hutan.
• RM634 juta diperuntukkan di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara bagi meningkat produktiviti serta menghasilkan produk pertanian yang mempunyai permintaan tinggi.
• Kerajaan akan melaksanakan projek ternakan udang kara di Semporna, Sabah yang dapat mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan dan membantu lebih 6,000 pengusaha tempatan.
• Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus. 
• Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
• Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
• Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.
• Kerajaan mensasarkan 5,000 usahawan muda dilatih setiap tahun. 
• Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 November, 2013.
• Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.
• Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
• Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.
• Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.
• Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Januari, 2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan. 
• Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
• Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).
• Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.
• Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2014.
• Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar. 
• Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
• Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
• GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
• Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.
• GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.
• Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.
• Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isi rumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula.
• Dana pinjaman berjumlah RM50 juta diperuntukkan di bawah Tabung Usahawan Siswazah menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 4% bagi mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.
• Bagi menggalakkan pematuhan Dasar Gaji Minimum, kerajaan cadang beri potongan cukai tambahan kepada majikan untuk bayaran perbezaan gaji yang ditanggung pada 2014.
• Pembayar cukai yang membuat potongan cukai bulanan (PCB) tidak perlu kemuka borang nyata cukai pendapatan jika berpuas hati PCB adalah dianggap cukai muktamad, berkuatkuasa tahun taksiran 2014.
• Kaedah pemberian subsidi distruktur semula secara berperingkat. Hasil penjimatan subsidi akan diberi secara terus dalam bantuan tunai dan sebahagiannya digunakan untuk menampung pembiayaan projek pembangunan.
• Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.
• Kerajaan akan menyediakan kit rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) yang bernilai RM19,000 seunit secara percuma kepada pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir untuk membuat rawatan sendiri di rumah.
• Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi melebar dan mendalamkan Sungai Bertam di Cameron Highlands.
• Kerajaan akan memberi galakan Elaun Cukai Pelaburan ke atas pembelian peralatan teknologi hijau dan pengecualian cukai pendapatan ke atas penggunaan perkhidmatan serta sistem teknologi maklumat.
• Yayasan Hijau Malaysia akan ditubuhkan dengan  geran pelancaran sebanyak RM15 juta sebagai dana permulaan.
• Kerajaan dan sektor swasta akan membina 223,000 unit rumah dengan harga berpatutan tahun depan.
• Daripada jumlah itu, 16,473 unit rumah akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan RM578 juta.
• JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta.
• Rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.
• 80,000 lagi unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
• Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 26,122 unit rumah yang meliputi 15,122 unit Rumah Mampu Milik; 3,000 unit Rumah Idaman Rakyat dan 8,000 Rumah Mesra Rakyat (RMM).
• Kategori baharu RMM diperkenal dengan harga jualan antara RM45,000 hingga RM65,000 selain memberi subsidi antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit.
• Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau MyHome diperkenal yang menawarkan subsidi RM30,000 seunit kepada setiap pemaju.
• Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
• BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
• Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000.
• Kadar cukai pendapatan korporat akan dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus.
• Kadar cukai pendapatan bagi PKS akan dikurangkan sebanyak 1 mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus daripada tahun taksiran 2016.
• Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan sebanyak 1 hingga 2 mata peratusan daripada tahun taksiran 2015.
• Yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai dibenarkan sebagai potongan cukai daripada tahun taksiran 2015.
• Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberikan Elaun Modal Dipercepat sehingga tahun taksiran 2016.
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500. Bonus akan dibayar pada Januari 2014.
• Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai.
• Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.
• Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.
• Langkah-langkah ini akan berkuatkuasa mulai 2015.
• RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada Bajet 2014 diperuntukkan untuk melonjakkan pencapaian tahap akademik dan kemahiran yang tinggi. RM831 juta diperuntukkan untuk membina 33 sekolah baru dan menaik taraf sekolah sedia ada.
• Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelanggaraan Sekolah terima tambahan dana RM450 juta.
• Bagi memperkasa pendidikan tertiari, RM600 juta diperuntukkan sebagai geran penyelidikan di institusi pengajian tinggi awam dan RM110 juta diperuntukkan untuk teruskan program MyBrain15.
• Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia sedia peruntukan RM400 juta untuk syarikat berdaftar melatih pekerja meningkatkan kemahiran dan melatih bakal pekerja.
• Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah serta Baucar Buku 1Malaysia RM250 kepada penuntut pra-universiti dan institusi pengajian tinggi, yang masing-masing melibatkan peruntukan RM540 juta dan RM325 juta, diteruskan.
• RM130 juta diperuntukkan bagi subsidi pengangkutan udara luar bandar terutama bagi penduduk pedalaman Sabah dan Sarawak; dan RM52.9 juta untuk teruskan subsidi perkhidmatan keretapi di laluan Wilayah Timur, iaitu Pahang dan Kelantan beri manfaat 600,000 pengguna.
• Kerajaan akan membina dan menaik taraf empangan serta loji rawatan air terawat dengan peruntukan RM1.2 bilion.

Selasa, 23 Julai 2013

BONUS RAYA 2013; 500 penjawat & 250 pesara!!!


Bonus raya 2013 : Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tiada angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat ________________ 

Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam. Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. 

Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja. Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013 

Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya : 

Kakitangan Awam : RM500 
Pesara Kerajaan : RM250 

Pengumuman Bonus Raya 2013 Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013 Hari : Rabu Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) 

Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak. Berita Semasa dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.

Jadi, sama-samalah kita tunggu.

dari sumber BERITATERKINI

Sabtu, 29 Jun 2013

RUMAH UNTUK DIJUAL - SEMI D @ BENUT









Salam 1Malaysia…rumah semi-D(international lot) ini terletak dilaluan utama benut-pontian. Rumah ini mempunyai rekabentuk terkini dan telah dibuat pengubahsuaian dalaman dan luaran. Dilengkapi dengan barang/kelengkapan yang baru sediada di dalam rumah spt kitchen cabinet, air cond, water heater dll. Amat sesuai kepada pembeli berkeluarga, berdekatan dengan Bandar Benut dan MRSM.

SPESIFIKASI;
- keluasan lantai; 2110 sq ft
- keluasan tanah; 3200 sq ft
- mempunyai ruang tamu, ruang keluarga, rumah makan, dapur, terrace, porch,
  4 bilik tidur, 3 bilik air, bilik stor dan terrace
- kemasan siling kapur, cornice dan arc untuk setiap ruang dalaman dan
  luaran(dome-ruang tamu dan keluarga).
- kemasan warna dinding rumah berbeza mengikut ruang.
- kemasan jubin seramik(16") untuk semua ruang dalaman, porch, terrace dan
  kaki 5
- grill wrought iron(personel idea) untuk semua tingkap, pintu, sliding dan
  pintu pagar.
- pengubahsuaian dining hall.
- penambahan terrace(10X13")
- penambahan dapur(10X33")
- fully carbinet(atas bawah sepanjang 14")
- pagar konkrit
- 10 unit kipas siling
- 02 water heater
- dapur hob dan hood
- 03 air cond split unit

LOKASI;
taman sanglang jaya, ayer baloi, pontian, johor
15KM ke pontian, 5KM ke benut, 4KM ke MRSM dan 0,7KM ke pekan sanglang.

HARGA;
RM465K-boleh dirunding

kepada yang berminat, sila hubungi untuk pertanyaan/temujanji;


010-9006090

saya pemilik sebenar rumah, bukan ejen..














last edit: 10 JULY 2017




Selasa, 25 Jun 2013

CaTaTaN @ JOGJA (YOGYAKARTA) - part 2

Assalamualaikum...
Sebenarnya memang cukup malas nak update cerita bersantai di negara orang ni... bab menaip memang failed, tetapi bila difikirkan... menjadi satu kerugian sekiranya sesuatu yang sudah kita rasai, tidak berkongsi dengan orang lain.
Ini sambungan kisah perjalanan menerjah ke JOGJA - part 1 http://cgumizan.blogspot.com/2013/06/catatan-jogja-yogyakarta-indonesia-part.html . Untuk perjalanan hari kedua akan bermula seawal jam 5.00 pagi. Apalagi bangun pukul 4.00 pagi, mandi, solat subuh bersiap dan terus tunggu di lobby hotel. Tepat jam 5.00 pagi, tour guide datang menjemput kami... trip kami seramai 9 orang pelancong(termasuk aku n wife... yang lain semua mat n minah saleh...) bergerak dalam keheningan awal pagi sambil layan suasana bandar n kampung... kejap sedar, kejap terlelap... akhirnya selama 1 jam perjalanan sampai lah group kami ke Candi Borobudur... semua tiket telah diuruskan, sebelum masuk disediakan welcome drink kepada kami pelancong... disamping itu juga kami boleh mengambil mineral water(FOC)... orang lain ambil sebotol seorang, aku berlebih-lebih botol... diorang x marah pong. 
Akhirnya tercapai juga hasrat aku n wife dapat melihat dan merasai secara real sebuah candi yang cukup besar...










CANDI BOROBUDUR
Mahakarya Arsitektur Abad ke-9

Jauh sebelum Angkor Wat berdiri di Kamboja dan katedral-katedral agung ada di Eropa, Candi Borobudur telah berdiri dengan gagah di tanah Jawa. Bangunan yang disebut UNESCO sebagai monumen dan kompleks stupa termegah serta terbesar di dunia ini ramai dikunjungi oleh peziarah pada pertengahan abad ke-9 hingga awal abad ke-11. Umat Buddha yang ingin mendapatkan pencerahan berduyun-duyun datang dari India, Kamboja, Tibet, dan China. Tidak hanya megah dan besar, dinding Candi Borobudur dipenuhi pahatan 2672 panel relief yang jika disusun berjajar akan mencapai panjang 6 km! Hal ini dipuji sebagai ansambel relief Buddha terbesar dan terlengkap di dunia, tak tertandingi dalam nilai seni.
Relief yang terpahat di dinding candi terbagi menjadi 4 kisah utama yakni Karmawibangga, Lalita Wistara, Jataka dan Awadana, serta Gandawyuda. Selain mengisahkan tentang perjalanan hidup Sang Buddha dan ajaran-ajarannya, relief tersebut juga merekam kemajuan masyarakat Jawa pada masa itu. Bukti bahwa nenek moyang Bangsa Indonesia adalah pelaut yang ulung dan tangguh dapat dilihat pada 10 relief kapal yang ada. Salah satu relief kapal dijadikan model dalam membuat replika kapal yang digunakan untuk mengarungi The Cinnamon Route dari Jawa hingga benua Afrika. Saat ini replika kapal yang disebut sebagai Kapal Borobudur itu disimpan di Museum Kapal Samudraraksa.
Berdasarkan prasasti Kayumwungan yang bertanggal 26 Mei 824, Candi Borobudur dibangun oleh Raja Samaratungga antara abad ke-8 hingga abad ke-9, berbarengan dengan Candi Mendut dan Candi Pawon. Proses pembangunan berlangsung selama 75 tahun di bawah kepemimpinan arsitek Gunadarma. Meski belum mengenal komputer dan peralatan canggih lainnya, Gunadarma mampu menerapkan sisteminterlock dalam pembangunan candi. Sebanyak 60.000 meter kubik batu andesit yang berjumlah 2.000.000 balok batu yang diusung dari Sungai Elo dan Progo dipahat dan dirangkai menjadi puzzle raksasa yang menutupi sebuah bukit kecil hingga terbentuk Candi Borobudur.


Setelah melilau dan berposing-posing dikeseluruhan candi selama 2 jam, kami akan dibawa pula melawat ke candi Prambanan... layan...










Prambanan, Candi Hindu Tercantik di Dunia

Candi Prambanan adalah bangunan luar biasa cantik yang dibangun di abad ke-10 pada masa pemerintahan dua raja, Rakai Pikatan dan Rakai Balitung. Menjulang setinggi 47 meter (5 meter lebih tinggi dari Candi Borobudur), berdirinya candi ini telah memenuhi keinginan pembuatnya, menunjukkan kejayaan Hindu di tanah Jawa. Candi ini terletak 17 kilometer dari pusat kota Yogyakarta, di tengah area yang kini dibangun taman indah.
Ada sebuah legenda yang selalu diceritakan masyarakat Jawa tentang candi ini. Alkisah, lelaki bernama Bandung Bondowoso mencintai Roro Jonggrang. Karena tak mencintai, Jonggrang meminta Bondowoso membuat candi dengan 1000 arca dalam semalam. Permintaan itu hampir terpenuhi sebelum Jonggrang meminta warga desa menumbuk padi dan membuat api besar agar terbentuk suasana seperti pagi hari. Bondowoso yang baru dapat membuat 999 arca kemudian mengutuk Jonggrang menjadi arca yang ke-1000 karena merasa dicurangi.





Selepas selesai, kami dihantar pulang balik ke hotel(SUMMER SEASON BOUTIQUE HOTEL). Setelah lunch, kami kembali berjalan-jalan di sekitar jalan malioboro. Kali ini kami meronda lagi dengan menaiki becak melawat dan bergambar ke beberapa tempat menarik iaitu muzium,  alun-alun kidul, taman sari, suhardi batik, toko wayang kulit dan beberapa tempat lagi. Kali ini puashati meronda selama 3 jam dengan kadar bayaran sebanyak Rp50K. Sebelum balik ke hotel, kami sempat berkunjung ke pasar beringharjo. Sebelah malam, malas nak keluar, layan cerita kat bilik aje....















bersambung dilain siaran.... tunggu part 3.