UCAPTAMA DARI PRESIDEN CEC - MALAM GALA
(15 DIS 2012)
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…..
TERIMA KASIH SAUDARA PENGACARA
MAJLIS
YANG BERBAHAGIA, YANG BERUSAHA…
(VVIP,VIP)
SUK,TTI,TOURISME,POLIS,MEDIA,AJKMT,AJK PELAKSANA DSB…
SETERUSNYA
RAKAN-RAKAN PEMILIK2 MPV CHERY EASTAR CLUB DAN PARA HADIRIN YANG DIRAIKAN
SEKELIAN…
MELATI
KUNTUM TUMBUH MELATA,
SAYANG MERBAH DI POHON CEMARA;
ASSALAMMUALAIKUM MULANYA KATA,
SAYA SEMBAH PEMBUKA BICARA…
SAYANG MERBAH DI POHON CEMARA;
ASSALAMMUALAIKUM MULANYA KATA,
SAYA SEMBAH PEMBUKA BICARA…
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH
,SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1MALAYSIA.
ALHAMDULILLAH HIROBIL
ALAMIN, WASSOLLATU, WASSOLLAMU ALA ASYARAFIL ANBIYA IWAL MURSALIN WAALA ALIHI
WASOHBIHI AJMAIN.
SEGALA PUJIAN BAGI ALLAH S.W.T. DENGAN KELAPANGAN DAN KEIZINAN-NYA
JUA, KITA SEKALI LAGI DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MENJAYAKAN PROGRAM PERHIMPUNAN TAHUNAN PEMILIK-PEMILIK
MPV CHERY EASTAR UNTUK KALI KE-3
BAGI TAHUN 2012. BERSAMA-SAMALAH KITA MEMANJATKAN KESYUKURAN DENGAN KURNIANYA
DIATAS SEGALA LIMPAHAN KENIKMATAN YANG DIBERIKAN INI.
KAMI, SELURUH AHLI-AHLI BERDAFTAR CEC DAN BAGI DIRI SAYA
SENDIRI SELAKU PRESIDEN CHERY EASTAR CLUB , INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN
MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK KERAJAAN NEGERI TERUTAMA SUK DAN TOURISM
TERENGGANU, PIHAK PENAJA, PIHAK POLIS, MEDIA DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG, DIATAS KESUDIAN BERSAMA BAGI MENYERIKAN LAGI PROGRAM PADA MALAM INI.
PARA HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,
PENERAPAN DARIPADA SALAH SATU MEKANISMA 1MALAYSIA ADALAH DI
MANA MASYARAKAT BERBILANG KAUM PERLU DISATUKAN, KAMI DI CEC MENGAMBIL
KESEMPATAN INI MENDASARI OBJEKTIF
1MALAYSIA DI MANA AHLI-AHLI CEC SENDIRI DARI PELBAGAI KAUM, PELBAGAI
LATAR BELAKANG SETERUSNYA MENJADI KELOMPOK BESAR BERSAMA-SAMA MENYAHUT CABARAN DEMI MENCAPAI
OBJEKTIF DISASARKAN.
IMBAUAN DARI PROGRAM INI BERMULA CEOAG2010 DI KUANTAN
PAHANG, DIIKUTI CEOAG2011 DI SUNGAI PETANI KEDAH. KAMI TELAH MELALUI
PENINGKATAN DENGAN JAYANYA, SALAH SATUNYA ADALAH MENCIPTA REKOD ‘THE LONGEST MPV SINGLE MADE’ DARI
PUTRAJAYA KE SUNGAI PETANI YANG DISERTAI 147 BUAH MPV CHERY EASTAR SEJAUH
397.2KM DAN TELAH DIIKTIRAF OLEH THE MALAYSIA BOOK OF RECORD. DALAM SUASANA
PENUH CERIA DAN HARMONI DISERTAI KELOMPOK KELUARGA YANG BESAR KAMI JUGA BERJAYA
MENJALIN HUBUNGAN SILATURAHIM SERTA MEMUPUK SEMANGAT SETIAKAWAN DAN
KEKELUARGAAN DALAM KALANGAN KAMI YANG TERDIRI DARI SERATA NEGERI DI SEMENANJUNG
DAN JUGA SABAH DAN SARAWAK.
BERBEZA DENGAN OBJEKTIF PADA TAHUN LALU, TAHUN 2012 KAMI
MEMILIH NEGERI TERENGGANU YANG BERTEMAKAN ‘NEGERI
CANTIK, BUDAYA MENARIK‘ SETERUSNYA DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SEMPENA TAHUN
MELAWAT TERENGGANU (TMT) TAHUN 2013. SELARAS DENGAN PROGRAM KELAB CHERY EASTAR,
KAMI MENGAMBIL PENDEKATAN DAN INISIATIF MEMBANTU KERAJAAN NEGERI SELAKU DUTA
KECIL BERGANDING BAHU BERSAMA SAMA KERAJAAN NEGERI DAN TOURISM TERENGGANU
MEMPROMOSIKAN TAHUN MELAWAT TERENGGANU UNTUK TAHUN 2013.
SEHUBUNGAN ITU, KERAJAAN NEGERI AKAN MEMPERKASAKAN USAHA
UNTUK MELONJAKKAN SEKTOR PELANCONGAN
NEGERI BAGI MEMASTIKAN SASARAN KIRA-KIRA 4 JUTA PELANCONG MENGUNJUNGI NEGERI
INI SEMPENA TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013 TERCAPAI.SEJAJAR DENGAN HALA TUJU
KERAJAAN NEGERI MENSASARKAN PENINGKATAN
PELANCONG DAN TURUT MENEKANKAN DUA STRATEGI UTAMA IAITU MEMPERKASAKAN PRODUK
PELANCONGAN DAN MERAKYATKAN PELANCONGAN.
PERANCANGAN KERAJAAN MELALUI PROGRAM PROMOSI BESAR-BESARAN,
DIDALAM MAHUPUN LUAR NEGARA YANG LEBIH FOKUS DENGAN MENGENAL PASTI SEGMEN
PASARAN KHUSUS YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA DESTINASI SERTA PRODUK PELANCONGAN
TERENGGANU MELALUI TOURISM MALAYSIA.PENDEKATAN INI LAH YANG TELAH KAMI AMBIL
SEBAGAI OBJEKTIF PROGRAM PERHIMPUNAN TAHUN INI DENGAN KOLABORASI BERSAMA
TOURISM MALAYSIA TERENGGANU UNTUK MEMPROMOSIKAN DAN MENGENALI TERENGGANU DENGAN
LEBIH DEKAT SERTA MENIDAKKAN TANGGAPAN NEGATIF DARI ORANG RAMAI YANG KURANG
BERKUNJUNG KE PANTAI TIMUR KETIKA AKHIR TAHUN.
SEPERTI YANG KITA SEMUA KETAHUI, NEGERI TERENGGANU INI BERADA
DI LOKASI STRATEGIK YANG MENGHADAP LAUT CHINA SELATAN MENJADIKANNYA SALAH SATU
PUSAT PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN SELAIN MEMPUNYAI DESTINASI KEPULAUAN YANG
MENARIK YANG DIKOMERSIALKAN MENJADI PUSAT PELANCONGAN TERKENAL.
SELARAS DENGAN PROGRAM PERHIMPUNAN TAHUNAN CHERY EASTAR CLUB,
NEGERI TERENGGANU ADALAH TEMPAT YANG PERLU KAMI KUNJUNGI DISAMPING MEMENUHI
KEHENDAK PESERTA-PESERTA YANG SEMEMANGNYA MAHUKAN DESTINASI YANG MENARIK
SETERUSNYA MEMENUHI CITARASA PERCUTIAN MEREKA.
BAGI MENCAPAI SASARAN OBJEKTIF INI, KAMI JUGA AKAN MELAKUKAN
PROMOSI DENGAN MENGUNJUNGI DESTINASI
PELANCONGAN YANG TERDAPAT DI NEGERI TERENGGANU INI SEPERTI TAMAN TAMADUN ISLAM,
MUZIUM NEGERI, PULAU WARISAN, BAZAR WARISAN, PASAR PAYANG DAN JUGA MELALUI IKLAN BERGERAK MENERUSI
KONVOI PESERTA YANG DATANG DARI SEGENAP PELOSOK NEGARA AM NYA MASYARAKAT LUAR
TERENGGANU. SECARA TIDAK LANGSUNG MENYAMPAIKAN KESEDARAN UMUM MELALUI MEDIA
YANG BERKAITAN PELANCONGAN DI TERENGGANU TERUTAMANYA DI MUSIM TENGKUJUH.
PARA HADIRIN YANG DIRAHMATI SEKALIAN,
SELAIN DARI AKTIVITI PERMOTORAN, CHERY EASTAR CLUB JUGA
BERKONGSI KESEDARAN TANGGUNGJAWAB KEPADA AHLI-AHLINYA DAN MASYARAKAT SERTA ALAM
SEKITAR MELALUI AKTIVITI-AKTIVITI CSR DAN RIADAH SETERUSNYA MEMUPUK SEMANGAT
KEKELUARGAAN SERTA MENJALIN SILATURAHIM,BERKONGSI ADAT RESAM, BUDAYA, TRADISI, SEJARAH
DAN FAKTA JUGA BERKONGSI PENGETAHUAN ISU-ISU SEMASA SERTA KEMPEN-KEMPEN
KERAJAAN DAPAT DIKONGSIKAN BERSAMA.
BAGI TUJUAN ITU JUGA , CHERY EASTAR CLUB SEBENARNYA SEDIKIT
SEBANYAK TELAH MENYUMBANG KE ARAH USAHA
MENGGUNAKAN PLATFORM TERSEBUT SECARA TIDAK LANGSUNG MENONJOLKAN IMEJ
PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU.
OLEH YANG DEMIKIAN, KAMI DI CHERY EASTAR CLUB AMAT BERBESAR
HATI, BERHARAP DAN MENGALUKAN KOLABORASI BERSAMA SETERUSNYA MENGUKUHKAN JALINAN
ANTARA KAMI UNTUK MENGADAKAN PROGRAM-PROGRAM PADA MASA AKAN DATANG DENGAN
JAYANYA.
DI KESEMPATAN INI, SAYA SEKALI LAGI INGIN MERAKAMKAN
PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH YANG
TAK TERHINGGA KAMI KEPADA KERAJAAN NEGERI DAN TOURISM TERENGGANU, PIHAK MEDIA, PIHAK
POLIS DAN PIHAK PENAJA DENGAN SOKONGAN DAN KERJASAMA YANG DIBERIKAN AMATLAH
KAMI HARGAI.
DI SINI JUGA SAYA MENGAMBIL PELUANG UNTUK MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI
TAHNIAH KEPADA BARISAN AJK PELAKSANA CEOAG12 YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PROGRAM
TAHUNAN KALI KE-3 INI DENGAN BERJAYA SEKALI.
DAN AKHIR SEKALI, TERIMA KASIH KEPADA AHLI-AHLI BERDAFTAR CHERY
EASTAR CLUB DIATAS SOKONGAN ANDA, ANDA SEMUA ADALAH PENENTU HALA TUJU DAN KEJAYAAN
CHERY EASTAR CLUB.
TANAM LENGGUN
TUMBUH KELAPA
TERBIT BUNGA PUCUK MATI
BUDI TUAN SAYA TAK LUPA
SUDAH TERPAKU DI DALAM HATI
TERBIT BUNGA PUCUK MATI
BUDI TUAN SAYA TAK LUPA
SUDAH TERPAKU DI DALAM HATI
TENANG-TENANG
AIR LAUT
SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT
BUDI BAIK RASA NAK JUNJUNG
SAMPAN KOLEK MUDIK KE TANJUNG
HATI TERKENANG MULUT MENYEBUT
BUDI BAIK RASA NAK JUNJUNG
BUNGA
DEDAP DI ATAS PARA,
ANAK DUSUN PASANG PELITA,
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA.
KALAU TERSILAP TUTUR BICARA,
JEMARI DISUSUN MAAF DIPINTA.
WABILLAHI
TAUFIK WALHIDAYAH WASSALAMUALIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKTUH.
SEKIAN
TERIMA KASIH
Teks disediakan oleh; HASMIZAN... 11 DISEMBER 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan