welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Jumaat, 4 Januari 2013

CaTaTaN di BALI - part lll

Untuk hari pertama, kami tak merancang untuk memenatkan badan pergi ke tempat wisata, just free n easy. maklumlah bertolak awal pagi, pah tu duduk dalam flight 3 jam... kesudahannya memang badan penat giler. selepas selesai lunch, dudong bawa kami terus ke hotel penginapan iaitu FAVE HOTEL KUTA SQUARE. kepada anda yang ingin menempah hotel ini, jangan tersalah tempat udah leee... Fave hotel ada satu lagi di kuta iaitu fave hotel bypass... kedudukan nya jauh dari pantai. aku pong buat survey hotel hampir sebulan... akhirnya bila dah sampai di situ, cukup puashati dari segi prasarana dan logistik... perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa selama 15 minit. sepanjang perjalanan aku lihat bersepah mat dan minah saleh, maklumlah bali terkenal dengan keindahan pantai. bila dah sampai, urusan check in tiada masalah pasal aku dah booking direct online.. ada diskaun 10% include brekfes. seperti biasa, pasti mintak passport dan hotel buat copy utk rekod. asalnya staff yang asyik senyum, bagi tingkat 3, pah tu aku mintak tingkat paling tinggi... berehhh, dapat tingkat 6...


jalan disepanjang perjalanan dari airport ke FAVE HOTEL; jalan kartika plaza
program petang ini adalah kami ke pantai kuta. jarak berjalan kaki dari hotel ke pantai cuma 250 meter dan melalui jalan pantai kuta. cukup ramai pelancong dari segenap negara dan juga penduduk tempatan yang bersiar-siar, berjemur dan yang paling aku seronok lihat adalah xtvt bisnes. bermcam-macam cara diaorang mencari nafkah. ada jual tikar, gelang manik, aiskrim, massage dan lain-lain... itulah kehidupan. selepas wife aku tergoda dengan belian gelang dan massage(selepas dipujuk rayu bercampur kesian...) kami pong bersiar-siar disepanjang jalan legian. kami sekeluarga memang tak kesah jalan jauh mana pong, pasal dah biasa... org kata, jauh berjalan, luas pemandangan, jimat pembelanjaan...hahaha apabila harti dah semakin gelap, kami pong pulang ke hotel dan shopping KFC sebagai juadah makan malam... 

TUNE HOTEL bersebelahan FAVE HOTEL

Pantai Kuta

Pantai Kuta
Jalan Pantai Kuta

sebelum malam pula, selepas selesai menguruskan anak-anak, bagi diaorg nengok cartoon, bagi tablet PC satu sorang... aku n wife keluar menikmati udara malam disekitar bandar kuta. kami sempat lepak sambil nonton live band di hard rock... seronok. sebelum balik ke hotel, sempat juga singgah minum di DULANG CAFE selepas penat jelajah...

malam di bandar kuta
program untuk hari kedua cukup padat. kul 7.00 pagi, kami turun brekfes... menu nasi goreng, meehun goreng, sayur campur, roti, goreng pisang dll... kenyang, alhamdulillah. tepat jam 8.00 pagi, dudong tiba dan terus bawa kami kedestinasi seperti yang telah dirancang. destinasi pertama adalah ke kg. batu bulan di ubud untuk melihat perusahaan batik. cuma ambil masa 10 minit dan seterusnya ke celuk village. kg. celuk terkenal dengan hasil seni pembuatan silver. di situ banyak tempat yang membuat perusahaan ini. dudong bijak memilih tempat, pasal aku dah bagitau, kami tak berminat membeli, hanya sekadar bergambar sahaja... kami singgah Esmadi Art Gallery. sempat jugak kami melihat ketelitian dan hasil pameran pembuatan perak. seterusnya kami dibawa ke templer yang tertua di kg. batuan ubud iaitu dibina pada tahun 944. kalau masuk kena pakai kain, ikut adat.... 

batu bulan village, celuk village dan batuan village
@ UBUD
sweet memories...

jam menunjukkan pukul 11.00 pagi, kami meneruskan perjalanan menuju ke salah satu lagi tempat beramal penganut hindu iaitu Tirta Empul yang terletak di pinggir jalan Tampaksiring-Bangli.. perjalanan kurang lebih 40 km sebelah utara Kota Denpasar, memerlukan sekitar 1 Jam perjalanan dari Bandara Internasional Ngurah Rai Bali. Terletak di Kecamatan Tampaksiring Gianyar yang memiliki keindahan alam dan kesejukannya. Mengikut sejarah..... Menurut legenda dari masyarakat Bali dikatakan pada zaman pemerintahan Mayadenawa yang memerintah Bali, Mayadenawa memerintah dengan tindakan yang sewenang-wenang. Hal ini mengakibatkan para dewa menjadi murka dan sepakat untuk menghancurkan Mayadenawa. Bhatara Indra diutus untuk melawan kekuatan Mayadenawa. Pada saat pertempuran banyak pasukan Mayadenawa yang mati terbunuh akhirnya Mayadenawa melarikan diri. Dalam perjalanan melarikan diri dari kejaran Bhatara Indra, Mayadenawa berjalan dengan cara memiringkan kakinya agar tanah yang dipijak tidak bergetar dan diketahui oleh Bhatara Indra. Dari cerita ini di tempat Mayadenawa memiringkan kakinya berdiri sebuah desa yang bernama Tampaksiring. Oleh karena Mayadenawa payah dan kewalahan mengahapi pasukan Bhatara Indra akhirnya Dia membuat air racun. Air itulah yang diminum oleh laskar Bhatara Indra yang membuat laskar Bhatara Indra menjadi lemas semua. Maka akhirnya Bhatara Indra mengambil bendera berwarna kuning dan menancapkannya ke tanah, sehingga tersemburlah keluar air bening yang mengepul sehingga tempat tersebut bernama Tirta Empul. Ya, ini kepercayaan penganut hindu... just untuk ambil pengetahuan...

tirta empul

tirta empul

to be continue...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan