welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Jumaat, 19 Ogos 2011

GAJI ADIK NAJIB RM12 JUTA CIMB BAYAR

nazir razak CIMB Bayar Gaji Nazir Razak RM 12 Juta Tahun LepasAnda semua tahu, gaji-gaji CEO baik syarikat GLC mahupun sektor-sektor perniagaan lain yang besar,insentif mereka bukannya sedikit.
Genting Bhd menerajui senarai pembayaran besar sebanyak RM111.48 juta kepada lembaganya, naik 21 peratus daripada RM92.11 juta sebelumnya.Syarikat itu juga mempunyai ganjaran tertinggi antara RM106.65 juta hingga RM106.70 juta bagi seorang pengarah tunggal.Bagaimanapun, syarikat itu tidak menamakan siapa pengarah tersebut.
Bagaimanapun, sesetengah syarikat mengurangkan ganjaran kepada lembaga pengarah mereka tahun lalu, termasuk CIMB Group Holdings Bhd.Bank kedua terbesar itu membayar RM18.51 juta atau kurang 13 peratus kepada ahli lembaganya dan ganjaran rendah kepada pengarah urusan kumpulan merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan, Datuk Seri Mohd Nazir Razak.
Beliau menerima RM12 juta tahun lalu berbanding RM14.5 juta pada 2009.IOI Corporation Bhd berada di tempat kedua dengan jumlah pembayaran sebanyak RM56.29 juta, kata Malaysian Business.

Sementara itu, dengan tiga syarikat – YTL Corp, YTL Power International dan YTL Cement – Tan Sri Yeoh Tiong Lay menerima gabungan ganjaran sebanyak RM13.10 juta.Apa yang menarik, daripada 630 syarikat, 95 syarikat dengan kerugian besar masih memberi ganjaran kepada pengarah mereka dengan pembayaran yang tinggi.

Kaji selidik itu menyenaraikan sejumlah 630 syarikat dengan ganjaran sebanyak RM300,000 ke atas seperti yang dinyatakan dalam laporantahunan syarikat.Daripada jumlah ini, hanya sebilangan kecil syarikat yang telus dalam menyatakan ganjaran sebenar kepada eksekutif-eksekutif utama mereka.

cgu mizan; sampai pencen pun X merasa jumlah sebegini...

Khamis, 18 Ogos 2011

toyota wish full specs - untuk dijual



2003 / 2007(reg.)
one owner
full spec
sunroof
adjustable absorber
spot rim 17"
good condition
100% accident free
DVD/MP3/USB/TV player(touch screen)
reverse camera n monitor

LED blue
sport muffler
xenon light

harga boleh dirunding..

pls call/SMS:
019 3176009 (Hasmizan)









Isnin, 15 Ogos 2011

BWF world champions 2011 - tewas akhirnya...


lee chong wei vs lin dan bwf 2011 (Keputusan) BWF World Champions 2011 Datuk Lee Chong Wei Tewas! 
Harapan hanya tinggal harapan.Niat Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi kejuaraan dunia BWF World Badminton 2011 berkecai selepas pertarungan sengit dengan seteru No.1, Lin Dan dalam penentuan set ketiga.
Pada set pertama, Datuk Lee Chong Wei bermula garang dan sentiasa mendahului Lin Dan untuk memenangi set pertama dengan mata 22-20.Namun begitu, tumpuan beliau agak terjejas dengan kebangkitan Lin Dan melalui strategi agresifnya dalam menyerang, yang membuatkan Datuk Lee Chong Wei membuat beberapa kesilapan mudah dan set kedua dimenangi Lin Dan dengan mata 21-14.
lin dan bwf 2011 (Keputusan) BWF World Champions 2011 Datuk Lee Chong Wei Tewas! 
Pada set penentuan, pertarungan yang paling sengit dapat disaksikan oleh peminat badminton dunia dan tempatan di antara 2 jaguh badminton dunia ini.Masing-masing tidak mahu mengaku kalah dan Datuk Lee Chong Wei mendapat semula motivasi yang diperlukan sehingga memaksa mata terikat pada 19-19.
Kesilapan daripada Lin Dan hampir sahaja membuatkan Datuk Lee Chong Wei merakamkan sejarah peribadi dan juga Malaysia sebagai anak watan pertama yang memenangi kejuaraan dunia.Namun Lin Dan yang tidak mahu mengaku kalah, terus merapati kedudukan walaupun 2 kali berada di belakang Lee Chong Wei untuk kejuaraan.
Akhirnya, hasil kesilapan mudah Datuk Lee Chong Wei dihadapan jaring sebanyak 2 kali, menobatkan kejuaraan kepada Lin Dan dengan mata 23-21.Untuk makluman, ini merupakan kejuaraan kali ke-4 buat Lin dan untuk “title” kejuaraan dunia.
Walau apapun, Datuk Lee Chong Wei sudah bermain sebaik mungkin dan pada pendapat kami, pertarungan ini akhirnya memihak kepada mental lawannya yang lebih kuat,walaupun sebenarnya Lin Dan sudah diambang kekalahan pada set penentuan.Cuma agak kesal kerana ini merupakan kejohanan terakhir Datuk Lee Chong Wei untuk kejohanan dunia sebelum temasya Olimpik 2012 di London sebelum beliau bersara dari dunia badminton.
Tahniah kepada Lin Dan dan juga kepada Datuk Lee Chong Wei atas persembahan yang begitu hebat di mana,rata-rata pengulas dan pengkritik menobatkan bahawa perlawanan ini adalah perlawanan terbaik badminton dalam abad ini.

kaedah AMA

Mental Arithmetic asah minda kreatif


Kanak-kanak genius dari China menunjukkan bakat mereka dalam teknik mengira menggunakan kaedah Abacus Mental Arithmetic di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KAEDAH Abacus Mental Arithmetic (AMA) kini semakin luas penggunaannya di China kerana keberkesanan dalam melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kanak-kanak genius.
Kaedah AMA mampu membantu dalam mentransformasikan bidang pendidikan negara ini dengan melahirkan generasi yang mempunyai daya pemikiran tinggi tanpa kebergantungan yang kuat terhadap teknologi khususnya mesin pengira elektronik.
Justeru, Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL), melalui Bengkel Niaga Ala-Cina (BENA) mengadakan demonstrasi keupayaan kaedah AMA di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pengarah Program, Clive Einstein Naga berkata, bengkel yang dikendalikan Profesor Xu Si Zhong bersama 13 muridnya dari China itu bertujuan memberi kesedaran dan maklumat tentang kepentingan penggunaan AMA dalam memberi rangsangan secara langsung terhadap penggunaan otak kanan dan kiri.
“Program ini tertumpu kepada kanak-kanak seawal usia empat hingga lapan tahun yang mana mindanya masih berkembang dengan cepat terhadap rangsangan terutama melalui AMA.
“Malah, penggunaan kedua-dua bahagian otak yang dirangsang secara serentak mampu melahirkan modal insan berfikiran kelas pertama pada usia yang sangat muda,” jelasnya.
Menurut beliau, Profesor Xu Si Zhong yang merupakan pengasas kaedah pembelajaran ini telah diisytiharkan sebagai satu daripada 100 aset negara China yang sangat berharga terutama dalam bidang pendidikan.
“Buku teks beliau kini telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran China untuk digunakan oleh kanak-kanak prasekolah, tahun satu dan tahun dua di peringkat sekolah rendah di seluruh negara China,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, program AMA ini telah diasaskan sejak 30 tahun dahulu dan Profesor Xu Si Zhong merupakan salah seorang fasilitator BENA yang dibarisi oleh pelajar-pelajar dan graduan beberapa universiti tempatan.
“Buku Teks AMA dalam bahasa Malaysia (BM) sedang dalam perancangan untuk diterjemahkan bagi kegunaan kanak-kanak di negara kita dan ia dikendalikan oleh pihak Profesor Xu Si Zhong dengan kerjasama PUSMAL dan BENA di Universiti Malaya.
“Selepas buku teks tersebut siap, pihak PUSMAL – BENA akan melatih pengusaha tadika, guru sekolah rendah dan pusat-pusat berkenaan untuk menjalankan kursus AMA di seluruh Malaysia,” terangnya.

Khamis, 11 Ogos 2011

BONUS KERAJAAN NEGERI...

pertama

Kerajaan Selangor Beri Bonus Duit Raya 2011 Sebanyak RM 500


duit raya 2011 Kerajaan Selangor Beri Bonus Duit Raya 2011 Sebanyak RM 500Berita baik untuk penjawat awam di Negeri Selangor, Ketua Menteri, Khalid Ibrahim, mengumumkan di dalam Twitter beliau bahawa Kerajaan Selangor akan memberikan bonus duit raya untuk tahun 2011 sebanyak RM 500.
duit raya Kerajaan Selangor Beri Bonus Duit Raya 2011 Sebanyak RM 500Berkemungkinan memo khas bakal dikeluarkan secara rasmi tidak lama lagi dalam pentadbiran.Untuk makluman, hanya penjawat awam kategori 54 dan kebawah sahaja yang layak menerima bantuan khas tersebut.
Kerajaan Pulau Pinang juga dijangka akan membuat pengumuman mengenai bantuan khas duit raya ini.Dan ada juga ura-ura mengatakan bahawa Pulau Pinang bakal memberikan RM 600 kepada penjawat awam mereka.

kedua

Pulau Pinang Umum Bonus Minimun RM 600 Bagi Kakitangan Awam


Lim Guan Eng Pulau Pinang Umum Bonus Minimun RM 600 Bagi Kakitangan Awam 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awam negeri itu.
Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.
Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.)
Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP.Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 ‘duit raya’.
Kepada penjawat awam di Pulau Pinang, tahniah kami ucapkan pada anda dengan pengumuman bonus kakitangan awam ini..Semoga kuranglah beban sikit untuk membuat persiapan sebelum Hari Raya Puasa ini.

cgu mizan; nampaknya kerajaan pembangkang berlumba-lumba memikat rakyatnya, maklumlah PRU 13 dah hampir... TAKKAN PEMBANGKANG AJE BERHATI MULIA... CAMNE MB KITE(TERENGGANU), TAK NAK KE HULUR SERATUS DUA BUAT KAKITANGAN AWAM NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK!!!! (ni bodek mat said...)

Selasa, 9 Ogos 2011

british touring car championship

Proton Gen 2 Beraksi Di British Touring Car Championship.Memang Champion....

Proton BTCC Proton Gen 2 Beraksi Di British Touring Car Championship.Memang Champion!Diam tak diam, siapa sangka, selepas kali terakhir Proton dilihat bertanding di British Touring Car Championship (BTCC) pada 2004, kali ini untuk tahun 2011, Welch Motorsport’s, akan menggunakan Proton Gen 2(Persona) yang akan dipandu oleh pelumba berpengalaman,Dan Welch.
Gen 2 BTCC Proton Gen 2 Beraksi Di British Touring Car Championship.Memang Champion!Untuk informasi,di UK, model Gen-2 di negara kita dikenali sebagai Gen-2 Hatchback, dan model Persona dikenali sebagai Gen-2.Bila tengok gambar Gen 2(Persona) di atas,nampak menarik pula dan lebih terserlah imej “sporty” bila dah dimodifikasi sedemikian rupa.

Isnin, 8 Ogos 2011

bonus kakitangan awam 2011

 SETENGAH BULAN GAJI@RM500 minima
Rakyat Malaysia mengalami kos hidup yang semakin meningkat ekoran peningkatan harga pelbagai barangan keperluan sejak kebelakangan ini, sehingga kos hidup dijadkan salah satu bidang keberhasilan utama nasional oleh pentadbiran Najib.
Kakitangan awam yang sejak kebelakangan ini tidak menikmati bonus sekali lagi melahirkan harapan untuk menerima ganjaran tersebut, ekoran tuntutan terbaharu Cuepacs, yang segera mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
Isu pemberian bonus juga semakin diperkatakan selepas Felda mengumumkan pemberian hadiah wang tunai kepada setiap peneroka sempena hari raya sebanyak RM400, tindakan yang dilihat untuk mengambil hati peneroka.

Oleh yang demikian, Najib telah mengambil pendekatan untuk menenangi hati penjawat awam dan hasilnya  Kerajaan telah bersetuju membayar bonus kakitangan awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 iaitu setengah bulan gaji @ minimum RM500.
Buat pesara kerajaan, mereka akan menerima bayaran khas sebanyak RM500. Pembayaran bonus dan bayaran khas ini akan di buat pada pertengahan Ogos 2011 ini.
Di jangkakan  pemberian bonus kakitangan awam Hari Raya Aidilfitri 2011 iaitu setengah bulan gaji @ minimum RM500 dan bayaran khas untuk pesara ini dapat meringankan beban mereka dalam membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Untuk rekod, Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian 2 bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini iaitu bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas Hari Raya Aidilfitri.

cgumizan; alhamdulillah, akhirnya dapat merasa kembali pemberian bonus setelah beberapa tahun hanya menikmati bayaran khas RM500... walaupun setengah bulan gaji, kita kena bersyukur....  mintak-mintak tahun depan up sikit!!!