welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 30 Mei 2012


Kenaikan Pangkat Guru (Lepasan Ijazah & Diploma) Seramai 24,053 Bermula Jun – Disember 2012!!

Kenaikan Pangkat Guru Secara Time Base Kenaikan Pangkat Guru (Lepasan Ijazah & Diploma) Seramai 24,053 Bermula Jun   Disember 2012!!
Sekarang ini adalah musim pengumuman dan pemberian “durian runtuh” kepada beberapa sektor yang layak untuk menikmatinya. Sekarang askar sudah mendapat bahagiannya, polis pun sudah, kelompok swasta sudah diumumkan berkenaan dengan dasar gaji minimum, tidak lupa juga kepadakenaikan gaji kakitangan awam menerusi penambaikan Sistem Saraan Malaysia yang baru dan tidak lupa juga “durian runtuh” yang dinikmati oleh kalangan peneroka seperti yang diumumkan baru-baru ini.
Masing-masing sudah dapat “bahagiannya”. Ada lagi yang tertinggal untuk menerima “durian runtuh” daripada kerajaan?
Dan……Sempena Hari Guru 2012 ini, Menteri Pelajaran telah mengumumkan sesuatu yang berharga kepada kalangan guru-guru di Malaysia. Tetapi benarkah ia merupakan sesuatu pengumuman yang baru kepada kalangan guru-guru di Malaysia?

24,053 Guru Naik Pangkat Bermula Bulan Depan!!

KUALA KANGSAR: Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini.
Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sempena sambutan Hari Guru ke-41 di sini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kenaikan pangkat itu membabitkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.
Beliau turut mengumumkan 3,085 pengetua gred DG48 ke DG52 dan penolong pengetua gred DG44 ke DG48 akan diperakukan untuk kenaikan pangkat secara berperingkat mulai bulan depan.
Guru terbabit boleh menyemak status kenaikan pangkat di laman web Kementerian Pelajaran.
Jikalau diperhalusi semula pengumuman daripada Tan Sri Muhyiddin Yaasin, ia sebenarnya bukanlah suatu pengumuman yang baru. Ini keranakebanyakan guru-guru yang ada sekarang ini sudah pun sampai ke tahap time based. Jikalau Menteri tidak umum pun, kenaikan tetap akan berlaku apabila sudah “cukup matang” tempohnya.
Dan kenaikan gred ini akan terus berlaku setiap tahun kepada mana-mana kalangan guru yang sudah sampai tempohnya. Dalam bahasa mudahnya :
  1. Umpama Timbalan Perdana Menteri mengumumakan hujung bulan ini kerajaan bagi gaji.
  2. Maknanya tidak perlu umumkan pun tidak mengapa. Gaji tetap akan diterima kakitangan awam setiap hujung bulan.
Ini kerana sejurus daripada “pengumuman ini” ramai yang bertanyakan beberapa persoalan untuk mendapatkan kepastian. Sedangkan pengumuman seperti ini adalah sama seperti yang diumumkan pada tahun lepas ini lagi. Semoga ini dapat membantu menjawab beberapa persoalan daripada kalangan pengirim email sebelum ini. Sempena hari guru data senarai timebase pun dimuat naik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan