welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Rabu, 30 Mei 2012


ini adalah paparan imbasan kenangan tahun lepas projek bersama wife gi melencong ke beijing sempena ulangtahun perkahwinan ke 11...

ep 1; melancong ke BEIJING, CHINA(13-21 MAC 2011)

malam ni rasa timbul satu keinsafan, mengenang pengalaman hidup yang telah berlalu... pagi ini aku meraikan satu kenangan perjalanan hidup genap 39 thn... alhamdulillah, syukur kepadaNya di atas kurniaan sepanjang kehidupanku.
bagi aku, hidup ini tidak akan lengkap kalau tidak menikmati keindahan dunia yang fana ini...
aku memang suka melancong... berjalan-jalan di negara sendiri... oleh dikatakan dah semua negeri aku dah jelajah.. lebih-lebih lagi wife aku pun mempunyai hobi yang sama.. MELANCONG. Kalau kat Malaysia, dah merata cerok aku pergi, ke bandar, ke bukit, ke pulau malahan ke sungai pun aku gi.... al maklum... kalau dah suka berjalan, dimana ada kemahuan, di situlah ada jalan....
tunggu penerbangan-1.00 am

jadi.. kesempatan ni aku nak berkongsi ngan saudara/saudari pengalaman berada di bumi negara CHINA. Aku pergi ke BEIJING dengan family pada 13 mac  sehingga jejak semula di tanahair 21 mac 2011. ikutkan tu 8 hari 7 malam, tapi jadi 9 hari kerana flihgt delay. masa pergi ni adalah musim luruh. kos untuk tiket flight go/back, hotel, makan-minum, transport, tiket-tiket berbayar sebanyak RM2750 per person. Untuk episod 1 ni, aku nak crite skit pengalaman semasa pergi. Aku naik flight china easthern airlines kul 2 am di klia ke shanghai dulu. 


sajian semasa penerbangan
transit dari pudong international airport ke beijing international airport mengambil masa selama 2 jam perjalanan

@ beijing airport
perjalanan 5 jam lebih. aku makan, tidur, sedar-sedar aje dah sampai.. tengok jam, aikkk kul 8.20 am. flight parking aje aku terus bangun, tp pramugari memaklumkan penerbangan belum sampai... rupa-rupanya buka kat shanghai, tapi kat nanjing. sebenarnya flight tak boleh mendarat di pudong-shanghai international airport pasal cuaca berkabus tebal... bayangkan kena kurantin kt dalam perut flight selama 5 jam... mintak keluar tak boleh... kul 2 pm baru la boleh berlepas ke shanghai. sampai di pudong, shanghai(kat shanghai ni ada 2-3 international airport kul 2.45 pm, terpaksa delay pulak pasal penerbangan asal dah berlepas..kalau nak naik disitu kul 9pm, alternatif lain ada flight ke beijing kul 6pm tapi kena naik bas(1 jam perjalanan) iaitu di hongqiao international airport. nak tak nak terpaksi ambil alternatif 2.. naik flight n sampai di beijing kul 8 pm.. 
naik flight dari shanghai - beijing





bila jejak kaki di beijing rasa lega dan mengigil..(maklum la di bawah 10 darjah celcius). alhamdulillah bila sampai dah ada guide tunggu.. namanya mei(org china tetapi fasih bertutur melayu). lepas tu naik bas terus pergi dinner kat salah sebuah restoran muslim..
depan restoran muslim


check in di super 8 hotel, beijing... hotel ok la, urus diri, sebelum tido ingatkan nak la nengok tv, siaran banyak hampir  55 channel, tp semua cina.... see n look je la... tido utk program seterusnya besok....
policia...


at beijing
musim luruh....
kita sambung lain kali.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan