Tujuan utama program ini ialah untuk mempromosikan kolej vokasional kepada orang ramai sejak ia dinaik taraf daripada sekolah menengah vokasional mulai awal tahun ini.
Selain itu, ia juga bertujuan memperbetulkan tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap kualiti pendidikan vokasional di negara ini, katanya ketika ditemui konvoi itu tiba di sini hari ini.
Mereka dalam rangka promosi institusi berkenaan kepada masyarakat seiring dengan Transformasi Pendidikan Vokasional diperkenal awal tahun ini.
OBJEKTIF PROGRAM
1 Memperlihatkan kepada masyarakat berkaitan Transformasi Pendidikan Negara
2 Memperkenal dan mempromosikan Kolej Vokasional kepada masyarakat
3 Menjadikan Kolej Vokasional sebagai pilihan utama pelajar
4 Merapatkan hubungan warga kerja Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan masyarakat.
5 Membina daya tahan mental dan fizikal warga BPTV dalam mengharungi cabaran.
6 Memupuk budaya dan semangat kerja berpasukan yang jitu dalam Warga BPTV.
7 Menjalin hubungan mesra dan ukhwah bagi seluruh anggota kerja BPTV.
8 Menyemai dan menanam budaya hidup sihat serta mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.
PENGANJUR
Penganjur utama program ini adalah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia dan diterajui oleh Sekolah Menengah Vokasional Batu Pahat.
TARIKH
Tarikh bagi program ini adalah pada Minggu Pertama Cuti Pertengahan Semester Bulan Mei 2012 ( mulai 28 Mei hingga 1 Jun 2012).
LALUAN JELAJAH
Jelajah ini akan melalui semua negeri di Semenanjung Malaysia – Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selaangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
BENTUK PENJELAJAHAN
JELAJAH KV 1MALAYSIA akan menggunakan Jalan Raya Persekutuan dengan berkonvoi menggunakan kenderaan pelbagai jenis. Kenderaan tersebut adalah :
1 Motosikal berkuasa tinggi
2 Van/Coster (berlambang KPM/BPTV/KV)
3 Bas (berlambang KPM/BPTV/KV)
4 Kereta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan