pengalaman ini menjadi koleksi pengalaman peribadi....
ep 2: melancong ke kota BEIJING, CHINA
(13-21 mac 2011)
masa ini musim luruh, kalau tempat kita suasana tidak ubah seperti musim panas kering. pokok semua seperti mati...
pemandangan dr bilik hotel |
bangunan bersejarah |
breakfast kt super8 hotel |
bermulanye pengembaraan aku... keluar aje dr pintu hotel kecut segala anggota badan aku... sejukkkk...(maklumlah tak pernah rasa sejuk macam ni...) naik bas ke kilang sutera. disitu kami disambut dengan ramah sekali. Kami di beri penerangan ttg asal-usul sutera dan akhirnya dibawa untuk memilih dan membeli kain sutera.
@ beijing dizhen silk products co. ltd |
peniaga jalanan |
aku n wife bukannya suka sangat kain sutera, jadi kami negok aje...
orang lain memilih kain, kami turun gi pilih strawbery. fuhhhh.. cukup manis strawbery china, besar pulak tu.. kalau strawbery kt cameron masam-manis... tp china punya tak masam semua manis... apa lagi beli la untuk makan-makan... tak mahal.. cuma 30 yuen sekilo(100 yuen = 48 MYR).. kuaci sira pun sedap...
tengahari pergi lunch, boleh tahan masakan.. satu hidangan(8-9 org) ada 7-8 jenis lauk... kat negara china masakan diaorang lebih vegetarian.. lauk lain cuma ayam dan ada seketul ikan... air tak payah nak fikir lah pasal minuman rasmi adalah teh china... balunn aje..
setelah penat menerokai kilang sutera, time makan memsng ditunggu2, maklumlah cuaca sejuk cepat lapar.. hidangan di sana kebanyakkan merangkumi masakan berasaskan sayur dan ikan sahaja... ada 7 jenis hidangan dan seperti biasa disudahi dengan minuman teh cina...
masjid utama di beijing |
selepas makan, kami solat dimasjid utama bandar beijing.. sebelum ke destinasi seterusnya, kami mintak guide cari tempat shoping pakaian, tak tahan sejukkk..dan destinasi kedua ke summer palace(tempat maharaja bersantai/tinggal semasa musim panas).. turun aje dari bas... berebut gadis-gadis china datang jual barang... macam-macam ade... topi, sarung tangan, mafla, jam, beg dll... kami pun kerana kesejukan beli aje la... kalau berbelanja di china ni, kita perlu bijak. harga memang melampau diorang letak, jadi kita perlu lah melampau jugak menawar.. bayangkan topi yang aku beli, di letak 200 yuen.. aku pun apa lagi, belit punya belit dapat lah 20 yuen... bagi duit 100 yuen, baki 80 yuen..(kena bijak tawar-menawar, kalau tidak kena sembelih..)
summer palace |
kota istana musim panas.. |
my wife @ summer palace |
berjumpa di ep. 3....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan