persimpangan medan tia'nammen |
berjalan ke tia'nammen |
salam... terpanggil aku tuk menyambung coretan pengalaman manis sepanjang masa ketika berada di beijing. sebenarnya bukan apa, aku nak release otak selepas hampir separuh berjaya aku key in data salahlaku yg dah lama berlambak...
hari ini aku nak berkongsi dengan mereka yang membaca blog aku ni. hari keempat(16.3.2011) aku bangun dari tidur dengan azam untuk menakluki dan merasai berada di zaman sholin. semalam tidur cukup lena walaupun kedinginan menyucuk kalbu... setiap malam aku kenakan 2 lapis baju yg tebal ditambah dengan selimut.... malam tadi aku tidur lewat sikit. aku nonton tv, maklumlah bukan senang nak tengok kat negara orang. kat sana ada 55 channel semua, tapi semua dalam bahasa cina. dia orang cukup mengagungkan bahasa ibunda nya. seperti biasa breakfast, menu tetap sama. nasi goreng, telur rebus dan air teh cina, aku tak kisah, bedal aje. untuk pengetahuan semua, peredaran masa tak menjadi masalah kerana masa malaysia dengan china sama aje...

memory @ tia'nammen |
program pertama pagi ini adalah ke medan tia'nammen. medan ni betul-betul ditengah kesibukan bandaraya beijing. aku dan group terpaksa berjalan kaki +- 1KM. tapi tiada masalah sepanjang perjalanan sentiasa terpampang pemandangan bangunan yang cantik dan klasik. di medan tia'nammen aku bergambar sakan. bila berpusing 360 darjah ada aje shot cantik... selepas itu, kami bergerak masuk ke forbidden city. laluan nak masuk cukup sesak. kami satu group terpaksa berjalan seperti budak sekolah rendah beratur(tangan atas bahu). bukan apa takut terlepas dan kalau sesak naya jawabnya... bila jae kaki menjejaki kedalam bandar keamanan, seperti rasa berada dalam suasana zaman kungfu... di sini lah banyak pengambaraan filem yang aku tonton sebelum ni seperti filem jackie chan dan jet li. kami berjalan dari satu blok ke blok lain yang keluasan dari depan ke belakang +-1KM. di sin kami berada lebih kuran 2 jam, berjalan keluar dan bas sudah menunggu di seberang jalan... cukup penat, tapi berbaloi dengan kenangan yang akan diabadikan seumur hidup.
bersama wife n mey(tour guide) |
selepas selesai lawatan itu, kami dibawa makan di restoran muslim. bagi aku cukup menyelerakan ditambah lagi dengan bekalan yang dibawa dari malaysia. di sini aku nak nasihat, kalau nak datang berkunjung ke negara orang, jangan lupa bawa budu, tumis bilis, lada jarum... ini lah yang menanbahkan selera kita.
selepas makan, kami solat dan terus ke perkampungan kuno(hutong). di sini kami menaiki beca mengelilingi perkambungan traditional china yang masih wujud. selepas itu kami di bawa melawat ke hard rock cafe. di sini tak ada apa-apa menarik. kejap aje singgah terus ke aktiviti yang paling menyeronokkan iaitu shopping. kali ini dibawa shopping di yushow market. aku sempat juga beli baju, PSP dan mainan untuk 3 putera ku
, cenderamata, kasut dll... peringatan, kalau nak shopping kita kena bijak tawar-menawar. orang negara china licik sikit dalam bisnes, aku kalau shopping tawar harga memang gila-gila. bayangkan cth kasut yang aku beli, harga dia letak 1500 yuen. gaduh punya gaduh tawar-menawar harga, akhirnya aku dapat beli dengan harga 60 yuen(RM28.00)... satu lagi aku nak bagitau, kalau nak murah ngaku saja org indonesia.. kalau org barat, jepun dan korea, dia memang sembelih harga... sedar X sedar 3 jam shopping, hari dah gelap, jadi program pada hari keempat dah berakhir. sebelum kami dibawa balik ke hotel, kami dinner... malam itu aku dah tak keluar, lepak aje dalam bilik pekene kopi panas dengan wife..
at yushow market |
suasana malam di beijing |
deretan apartment |
ini sahaja coretan aku kali ini, insyallah, kalau ada kelapangan kita akan berjumpa dalam episod kelima, wasalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan