welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan
ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...
aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku
sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...
Khamis, 25 Julai 2013
Selasa, 23 Julai 2013
BONUS RAYA 2013; 500 penjawat & 250 pesara!!!
Bonus raya 2013 : Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tiada angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat ________________
Hari ini, sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam. Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit.
Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja. Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.
Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :
Kakitangan Awam : RM500
Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013 Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013 Hari : Rabu Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)
Walaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak. Berita Semasa dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.
Jadi, sama-samalah kita tunggu.
dari sumber BERITATERKINI
Label:
isu semasa
Sabtu, 29 Jun 2013
RUMAH UNTUK DIJUAL - SEMI D @ BENUT
Salam 1Malaysia…rumah
semi-D(international lot) ini terletak dilaluan utama benut-pontian. Rumah ini
mempunyai rekabentuk terkini dan telah dibuat pengubahsuaian dalaman dan
luaran. Dilengkapi dengan barang/kelengkapan yang baru sediada di dalam rumah spt kitchen cabinet, air cond, water heater dll. Amat sesuai kepada pembeli berkeluarga, berdekatan dengan Bandar
Benut dan MRSM.
SPESIFIKASI;
- keluasan lantai; 2110 sq ft
- keluasan tanah; 3200 sq ft
- mempunyai ruang tamu, ruang keluarga, rumah makan, dapur, terrace, porch,
SPESIFIKASI;
- keluasan lantai; 2110 sq ft
- keluasan tanah; 3200 sq ft
- mempunyai ruang tamu, ruang keluarga, rumah makan, dapur, terrace, porch,
4
bilik tidur, 3 bilik air, bilik
stor dan terrace
- kemasan siling
kapur, cornice dan arc untuk setiap ruang
dalaman dan
luaran(dome-ruang tamu
dan keluarga).
- kemasan warna
dinding rumah berbeza mengikut ruang.
- kemasan jubin seramik(16") untuk semua ruang dalaman, porch, terrace dan
- kemasan jubin seramik(16") untuk semua ruang dalaman, porch, terrace dan
kaki 5
- grill wrought iron(personel idea) untuk semua tingkap, pintu, sliding dan
- grill wrought iron(personel idea) untuk semua tingkap, pintu, sliding dan
pintu pagar.
- pengubahsuaian dining hall.
- penambahan terrace(10X13")
- penambahan dapur(10X33")
- fully carbinet(atas bawah sepanjang 14")
- pagar konkrit
- 10 unit kipas siling
- 02 water heater
- dapur hob dan hood
- 03 air cond split unit
LOKASI;
taman sanglang jaya, ayer baloi, pontian, johor
15KM ke pontian, 5KM ke benut, 4KM ke MRSM dan 0,7KM ke pekan sanglang.
HARGA;
RM465K-boleh dirunding
kepada yang berminat, sila hubungi untuk pertanyaan/temujanji;
010-9006090
saya pemilik sebenar rumah, bukan ejen..
- pengubahsuaian dining hall.
- penambahan terrace(10X13")
- penambahan dapur(10X33")
- fully carbinet(atas bawah sepanjang 14")
- pagar konkrit
- 10 unit kipas siling
- 02 water heater
- dapur hob dan hood
- 03 air cond split unit
LOKASI;
taman sanglang jaya, ayer baloi, pontian, johor
15KM ke pontian, 5KM ke benut, 4KM ke MRSM dan 0,7KM ke pekan sanglang.
HARGA;
RM465K-boleh dirunding
kepada yang berminat, sila hubungi untuk pertanyaan/temujanji;
010-9006090
saya pemilik sebenar rumah, bukan ejen..
last edit: 10 JULY 2017
Label:
rumah untuk dijual
Selasa, 25 Jun 2013
CaTaTaN @ JOGJA (YOGYAKARTA) - part 2
Assalamualaikum...
Sebenarnya memang cukup malas nak update cerita bersantai di negara orang ni... bab menaip memang failed, tetapi bila difikirkan... menjadi satu kerugian sekiranya sesuatu yang sudah kita rasai, tidak berkongsi dengan orang lain.
Ini sambungan kisah perjalanan menerjah ke JOGJA - part 1 http://cgumizan.blogspot.com/2013/06/catatan-jogja-yogyakarta-indonesia-part.html . Untuk perjalanan hari kedua akan bermula seawal jam 5.00 pagi. Apalagi bangun pukul 4.00 pagi, mandi, solat subuh bersiap dan terus tunggu di lobby hotel. Tepat jam 5.00 pagi, tour guide datang menjemput kami... trip kami seramai 9 orang pelancong(termasuk aku n wife... yang lain semua mat n minah saleh...) bergerak dalam keheningan awal pagi sambil layan suasana bandar n kampung... kejap sedar, kejap terlelap... akhirnya selama 1 jam perjalanan sampai lah group kami ke Candi Borobudur... semua tiket telah diuruskan, sebelum masuk disediakan welcome drink kepada kami pelancong... disamping itu juga kami boleh mengambil mineral water(FOC)... orang lain ambil sebotol seorang, aku berlebih-lebih botol... diorang x marah pong.
Akhirnya tercapai juga hasrat aku n wife dapat melihat dan merasai secara real sebuah candi yang cukup besar...
CANDI BOROBUDUR
Mahakarya Arsitektur Abad ke-9
Jauh sebelum Angkor Wat berdiri di Kamboja dan katedral-katedral agung ada di Eropa, Candi Borobudur telah berdiri dengan gagah di tanah Jawa. Bangunan yang disebut UNESCO sebagai monumen dan kompleks stupa termegah serta terbesar di dunia ini ramai dikunjungi oleh peziarah pada pertengahan abad ke-9 hingga awal abad ke-11. Umat Buddha yang ingin mendapatkan pencerahan berduyun-duyun datang dari India, Kamboja, Tibet, dan China. Tidak hanya megah dan besar, dinding Candi Borobudur dipenuhi pahatan 2672 panel relief yang jika disusun berjajar akan mencapai panjang 6 km! Hal ini dipuji sebagai ansambel relief Buddha terbesar dan terlengkap di dunia, tak tertandingi dalam nilai seni.
Relief yang terpahat di dinding candi terbagi menjadi 4 kisah utama yakni Karmawibangga, Lalita Wistara, Jataka dan Awadana, serta Gandawyuda. Selain mengisahkan tentang perjalanan hidup Sang Buddha dan ajaran-ajarannya, relief tersebut juga merekam kemajuan masyarakat Jawa pada masa itu. Bukti bahwa nenek moyang Bangsa Indonesia adalah pelaut yang ulung dan tangguh dapat dilihat pada 10 relief kapal yang ada. Salah satu relief kapal dijadikan model dalam membuat replika kapal yang digunakan untuk mengarungi The Cinnamon Route dari Jawa hingga benua Afrika. Saat ini replika kapal yang disebut sebagai Kapal Borobudur itu disimpan di Museum Kapal Samudraraksa.
Berdasarkan prasasti Kayumwungan yang bertanggal 26 Mei 824, Candi Borobudur dibangun oleh Raja Samaratungga antara abad ke-8 hingga abad ke-9, berbarengan dengan Candi Mendut dan Candi Pawon. Proses pembangunan berlangsung selama 75 tahun di bawah kepemimpinan arsitek Gunadarma. Meski belum mengenal komputer dan peralatan canggih lainnya, Gunadarma mampu menerapkan sisteminterlock dalam pembangunan candi. Sebanyak 60.000 meter kubik batu andesit yang berjumlah 2.000.000 balok batu yang diusung dari Sungai Elo dan Progo dipahat dan dirangkai menjadi puzzle raksasa yang menutupi sebuah bukit kecil hingga terbentuk Candi Borobudur.
Setelah melilau dan berposing-posing dikeseluruhan candi selama 2 jam, kami akan dibawa pula melawat ke candi Prambanan... layan...
Prambanan, Candi Hindu Tercantik di Dunia
Candi Prambanan adalah bangunan luar biasa cantik yang dibangun di abad ke-10 pada masa pemerintahan dua raja, Rakai Pikatan dan Rakai Balitung. Menjulang setinggi 47 meter (5 meter lebih tinggi dari Candi Borobudur), berdirinya candi ini telah memenuhi keinginan pembuatnya, menunjukkan kejayaan Hindu di tanah Jawa. Candi ini terletak 17 kilometer dari pusat kota Yogyakarta, di tengah area yang kini dibangun taman indah.
Ada sebuah legenda yang selalu diceritakan masyarakat Jawa tentang candi ini. Alkisah, lelaki bernama Bandung Bondowoso mencintai Roro Jonggrang. Karena tak mencintai, Jonggrang meminta Bondowoso membuat candi dengan 1000 arca dalam semalam. Permintaan itu hampir terpenuhi sebelum Jonggrang meminta warga desa menumbuk padi dan membuat api besar agar terbentuk suasana seperti pagi hari. Bondowoso yang baru dapat membuat 999 arca kemudian mengutuk Jonggrang menjadi arca yang ke-1000 karena merasa dicurangi.
Selepas selesai, kami dihantar pulang balik ke hotel(SUMMER SEASON BOUTIQUE HOTEL). Setelah lunch, kami kembali berjalan-jalan di sekitar jalan malioboro. Kali ini kami meronda lagi dengan menaiki becak melawat dan bergambar ke beberapa tempat menarik iaitu muzium, alun-alun kidul, taman sari, suhardi batik, toko wayang kulit dan beberapa tempat lagi. Kali ini puashati meronda selama 3 jam dengan kadar bayaran sebanyak Rp50K. Sebelum balik ke hotel, kami sempat berkunjung ke pasar beringharjo. Sebelah malam, malas nak keluar, layan cerita kat bilik aje....
bersambung dilain siaran.... tunggu part 3.
Label:
catatan ku...
Langgan:
Catatan (Atom)


