welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Khamis, 9 Jun 2011

podWISHclub


PodWISHclub
PWC @ Tiara Beach Resort, Port Dickson

Dipelawa kepada pemilik MPV Toyota Wish untuk menyertai ‘MPV club’ negeri Terengganu berkonsepkan kekeluargaan. PODWISHCLUB(PWC) telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan sehingga kini terdapat keahlian sebanyak 43 buah TW. Berikut adalah aktiviti program yang telah dirancang untuk tahun 2011;
Telah dijalankan;
ü Mesyuarat agung PWC 2011 – februari
ü PWC futsal muhibah & CSR di rumah orang tua bukit payong – 26 feb 2011
ü Cameron highlands weekend drive – 25-26 mac 2011
ü Family outing(bowling & water park bukit gambang) – 27-28 mei 2011

Akan dilaksanakan;
ü PWC family day l(De Rhu Resort Kuantan) – julai 2011
ü Majlis berbuka puasa PWC – ogos 2011
ü Majlis hari raya PWC – september 2011
ü PWC family day ll(Lost World of Tambun, Perak) – november 2011

ü Setiap bulan diadakan TT(Teh Tarik) – beramah mesra antara ahli, bertukar pendapat/pandangan dan membincangkan hal-hal semasa

Kepada yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang PWC, sila hubungi saya MIZAN(PWC035) ditalian 019 3176009/013 9286009 atau melayari laman web www.podwishclub.com
Geng KEMAMAN…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan