welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Khamis, 26 Julai 2012

CaTaTaN di Bandung - part 5

21 Julai 2012
Hari Kempat

Bermulanya percutian hari terakhir aku n family di bandung untuk hari keempat seawal jam 3.00 pagi. apa x nya, hari ini 1st day puasa, bulan ramadan telah menjelma... kami berempat kecuali eyyan(ditinggalkan dalam bilik-x mau ganggu tido lenanya) bersahur di hotel pada jam 3.30 pagi dengan menu yang pelbagai jenis hidangan. ada nasi, bihun, empat jenis sup, desert, sayuran dll... mewah jugak sahur...  lebih-lebih lagi aku memang jenis x tolak rezeki.. aku belasah semua... ye la, bukan senang nak makan masakan negara asing... aku jamah semua....mcm aku kat beijing selama 9 hari tahun lepas, aku xder masalah makan, member2 semua hairan... aku selera jer makan, diaorng memilih.... rugikann
1st half

3.30 pagi sahur

belasah jer...

sempat lagi posing - 102

sekepas sekesai bersahur, naik bilik terus sambung tido, 2 org heroes aku xnak tido, layanlah diaorng ngan cartoon.... utk hari terakhir, xtvt kami berdua adalah menyambung terjahan di PB... alhamdulillah operasi mengempur pasti berjalan dengan lancar... dengan cuaca yang nyaman, masih belum macet kerana kami bergerak dari hotel jam 8.30 pagi... macam biasa, kami berjalan kaki sambil-sambil memerhati gelagat kehidupan seharian orang bandung. di sepanjang laluan kaki lima mehuju ke PB, bermacam-macam jualan... tapi kami hanya sekadar melihat... hari kedua kami menerolai PB memang tiada masalah tentang selok  belok laluan di dalam bangunan yang mempunyai 8 lantai. hari pertama semalam kekok jugak, ye la.. dalam PB xder sistem laluan yang sistematik... xder tanda arah keluar-masuk, xder panduan eskolator naik-turun... hari ini memang mudah menyopping psl semalam dah survey tempat terjahan yang berbaloi... sasaran adalah telekung nak hadiahkan kepada org tua, baby sitter, guru KAFA n mengaji anak... dan yg paling penting kebaya, dapat jugak wife aku 5 pasang.... abis 1 juta...hari in rasa selesa psl xder penjaja bergerak menganggu ketenangan kami... takde budak jual cenderamata, beg, gelang-rantai dan memang tak nampak penjual minuman..... hahaha posakan...

@ PB

posing n beli

kedai kebaya

jualan di kaki lima

rp15,000 dua buah helicopter

selepas selesai, sebelum bergerak ke hotel, kami sempat beli pisang sale n kerepek.... balik ke hotel terus mengemas dan tepat jam 1.00 ptg, kami check out. oleh kerana flight kami jam 7.45 malam, jadi kami berehat jer kat lobby.... dan dalam masa yang sama sempat jugak kami pergi sekali lagi ke PB, saja jalan-jalan sambil beli mainan utk 3 heroes ni.... untuk transfer ke airport, aku dah booking transport hotel( mpv under kagum hotel)... free jer... di sini aku dah jimat rp60,000(harga supir ke airport). tepat jam 4.00 ptg, kami bergerak ke airport dan setibanya di situ, kebanyakkannya rakyat malaysia dengan bertimbun-timbun bagasi....
sebelum masuk ke balai pelepasan, kami berbuka puasa di medan selera airport, makan ala kadar dengan kos rp123,900.00. proses check in dan kastam tak der masalah dan dengan rasa puashati kami pong terbang pulang ke malaysia....

rayyan harraz

berbuka puasa di airport

makan dipaksa

penat layan....

@ AA

kami tiba di lcct jam 10.40 mlm... di lcct memang penat berjalan... ambil bagasi dan terus lalu ikut pemeriksaan kastam. di sini kami xder sebarang masalah... lalu kastam suruh teruskan perjalanan... aku nengok ramai jugak yang kena checking. parking kereta dicaj sebanyak rm51.00 dan bermulalah pemanduan perjalanan pulang ke kemaman. aku lau ikut PLUS n kami berhenti nakan di McD sungai besi buat alas perut untuk bekalan puasa esok hari. perjalanan di teruskan melalui MRR II lalu ikut tol gombak dan terus melalui genting sempah pada jam 2.15 pagi... oleh kerana dah tak tahan, aku berhenti rehat dan sempat lelap selama 1/2 jam di hentian rehat gambang. terus menyambung perjalanan bergerak pada jam 3.30 pagi.. akhirnya kami selamat sampai di kemaman jam 4.30 pagi. inilah bingkisan percutian di bandung untuk kita kongsi bersama. insyaALLAH kita jumpa lagi catatan di HO CHI MINH, VIETNAM pada bulan oktober nanti.... wasalam...

Rabu, 25 Julai 2012

BONUS RAYA 2012 - setengah bulan gaji


25 JULAI, Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan semua penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan Bonus Aidilfitri.

Bonus tersebut berjumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM500 utk pesara kerajaan. 
Bayaran bonus ini akan diberikan kepada penerima pada 9 0gos 2012. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Diharapkan pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bonus ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Kami pasti, berita ini adalah berita yang paling dinanti-nanti oleh semua penjawat awam tahun ini. Setelah menerima kenaikan gaji pada tahun ini, ditambah pula dengan pengumuman bonus raya, sedikit sebanyak ianya dapat mengurangkan beban dan juga masalah kewangan kakitangan awam.
Apa-apapun, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat dan pemberian Allah S.W.T kepada kita.Diharap, pengumuman bonus raya untuk tahun 2012 ini memberikan senyuman kepada anda semua.

CaTaTaN di Bandung - part 4

20 Julai 2012
hari ketiga


hari ketiga merupakan hari yang ditunggu nanti oleh my wife iaitu acara menyerang pasar baru trade centre... tapi sebelum itu, kami ajak anak-anak breakfast dulu kat hotel... bagi diaorg puas makan, pasal selepas ini cuma kami berdua jer yang akan menakluki PB. kalau bawak semua hero, susah ckit nak bertepuk tampak di PB... anak-anak kami tak kesah... dua orang abang(11 n 8 tahun dah biasa jaga adik berumur 3 tahun).

my heroes sedang brekfas...

layan cartoon...

brekfas ngan buah markisa...
Tepat jam 8.45 pagi, kami berdua mula ke PB dengan berjalan kaki melalui kaki lima deretan kedai-kedai.... bukannya jauh sangat, cuma 5 minit jer... di kaki lima jugak memang penuh dengan peniaga kecil-kecilan...

sesudah tiba di PB, kami pong mula mengorak langkah dari lantai-ke lantai.... di situlah bermulanya episod beli-menbeli jalan-jalan turun naik dari lantai 1 hingga lantai 6.... sedar x sedar hampir 5 jam berada di situ... apa lagi, banyaklah barang rampasan yang dapat... antaranya kain pasang, telekung, kebaya, baju bandung dll... tabiat kami berdua kalau nak shopping.. mesti survey dulu utk buat perbandingan kualiti dan harga... kesimpulannya memang murah kalau bijak menawar... cth; baju bandung dapat rp17000 sehelai(rm5.80) ok la tu kannn... teringatkan anak, balik dulu ke hotel...

(harga jualan lebih murah di PB berbanding peniaga di kaki lima)
jalan ke PB

kedai hidayah

berhati-hati ketika berjalan...

PB

rampasan baju bandung

sultan gaya shop

begitu macet...
jam 2.30 pm kami datang sekali dengan membawa heroes... sekadar berjalan-jalan n lunch... sambil2 tu melekat jugak dua tiga barang.... hampir jam 5... kebanyakkan kedai dah mula menutup operasi kedai... selepas keluar dari PB kami meneruskan perjalanan(jalan kaki jer) ke cibadak iaitu ke king's shopping mall.. di situ dapatlah mainan seorang satu... sebelum kami balik ek hotel, sempat lagi singgah beli pisang keju dan pisang molen dgn penjaja kaki lima. pisang keju memang sedap dimakan, penjaja menggunakan pisang tanduk dan pisang molen not bad, puashati membeli....

pisang keju(satu set-rp20,000)

pisang molen(10 ketul-rp25,000)

malam semua kepenatan... jadi lepak jer dibilik sambil layan cerita... tapi aku keluar sorang2... cari angin malam... sambil-sambil tu gi pekene capcay goreng....
hasil rampasan...

@ lobi hotel
penjaja kaki lima
selepas selesai perabis capcay, anak aku dah pesan belikan roti bakar... dua malam aku kat situ, gerainya sentiasa penuh ngan pelanggan... begitu laris jualannya... satu yang aku perasan tentang makan kat bandung ni, kalau melibatkan keju, macam tak reti nak berjimat, penuh ngan keju... mungkin murah kot.... malam ni aku amik roti bakar special keju+strawberry rp30,000 (beza special dgn biasa adalah rotinya)


roti bakar asli


bersambung....

Isnin, 23 Julai 2012

CaTATaN di Bandung - part 3

19 july 2012
2nd day
CFC?

masih hari kedua aku n family berada di bandung.... selepas selesai lunch(itu pun pukul 2.30 ptg), kami di bawa oleh pak dani meronda di FO di jalan dago dengan bertujuan untuk menghabiskan rupiah. sebenarnya perancangan awal nak ke kg. daun, tapi jarak perjalanan yang memakan sedikit masa telah menidakkan hasrat tersebut.... (insyaALLAH lain trip). FO pertama yang kami jelajah ke bali heaven dan seterusnya melalui gedung satu, anak kecil, central, grande, blossom, glow dan donatello. sebenarnya kami memang langsung tidak berminat dengan produk di FO... tapi sempat juga merampas dua helai baju n mainan heroes....
FO bali heaven

gedung sate
FO anak kecil

FO grande jln dago

FO glow jln dago... baru dibuka...
cuaca telah membataskan pergerakkan kami... hujan turun dengan begitu lebat, dan kami mengambil keputusan untuk balik ajer ke hotel... untung lah pak supir... cuma 9 jam ajer kontrak berlangsung. setelah sampai di hotel, apa lagi... wife n semua hero terus ke bilik... masing-masing kepenatan. aku pun menyetelkan urusan pembayaran dengan pak dani(rp370,000.00-fullday)... pak dani mengofferkan diri menghantar aku yang bercadang untuk ke pasar baru keesokkan harinya....
Dinner my heroes semua kat hotel, malaslah nak keluar... cuma selepas selepas urus heroes, bukas diaorang cartoon, aku n wife ambil kesempatan keluar bersiar-siar di sekitar kawasan hotel.... sebenarnya sebelah malam selepas jam 9.00 malam, suasana di kota bandung agak sunyi dan sepi... tiada lagi urusniaga di kedai mahupun di jalanan... yang cuma kedengaran adalah deruman kenderaan mengecohkan kegelapan malam.... wife aku agar gementar untuk melalui kaki lima... hajat aku dari malaysia sebenarnya nak cuba merasai masakan penjaja kaki lima. malam itu dengan ditemani oleh wife, aku order mee goreng+air teh (rp18,000.00)... selepas itu kami mencuba roti bakar asli(pelbagai version... dan kami pilih roti bumbu special-roti tebal+strawberry+nenas+coklat+keju)... satu set rp25,000.00. balik ke terus belasah roti, kenyang giler n malam itu dapat tido dengan lena...
awas copet!!!
mie goreng bandung

package mie goreng+teh tawar....

penjaja kaki lima
bersambung....

Ahad, 22 Julai 2012

CaTaTaN di Bandung - part 2

19 julai 2012 
2nd day
pagi-pagi lagi kami bersiap, maklumlah hari ni trip ke volcano, jadi my heroes semua teruja...  janji dgn pak dani jam 8.30 pagi... 7.30 kami brekfast dulu di hotel... hotel bagi utk dua orang, jadi aku kena bayar seorang, tak mahal cuma rp45,000.00(+-RM15.00)... makanan dipelbagaikan... nasi goreng, bihun, bubur(pulut hitam, sum-sum, kacang), brocolli, kuih-muih dll... cukup menyelerakan dan puashati... yang best nya, air dihidang oleh waitress... tapi aku cukup suka air jambu... blasah 3 gelas....
rayyan

breakfast

haeqal n danish
selepas selesai brekfes, pak dani sudah tunggu dan bermula lah penerokaan... pagi-pagi jalan masih tenang di jalan asia afrika... tetapi bilik masuk jalan setiabudi bermulalah kesesakkan lalulintas... banyak deretan kereta, motor, angoktan kota di jalanan... 
monkey show

laluan ke tangkuban perahu

salah satu restoran popular

satu pengalaman bagi kami, sewaktu dipertengahan perjalanan, sedang ralit aku ambil video, tiba-tiba selepas selekoh polisi adakan roadblock, dan kami ditahan... ada dua kesalahan, satu aku ambil video dan yang kedua wife aku tak pakai tali pinggang keledar... apalagi, pak dani deal ngan polisi(namanya supardi)... 5 minit juga aku tunggu dan bila selesai pak dani jumpa aku mintak rp50,000.00(bagi duit kopi...) terpaksalah aku bagi... kalau x cerita lagi panjang...
jalan ke tangkuban

di kawah ratu

my family

kebesaran ALLAH S.W.T

eyyan bersama pak dani

perjalanan di teruskan ke tangkuban perahu mengambil masa 1 jam setengah(22 KM), melalui kota bandung ke arah utara.. perjalanan ke sana melewati deretan pokok pine yang sungguh cantik dengan ditambah dengan cuaca cerah dan langit biru menemani perjalanan kami....dan akhirnya, tiba lah kami... bayaran masuk yang dikenakan untuk pelancong sebanyak rp50,000.00 seorang dan mobile rp 15,000.00 seubah. kami berlima, tapi cuma dikenakan bayaran utk 3 orang saja(pak dani yang uruskan).... bergerak naik menuju ke kawah ratu.... kesimpulannya sungguh cantik dan satu kenikmatan melihat pemandangan yang tiada di negara kita... menakjubkan!! apa lagi, kami pun mengambil pelluang mengabdikan diri untuk dijadikan kenangan.... pak dani lah menjadi cameraman... tak perlu disuruh, professional jugak pak dani ni....
semasa kami menyusuri kawah, pak dani lah yang menjaga rayyan.... terima kasih pak dani...
aku n my princess

abadikan kenangan

danish berlatarbelakang kawah

hiper active...

mencari ketenangan... sempat lagi baring

sungguh enak jagung...

kalau x bergambar di sini memang x sah...

Menelusuri jalan lebih jauh, akan lebih banyak warung-warung menjual jajanan seperti ketan bakar(kentang), bandrek susu, dan gorengan penghangat perut(pisang goreng, tauhu). Selain itu banyak juga penjaja suvenir seperti topi kelinci, syal beraneka warna, dan angklung.
sebelum ke sana, aku baca blog, terlalu banyak rungutan tentang penjaja jalanan menganggu pelancong... ye memang benar diaorang sentiasa mengikut dari kita turun mobile sehingga lah nak berangkat pergi... tapi pak dani awal-awal lagi pesan jangan beli dan layan... cakap jer udah mau balik.... aku dan wife aku memang buat tak layan jer... macam-macam diaorang offer... keychain, rantai batu kawah, cenderahati, strawberry dll... di sana kami ambil kesempatan melepak di keliling pokok-pokok yang berusia ratusan tahun sambil menikmati jagung bakar(rp7000) memang best.... dan juga wife aku beli gorengan yang panas-panas sebanyak rp15000. sepanjang berada di tangkuban perahu, aku n wife cuma layan penjaja strawberry... penjaja itu bagi rasa, cukup manis tetapi aku rasa diorang letak gula pasal rasa ada ketulan gula pada strawberry... 

menu

panorama sangkuriang

ikan garume

sop buah, kelapa sundana, jus markisa n jus avocado

kepiting black pepper

total rp465,000.00
semasa kami nak balik menuju ke mobile, makin ramai penjaja menyerang kami... tapi kami buat tak layan jer... (moral ofthe story; jangan sesekali shopping sorviner kat tangkuban, harga berkali ganda berbanding di pasar baru....) sebelum berangkat pulang, aku masih ambil kesempatan merakam gambar.. bukan senang nak datang ke sana...
kawah ratu...

cuba fahamkan...

ladang teh...
selepas turun dari volcano, aku suruh pak dani berhenti di ladang teh, apa lagi ambil gambar lah.... untuk makluman, panorama perkampungan disepanjang jalan ke tangkuban begitu cantik dan nyaman... namun dari sudut kemajuan masih ketinggalan berbanding negara kita.... 
lenanya tido...

sate kelinci(ARNAB)...

pokok pine

dan perjalanan seterusnya menuju ke restoran sangkuriang utk lunch masakan sunda. suasana di sini cukup tenang dengan panorama yang cantik. kami ajak sekali pak dani dan meminta pandangan utk memilih menu... jadi, menu yang dipilih, ikan garume bakar, ikan garume goreng, sup bontot, ayam masam-manis, kepiting black pepper, ulaman. air yang kami order jus alpukat(avacado), kelapa sundana, jus markisa dan sop buah(coktail)... memang mengancam masakannya... sedap dan puashati walaupun regenya rp465,000.00....
restoran sangkuriang




bersambung...