welkang... welkang... to my blog Cgu Mizan

ilmu yang sempurna lahir dari pendidikan yang ikhlas, jujur, keyakinan dan paling penting adalah menghargai pengorbanan ibubapa, guru dan diri sendiri.... muafakat, saling berganding bahu, kerjasama satu pasukan pasti dapat 'MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG'...

aku seorang cikgu. sudah banyak rentetan pengalaman pahit dan manis yang telah aku lalui... sudah 25 tahun aku mengajar disalah sebuah sekolah menengah dan sekarang beralih angin mengajar di Kolej Vokasional di negeri terengganu, sudah beribu-ribu orang bekas anak didikku... ada yang dah bersuami/isteri, ada yang tak kahwin-kahwin lagi... acapkali juga aku berselisih @ berjumpa tanpa dirancang, alhamdulillah ramai juga yang menegur sapa, ajak gi kedai pekene teh tarik, ajak gi rumah... ini kebanyakkan bekas pelajar yang dulunye mase kat sekolah adalah pelajar bermasalah... kene rotan, pumping, denda(maklumlah dulu aku warden asrama, kini guru disiplin pulak).... tp diorang anggap itu satu pengalaman mengajar erti kehidupan... sebenarnya ramai juga yang berselisih tapi tak nak tegur, apa lagi memalingkan muka pulak... tak pa itu hak diorang..... yang penting kerja buat aku ikhlas demi anak bangsa... aku tetap aku

kepada semua warga pendidik semoga usaha, kesungguhan dan bakti cikgu mendapat rahmat dan limpahan kurniaNya.GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA. semoga cikgu dan keluarga dalam naungan danlindunganNya. amin.. allahhu akhbar.

sambil duk rileks tu, bolehlah kita berkongsi idea, maklumat dan pandangan dalam semua kategori yg diketengahkan; PENDIDIKAN, ISU SEMASA, TAZKIRAH, SUKAN, JALANG-JALANG CARI MAKANG, CHERY EASTAR CLUB dan CATATAN KU...

Isnin, 15 Ogos 2011

BWF world champions 2011 - tewas akhirnya...


lee chong wei vs lin dan bwf 2011 (Keputusan) BWF World Champions 2011 Datuk Lee Chong Wei Tewas! 
Harapan hanya tinggal harapan.Niat Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi kejuaraan dunia BWF World Badminton 2011 berkecai selepas pertarungan sengit dengan seteru No.1, Lin Dan dalam penentuan set ketiga.
Pada set pertama, Datuk Lee Chong Wei bermula garang dan sentiasa mendahului Lin Dan untuk memenangi set pertama dengan mata 22-20.Namun begitu, tumpuan beliau agak terjejas dengan kebangkitan Lin Dan melalui strategi agresifnya dalam menyerang, yang membuatkan Datuk Lee Chong Wei membuat beberapa kesilapan mudah dan set kedua dimenangi Lin Dan dengan mata 21-14.
lin dan bwf 2011 (Keputusan) BWF World Champions 2011 Datuk Lee Chong Wei Tewas! 
Pada set penentuan, pertarungan yang paling sengit dapat disaksikan oleh peminat badminton dunia dan tempatan di antara 2 jaguh badminton dunia ini.Masing-masing tidak mahu mengaku kalah dan Datuk Lee Chong Wei mendapat semula motivasi yang diperlukan sehingga memaksa mata terikat pada 19-19.
Kesilapan daripada Lin Dan hampir sahaja membuatkan Datuk Lee Chong Wei merakamkan sejarah peribadi dan juga Malaysia sebagai anak watan pertama yang memenangi kejuaraan dunia.Namun Lin Dan yang tidak mahu mengaku kalah, terus merapati kedudukan walaupun 2 kali berada di belakang Lee Chong Wei untuk kejuaraan.
Akhirnya, hasil kesilapan mudah Datuk Lee Chong Wei dihadapan jaring sebanyak 2 kali, menobatkan kejuaraan kepada Lin Dan dengan mata 23-21.Untuk makluman, ini merupakan kejuaraan kali ke-4 buat Lin dan untuk “title” kejuaraan dunia.
Walau apapun, Datuk Lee Chong Wei sudah bermain sebaik mungkin dan pada pendapat kami, pertarungan ini akhirnya memihak kepada mental lawannya yang lebih kuat,walaupun sebenarnya Lin Dan sudah diambang kekalahan pada set penentuan.Cuma agak kesal kerana ini merupakan kejohanan terakhir Datuk Lee Chong Wei untuk kejohanan dunia sebelum temasya Olimpik 2012 di London sebelum beliau bersara dari dunia badminton.
Tahniah kepada Lin Dan dan juga kepada Datuk Lee Chong Wei atas persembahan yang begitu hebat di mana,rata-rata pengulas dan pengkritik menobatkan bahawa perlawanan ini adalah perlawanan terbaik badminton dalam abad ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan